hari kantin • 08.01.10
kalian masa sekolah dulu, ada hari kantin tak? hari kantin, atau dipanggil sebagai hari karnival, atau hari terbuka, atau heri usahawan muda, atau hari apa2 je lah…. masa saya sekolah dulu, tak ada, tapi pernah lah juga kami unit beruniform buka gerai di hari sukan. macam tu je lah…
dan, kali ni, sekolah kami menganjurkan hari usahawan muda. hmm, inilah salah satu benda yang buat saya mengah baru2 ni, penat badan, penat kepala. penat gile! berhari2 kerja untuk membuat program satu hari ni. kali ni, kelas saya menjual nasi ayam, ayam goreng, kentang goreng, dadih dan float. sungguh, saya tak dapat menyembunyikan kerisauan beberapa hari menjelang berlangsungnya hari ini. dalam fikiran, mana nak cari sumbangan kalau bahan2 tak cukup, modal yang diberi hanya sikit, dan saya tak mahu menyusahkan pelajar mengeluarkan duit kerana diorang dah banyak berhabis untuk membeli kupon.
nasib baik, ada beberapa pihak yang sudi berikan sumbangan contohnya ayam mentah, air botol, kentang, bekas air dan sebagainya. ini kerana, hari sabtu, saya dan seorang pelajar menebalkan muka pergi memohon sumbangan dari kedai ke kedai untuk mendapatkan sumbangan barangan mahupun duit. mula2 malu juga, tapi, bila dapat sumbangan yang memberangsangkan, makin seronok rasanya. hilang rasa penat berjalan ke sana sini. yang paling kelakar, bila ada kedai yang mahu beri sumbangan yang tak ada kena mengena dengan jualan kedai, iaitu cadar berserta comforter. best betul… ikutkan hati, nak je saya ambil, tapi, itukan untuk sekolah… sedekahkan aje buat cabutan bertuah… Alhamdulillah sangat2, dengan banyak sumbangan yang kami dapat, tak banyak modal yang perlu dikeluarkan…. syukur sangat…… kurang sikit beban rasanya..
tapi, itu cabaran untuk bahan, belum lagi cabaran pada hari berlangsung. apa2 pun, saya bersyukur, lebih separuh dari pelajar dalam kelas itu yang memberikan kerjasama yang sangat baik. bermula dari 7 pagi, kami dah bersiap sedia untuk menjual. tak sangka sangat2, sebab awal pagi lagi dah dikerumuni pelanggan hinggakan tak menang tangan kami dibuatnya. pukul 10 pagi, semua 100 bungkus nasi ayam telah habis dijual, pukul 12 tengah hari, licin semuanya… huhu… kesian orang yang datang bertanyakan nasi ayam. kami sendiri tak sempat merasa.
penat, walaupun penat, gembira rasanya dapat berikan pelajar pengalaman baru dan berharga. lebih gembira bila hasil jualan menggembirakan dan buat penat lelah diorang (termasuk cikgu diorang ni… hehehe) berbaloi2 rasanya…
terima kasih sangat2 pada hui swan, bagi ayam 15 ekor; muaz dan ibunya yang masakkan nasi ayam; nabilah yang jadi pembantu kanan saya, penat kaki jalan2 cari sedekah… hehehe; chee keong yang jadi leader yang sangat bagus, thumbs up!; munira dan adiknya yang kupas kentang berkilo2; ban thing (tong gas), li leng, then mullai (choclate rice), hari haren (ais krim 5 kotak), siow wei, wei chi, yen hui, cue wei, swee keong, chin xian,ying li, shikin, ain, adiba, mira, double syafiq, fais, zulfitri, juzaili, chong chun, siao chin,wai kian, li wen…. mungkin ada yang tertinggal kut…termasuk juga dengan pelajar2 kelas lain yang sudi tolong sebab tak cukup tangan dah kitorang ni… hehe..
saje tulis nama korang kat sini, sebab cikgu memang sangat2 terharu dan berbangga dengan korang sebab, “korang kerja macam tak penat2…” hehehe…. kira oklah kan, berbaloi2…..
err, mana ayam goreng ni? nasi dah licin… huhu
atas dan bawah, muka dah kepenatan gile…
kesian darwisy, nak menulis, tak ada kertas… atas polisterin pun jadi… hehe..
apa2 pun, hari usahawan muda tahun ni, memang meriah sangat.. ramai sangat pengunjung dan kerjasama dari pihak luar.. Alhamdulillah…
p/s: thanks kepada si dia yang sudi tolong apa yang patut dan yang penting, sentiasa memberi sokongan di kala saya ‘pening’.. hehehe…










