bayi menangis, dan jadi biru • 02.04.12
baru2 ni, pernah berlaku, saya mahu ke dapur, danish menangis sambil ikut saya dari belakang. tiba2 dia diam. saya pusing, dan tengok dia dah tergolek tak berbunyi dan bibir, hidung, jadi biru. ya Allah, paniknya saya. tiarapkan atas tangan, tepuk2 dari belakang, barulah nampak dia bernafas semula sambil termengah2. lega….
kelmarin, jadi lagi. dia terjatuh, menangis sekejap, belum sempat saya ambil, dia dah senyap dan jadi biru semula. tak bernafas. saya panik lagi. tepuk2 belakang dia, dia terlentok dan macam penat. terus susukan, dan dia tidur. satu malam saya susah hati, dan tak boleh tidur. kenapa dia jadi macam tu? ada masalah apa2 ke? kenapa biru? tak cukup oksigen? kenapa? saya berkongsi dengan KRH (kawan2 ratuhati). ramai menyuruh saya bawa danish ke klinik. call mak sedara saya, dia kata, mungkin breath holding, dan buat dia tak cukup oksigen masa menangis. dan, sambil2 tu, saya google mengenai baby jadi biru tu. banyak yang saya jumpa. masalah jantung lah, paru2 lah, dan juga yang sama seperti mak sedara saya cakap tu, breath holding.
bawa danish ke klinik pakar kanak2 dr chong, (doktor tu kelakar okeh…
). dia juga mengatakan benda yang sama, breath holding. kiranya, perangai dia la tu. menangis terlampau kuat sampai terlupa nak bernafas (hehehe), jadi kejang dan tak cukup oksigen. sebab tu la jadi biru dan pengsan sekejap. biasanya, lepas digosok belakang dia, dia akan ok. saya tanya doktor, boleh ke kalau dibiarkan? doktor chong kata, dia boleh bernafas sendiri semula. tapi, takut juga kan. buatnya dia lupa terus nak bernafas. jadi, baiklah kita gosokkan terus belakang dia bila dia buat macam tu. taska pun saya dah maklumkan.
rupa-rupanya, dalam rupa cool danish tu, dia hot-tempered rupanya. sebab tu dia menangis sampai jadi macam tu. hehe… apalah danish ni. menangis sampai menakutkan mama. kalau dia buat lagi lepas ni, takde lah mama pun tukar jadi biru sama.. mama pulak cool aje. hehe…
jadi, macam mana nak elakkan? jangan bagi dia menangis dengan pitching yang tinggi. nangis biasa2 tak pe. hehehe… untuk baca dengan lebih lanjut mengenai breath holding ni, baca kat sini… breath holding












