Archive for the ‘luahan hati’

motor sering menjadi mangsa07.22.10

dalam minggu ni, blog yang semakin mendapat tempat di mata saya, ondscene banyak menyiarkan mengenai kes kemalangan yang melibatkan motor. dan yang paling menyedihkan, bila ada cctv yang dapat merakam detik2 motor itu dilanggar di sini dan seorang anggota tentera yang isterinya baru sebulan melahirkan bayi di sini.

sebak membacanya. tak dapat dibayangkan, apalah perasaan kaum keluarga bila mendapat tahu orang yang tersayang telah pergi tak kembali lagi. terfikir juga, betapa kejamnya orang yang melanggar. boleh selamba je langgar dan lari. langsung tak ada perasaan kasihan dan perikemanusiaan untuk membantu orang yang dia dah langgar. adoi, ini masih manusia atau apa?

tak terfikir ke diorang, sama ada orang yang dilanggar masih hidup atau tak? dalam kesakitan atau tak? tak terfikir dengan perasaan ahli keluarga orang yang dilanggar? sangat penting kan diri sendiri dan saya tak pasti otak diorang ni masih berfungsi atau tidak. agaknya, dia fikir yang dia langgar tu sekadar benda yang tak bernyawa agaknya. atau, diorang memang diorang tak ada fikir apa2 langsung sebab diorang dah tut tut tut tut… (saya memaki hamun dengan menggunakan bahasa sopan..)

adoi laa.. saya rasa, penyakit mental yang melanda masyarakat malaysia ni semakin teruk. dunia yang semakin materialistik, manusia yang semakin mengejar harta benda membuatkan mereka2 ini menjadi tut tut tut dan tut (maki hamun bahasa sopan lagi…) tolong lah… kembali lah ke pangkal jalan. balik pada agama. insyaAllah, semua penyakit mental dapat disembuhkan. argghhhh! jadilah manusia yang berakal!!

Posted in luahan hatiwith 9 Comments →

anak saya03.13.10

“itulaaaa.. budak-budak, kalau kita jaga sangat, mudah lah dapat penyakit…” (???) kata seseorang kepada saya apabila dia mengetahui darwisy dijangkiti HFMD kali ketiga baru-baru ini. saya tersentak juga bila dia berkata begitu. ok, mungkin sebab dia ingat saya terlalu menjaga anak saya nan seorang tu. ye, memang saya jaga. dah namanya anak saya, dah tentulah saya jaga. tak kan saya nak biar kan aje.. tapi, tak semestinya saya terlampau jaga sehingga dia tidak boleh berkawan dengan kanak-kanak lain, dan tidak bermain di atas tanah, atau sentiasa berkepit ke sana ke sini. saya sendiri tak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘jaga sangat’ seperti yang dia katakan tu.. sebab saya selalu bawa anak saya ke sekolah diwaktu petang? sebab saya beri anak saya susu ibu? sebab saya jaga pemakanan anak saya? sebab saya tak mahu hantar anak saya kepada mertua saya?

pada saya, jaga atau tidak, kalau dah takdirnya untuk dapat penyakit, akan dapat juga. kita terima saje lah. dan usahakan supaya penyakit tersebut dapat dielakkan.

lagi, “darwisy taknak makan macam-macam sebab dia mula makan lambat.. dah 6 bulan baru dibagi makan.. sebab tu dia taknak makan…” eh? saya bersyukur juga anak saya tak mahu makan macam-macam tu – maksudnya makanan jajan-jajan dan yang sewaktu dengannya. dia hanya mahu makan nasi, biskut, dan paling-paling pun, donut.. tahu, saya sangat bersyukur bila darwisy menggeleng-gelengkan kepala bila di sua makanan merapu. pada saya, dia masih kecil untuk makan benda-benda begitu. tak apalah darwisy taknak makan pun, bukan dia tak mahu makan langsung. cuma dia lebih suka makan nasi sahaja… tak jadi masalah pun. tak perlu diperbesarkan…

