Archive for the ‘gathering’

iftar – aroma ikan bakar08.22.10

sabtu malam, kali pertama saya berbuka di aroma ikan bakar bersama kawan2… kali ketiga berbuka di luar tapinya… hehe.. kali pertama, window shopping tak hingat sampai tak dan masak kat rumah, kami berbuka di pelita. kali kedua, pun window shopping tak hingat, kami berbuka di sunway pyramid… hehe

tapi, kali ni, special sikit, sebab berbuka dengan kawan2… family saya, ann, kak ummi, kak nora, nuyue dan della (semuanya dari ratuhati.com) kononnya nak ber photo outing sekali, tapi, sifu fotografi terlewat datang. kitorang berfotografi sendiri je lah.. hehe…

berbuka dengan gembiranya… sambil masing2 duk jeling2 sape nak ambik crab dulu… bukan apa, serius, saya tak pandai makan crab… huhu… nasib baik ada si dia tolong carik2 kan isinya kan? apa guna nya ‘orang sebelah’ kan ann? hehehe…. ok, menunya, tak ada lah banyak sangat, macam2 jenis, tapi sikit2… ok lah tu… tak de lah membazir, kan? macam biasa, ikan kerapu masam manis, sup sayur, tomyam, ketam masak cili (kut), butter prawn, udang masak merah, kerapu masak merah, sotong goreng tepung dan tak ingat lah… hehe… yang pentingnya, boleh berbuka bersama2 dengan kawan2… tu je… :)

tapi, tak sempat nak sembang panjang, sebab nak kejar maghrib, dan darwisy dah meraung2 sebab dia sesuka hati pergi jalan ke tepi pantai sorang2… sabar je laaaa…. terus angkut bawak balik.. bahaya sungguh!

apa2 pun, sangat seronok berbuka dengan korang…. tak puas rasanya… tak sempat nak tembak2 gambar… hehe… nanti kita berbuka sama2 (plus terawih sama2) lagi ye? hehehe….

seronok main pasir sementara tunggu waktu berbuka

seronok berlari-lari tepi pantai..

pemandangan di tepi restoran menjelang senja…

p/s: sori lah.. tak ada gambar makanan.. kang buat orang tergoda jek.. hehe

Posted in gathering, kawan-kawanwith 12 Comments →

gathering MSK06.14.09

ok, akhirnya, berjaya juga aku menghadirkan diri ke gathering MSK di taman tasik shah alam pagi tadi. wah, baru pagi tadi, petang dah buat entry.. excited sungguh! :P

hmm, nak sampai ke tempat gathering tadi, jenuh juga laa.. nasib tak sesat. berapa kali call mommy lyna, thanks lyna dan kak fid kerana bagi direction.. lyna siap tunggu tepi jalan lagi.. kesiannya.. tu lah, tak pernah sampai ke situ.. huhu..

ok, ramai juga yang join.. seronok dapat kenal dengan blogger2 yang lain.. terasa macam, tak popularnya lah blog ku ini.. hehehehe…

hmm, sorry sangat2, dalam blog lyna kata nak bawak air.. last2 bila macam ramai sangat nak bawak air, kitorang just bawak air mineral je.. ingatkan nak buat air setong sebab kami memang ada tong air.. rupa2nya tak banyak air.. hmm, patutnya tak payah tukar plan kan… tak apa lah, lain kali, jangan tukar plan… :P

pagi tadi banyak juga aktiviti, mula2, sesi taaruf, keluarga dan blog.. :) lepas tu, ada game dari coachsha.. (eh, rupanya coachsha ni muda lagi… :P ) seronok juga game nya.. dalam kepala aku nanti nak buat game ni dengan student.. boleh juga improve english diorang… hehehe… lepas tu game untuk anak2.. cari barang kegemaran diorang.. masalahnya, darwisy takde barang yang betul2 barang kegemaran. jadi aku bawa bola dia, sebab tu yang dia main tiap2 petang.. alih2, dia duk ambik barang orang lain pulak.. sabar je laa… sorry isabelle, darwisy asyik berkenan otomen adam je.. padahal, dia ada sedozen otomen, dia tak heran jek… huhu..

