Archive for the ‘kawan-kawan’

iftar – aroma ikan bakar08.22.10

sabtu malam, kali pertama saya berbuka di aroma ikan bakar bersama kawan2… kali ketiga berbuka di luar tapinya… hehe.. kali pertama, window shopping tak hingat sampai tak dan masak kat rumah, kami berbuka di pelita. kali kedua, pun window shopping tak hingat, kami berbuka di sunway pyramid… hehe

tapi, kali ni, special sikit, sebab berbuka dengan kawan2… family saya, ann, kak ummi, kak nora, nuyue dan della (semuanya dari ratuhati.com) kononnya nak ber photo outing sekali, tapi, sifu fotografi terlewat datang. kitorang berfotografi sendiri je lah.. hehe…

berbuka dengan gembiranya… sambil masing2 duk jeling2 sape nak ambik crab dulu… bukan apa, serius, saya tak pandai makan crab… huhu… nasib baik ada si dia tolong carik2 kan isinya kan? apa guna nya ‘orang sebelah’ kan ann? hehehe…. ok, menunya, tak ada lah banyak sangat, macam2 jenis, tapi sikit2… ok lah tu… tak de lah membazir, kan? macam biasa, ikan kerapu masam manis, sup sayur, tomyam, ketam masak cili (kut), butter prawn, udang masak merah, kerapu masak merah, sotong goreng tepung dan tak ingat lah… hehe… yang pentingnya, boleh berbuka bersama2 dengan kawan2… tu je… :)

tapi, tak sempat nak sembang panjang, sebab nak kejar maghrib, dan darwisy dah meraung2 sebab dia sesuka hati pergi jalan ke tepi pantai sorang2… sabar je laaaa…. terus angkut bawak balik.. bahaya sungguh!

apa2 pun, sangat seronok berbuka dengan korang…. tak puas rasanya… tak sempat nak tembak2 gambar… hehe… nanti kita berbuka sama2 (plus terawih sama2) lagi ye? hehehe….

seronok main pasir sementara tunggu waktu berbuka

seronok berlari-lari tepi pantai..

pemandangan di tepi restoran menjelang senja…

p/s: sori lah.. tak ada gambar makanan.. kang buat orang tergoda jek.. hehe

Posted in gathering, kawan-kawanwith 12 Comments →

lentang pula..03.18.10

memang kegemaran kami ber piknik. jadi, bila free, terus plan dengan kak ummi untuk berpiknik di lentang pula. katanya, lentang lebih best dari ulu yam. bak kata Amal, “nak pergi melentang”.. hehehe… memang melentang betullah… :P kebetulan balik dari pahang, terus saje lah singgah di lentang.

kali ni, kami ber bbq. kak ummi bawa ayam dan udang, saya bawa ikan talapia fresh dan sosej sahaja… port yang kak ummi bawa kami, memang sangat menarik. sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. sebab ada kawasan yang cetek, dan kawasan yang dalam… iman, amal dan darwisy sangat seronok nampaknya.. begitu juga ummi dan mama diorang… hehehe… senang, sebab tak payah pangku darwisy. air cetek. jadi, darwisy boleh jalan2 di kawasan air cetek. cuma kena perhatikan dia supaya dia tak ke kawasan dalam.. sesekali bila terjatuh, darwisy menangis minta tolong diangkat. hehe.. kesian darwisy…

papa dengan babah? hmm, buat apa lagi.. panggangkan makanan lah… hehehe… kesian…. apa2 pun, memang seronok di lentang ni… tapi sayang, kamera buat hal pulak.. tak banyak gambar yang menjadi. lepas ni boleh plan dengan kawan-kawan yang lain pula… siapa nak join? :P

kanopi semulajadi.. indahnya ciptaan Tuhan...

darwisy menangis terjatuh... :P

dua gambar terakhir, kredit kepada kak ummi…

Posted in kawan-kawan, percutianwith 14 Comments →

kad raya09.12.09

sekarang ni, aku tengok.. dah ramai orang ‘hantar’ kad raya.. tapi, bukan kad raya real, kad raya maya.. hehehe…

ni aku dapat satu daripada kelly..
thanks kelly.. :D

HARI RAYA

Related Posts with Thumbnails

Posted in kawan-kawanwith 8 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220