lagi, “kenapa degil sangat tak mahu hantar ke rumah pengasuh? hantar aje lah ke rumah si polan tu.. senang.. tak ada lah kena penyakit berjangkit!” saya tak mahu! saya tak mahu anak saya dibiarkan bersama anak-anak dia di rumah sedangkan orang itu keluar membeli belah. saya tak mahu setiap aktiviti hari sabtu di sekolah terpaksa menjadi sesuatu yang membebankan bila orang itu mahu balik kampung, rewang dan sebagainya. saya tak mahu nanti orang itu komplen anak saya pecahkan itu ini di rumahnya.. bukan taska bagus sangat.. sama aje. tapi, ada banyak sebab saya tak mahu hantar kepada pengasuh. melainkan saya jumpa pengasuh yang betul-betul sesuai.. tak perlu nak arah-arahkan saya hantar anak saya ke mana. dan saya tak akan sekali-kali biarkan mertua menjaga anak saya. mereka sudah tua. jangan nanti mahu pergi umrah atau bercuti perlu memikirkan tentang cucu pula.

hmm.. entahlah. saya dalam keadaan sedih sebenarnya. kenapa ‘mereka’ suka mempertikaikan tindakan saya.. dari dulu lagi. bila bagi susu ibu, sibuk-sibuk suruh saya bagi susu formula cepat-cepat. bila saya mahu mulakan anak saya makan umur 6 bulan, sibuk-sibuk marahkan saya anak kurus dan sebagainya. bila saya tak mahu bagi gula dan garam sebelum umur setahun, sibuk mengata saya itu dan ini, macamlah saya ni alien yang aneh.. bila anak saya tak mahu makan jajan, sibuk kata anak saya mula makan lambat lah dan sebagainya… saya tahu, saya ibu muda. beri saya panduan. bukan mengarah apa yang perlu saya buat. saya bukan budak kecil lagi!

Posted in luahan hatiwith 12 Comments →

hai raya, raya….09.06.09

hmm, aku rasa, kebanyakan kaki&tangan awam berasa kecewa kerana tak dapat bonus untuk hari raya ni… mungkin juga ada yang masih berharap agar kerajaan memberikan bonus walaupun puasa hanya tinggal tak sampai separuh bulan. papa kata, jangan berharap.. nama pun bonus. bukan hak kita. hak kerajaan.. kalau dia nak bagi, ada lah rezeki. kalau dia taknak bagi, makanya tak ada lah… guna je lah apa yang ada…

jadi, raya tahun ni sama juga macam raya2 yang tahun lepas.. tak pernah ada dalam anganan aku untuk tukar perabot setiap kali raya, langsir baru, cadar baru, melainkan baju baru je lah.. bukan nak perli orang2 yang menukar ye? dah nya memang tak perlu.. :P dan kalau dah rasa perlu tukar tu, tukar lah kan.. lebih2 lagi kalau mampu… :) setiap kali raya, memang tak banyak yang kami belanjakan.. semuanya sederhana. ye, tipulah kalau kata sama dengan bulan2 lain. mestilah lebih sikit sebab nak bersedekah, nak beli baju baru untuk anak, untuk balik kampung, dan untuk persiapan meraikan tetamu yang bakal berkunjung di hari raya nanti..

tapi, semua tu berpada-pada. maknanya, dalam keadaan gaji kami yang hanya 4 angka ni, maka perbelanjaannya juga ada di sekitar kemampuan gaji juga. tak ada lah berlebih-lebihan. aku ada terbaca dalam satu blog, yang bercerita ada sesetengah individu sanggup berhutang, buat personal loan semata2 untuk berhari raya.. hmm, aku tak pernah dengar/jumpa lagi orang2 yang kasihan ni. tapi, apa pun, memang kasihan.. sanggup berhutang semata2 untuk beraya sakan. kenapa ye jadi begini? mungkin adalah tu puncanya.. aku taknak ambil tahu hal orang. cuma, tindakan nya itu tak memberi faedah kepada dirinya. dan lebih malang sekali, hanya akan merugikan… sangat2 merugikan…

biarlah kita berbelanja mengikut apa yang kita mampu, bukan mengikut nafsu. buat apa nak bergaya sakan kalau orang sekeliling kita pun tahu kemampuan kita setakat mana… dah tentu hanya akan memalukan diri sendiri… sepatutnya, hari raya adalah hari kemenangan untuk kita yang dah berjaya melalui bulan ramadhan, bukannya hari yang mendatangkan kesusahan di kemudian hari… ingat-ingatlah…

*sekadar muhasabah diri… :)

Related Posts with Thumbnails

Posted in luahan hatiwith 16 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220