lepas tu, aktiviti yang aku rancangkan dengan lyna.. khas untuk suami2.. hehehe.. nak pecah perut reka soalan.. terbayang2 muka en. suami2 ni menjawab soalan… ok la, ramai juga yang memberikan jawapan yang membuatkan isteri diorang tahu jawapan tu siapa punya… aku tengok jawapan papa pun boleh tahan, cuma, ratuhati.com tu bukan blog lah papa.. heheheh

ada lagi game yang best, aku tak ingat apa namanya.. macam rebut kerusi, tapi rebut kawan… hehehe.. dan juga, aktiviti makan2.. dah namanya pot luck kan, makan je laa… hehehe

ok, terima kasih semua… terima kasih juga kat lyna sebab anjurkan gathering ni.. gembira dapat kenal kalian semua… :)

kali ni tak banyak gambar di ambil.. entah kenapa, macam takde mood nak ambil gambar… sebab panas sangat kut.. nak tengok gambar2 dari blogger lain je lah.. hehehe…

saje2 snap gambar ni... :P

saje2 snap gambar ni... :P

P4290178

P4290170

* thanks so much papa sebab sudi temankan sayang ke gathering (again? :P )

Posted in gatheringwith 18 Comments →

ratuhati @ pantai kelanang05.18.09

semalam, lebih kurang 9 keluarga ahli ratuhati.com menyertai aktivit berkelah di pantai kelanang.. memang seronok.. aku dari tengah hari dah menunggu rakan2 lain di situ bersama kak risa dan natasya. memang niat hati nak datang awal, tapi papa sibuk dengan kerjanya, jadi aku sampai pukul 12 lebih.. kesian kak risa, cop tempat awal2.. bukan apa, takut kami tak dapat tempat redup pula. maklumlah aktiviti dari tengah hari hingga ke petang. lebih kurang pukul 1 lebih, kak ummi (admin ratuhati.com), kak yati, della, lina, nuyue, dan tumitu sampai..

acara di mulakan dengan bersembang2… :P sambil kaum bapa sibuk membakar2.. hehehe… kemudian barulah ada aktiviti mengenali suami/isteri, sembang lagi, tukar hadiah, sembang lagi, cloth diaper oleh tumitu.. (baru aku tahu punya lah senang guna cloth diaper ni.. walaupun lunatots dah cite panjang, tak paham2 jugak.. huhu.. jangan marah sue…) main bowling tin guna kelapa.. seronok game ni tau.. aku dan papa lah yang dapat markah paling sikit.. huhu.. terukkan? tapi, ada insiden yang buat aku rasa nak pecah dada.. sedang orang yang seterusnya buat giliran membaling kelapa, tiba2 ada seekor ul** jatuh betul2 tempat kami menonton… aduh! memang gempar dibuatnya… alhamdulillah, kak haza (tumitu) dan anak dia tak apa2… aku pulak yang terkejut beria… huhu

darwisy si comel tengah kemaruk nak berjalan.. lupa nak cerita kat sini, darwisy dah mula pandai berjalan.. tapi tak tegap lagi lah.. kira ok lah tu.. jadi, sekarang, kerja dia asyik nak berjalan je… masa gathering, dia duk berjalan ke sana sini…. dan juga memecahkan beberapa belon… hehehe

ok, seterusnya, tengok je lah aksi2 di bawah ni.. tak banyak gambar di ambil… sebab banyak bersembang je.. hehehe..

anak sape lah ni.. ? :P

anak sape lah ni.. ? :P

maryam, pu3, darwisy...

maryam, pu3, darwisy...

kemaruk berjalan... hehehe

kemaruk berjalan... hehehe

P4130122

dari kiri - kak yati, lina, nuyue dan kak risa

dari kiri - kak yati, lina, nuyue dan kak risa

kak ummi dan pu3

kak ummi dan pu3

ini darwish juga.. anak nuyue, comelkan?

ini darwish juga.. anak nuyue, comelkan?

P4130133

bowling tin.. hehehe

bowling tin.. hehehe

mama dan darwisy baling kelapa...

mama dan darwisy baling kelapa...

papa berusaha melontar kelapa... :P

papa berusaha melontar kelapa... :P

ibu-ibu ratuhati

ibu-ibu ratuhati

bapa-bapa sporting!

bapa-bapa sporting!

keluarga ratuhati...

keluarga ratuhati...

terima kasih semua sebab bersusah payah datang ke pantai kelanang yang sikit punya jauh tu semata2 untuk berjumpa… terima kasih juga para bapa yang sudi menemankan isteri ni.. jangan serik ye.. hehehe.. dan, terima kasih abang atas kesudian bawa sayang ke kelanang walaupun abang tak sihat…. :)

Related Posts with Thumbnails

Posted in gathering, ratuhatiwith 19 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220