Archive for the ‘mama’

hari yang ditunggu-tunggu08.10.10

hmm, tiba juga hari yang ditunggu2 sepanjang tahun. kalau dulu, saya seboleh2nya nak dapatkan hari pertama puasa bersama keluarga di kampung. tapi, nampaknya, dah bertahun tak dapat… tak apa, harapnya dapatlah hujung minggu ni, insyaAllah.

asalnya, banyak nak tulis tentang bulan puasa yang bakal tiba tak berapa jam je lagi (waktu saya menaip ni). tapi, tiba2 dapat panggilan telefon yang…. sungguh meng’spoil’kan mood, buat hangin, nak nangis, geram, marah, dan yang sebagainya. tak apalah… yang tu settle kemudian. harap2, adalah jalannya nanti. bila mood dah spoil, nak tulis apa pun tak boleh kut. kang lain pulak perkataan yang keluar. time2 tengah penat + busy (busy manjang, macam la orang lain tak busy.. hehehe). lagi saya hangin bila ada orang perli2, “senang lah ko, keje cikgu, balik awal, cuti banyak….” tak kisah lah kan… amin kan aje lah… biar masin mulut dia, dapat gaji dengan goyang kaki plus cuti banyak (cuti dah tinggal sehari dua je ni gara2 duk ulang alik ke spital… grrrr….)

isk, apa pulak saya ni.. masuk ramadhan membebel2 pulak.. jadi kalian, macam mana azam ramadhan kali ni? mesti semua orang pun jawapan sama, nak habiskan satu al-Quran, nak cukup terawih sebulan, nak cukup puasa sebulan (boleh ke? huhu)… tak nak lah cerita yang tu… sama je macam tahun2 lepas, tadarus, terawih, tahlil, ceramah, tazkirah, tadarus lagi, khatam Quran, bersedeqah (jangan kecoh2 amal jariah ni tau, sayang je nanti…) semua lah.. kita simpan semua tu diam2 je lah, moga dapat keberkatan…

untuk menghilangkan duka lara hati saya ni, nak sembang ringan (memang biasa sembang kosong je pun kan…) apa yang saya suka bulan puasa ni…

saya suka sebab bulan ni adalah bulan memasak. memang tiap kali masuk bulan puasa, automatik jadi rajin memasak. nape tah… tapi, macam tak ada selera makan kat luar. melainkan kalau dah tak larat sangat, pegi lah juga… tapi, kalau bazar ramadhan tu, memang jarang sangat lah… bukan apa, saya rasa macam, masakan saya lebih sedap berbanding masakan kat luar… muahahaha… sungguh perasan saya ni. tak de lah… time lapar kan, kita rasa nak makan sesuatu yang ikut selera kita.. jadi, kalau masak sendiri, menepati citarasa… hehehe… tengoklah bulan ni, tahap kerajinannya macam mana.. hehehe

lagi satu, saya suka sebab bulan puasa boleh dikatakan rehat sikit lah… sebab, kurang mesyuarat, kurang balik lambat, kurang kerja hari sabtu (ye ke? macam ada bunyi2 tak aje… huhu). tak kisahlah kan… boleh lah masa yang ada tu digunakan dengan sebaik2nya.. insyaAllah… :)

selalunya, bulan ramadhan, pelajar2 ala2 slow gitu (kalau tak… huhu…)… mungkin sebab menghormati ramadhan, atau, tak larat nak main2 sebab puasa… hehehe… eh, pelajar bukan Islam pun sama tau.. diorang pun suka juga bulan ramadhan, sebab banyak gerai makan (bazar ramadhan) katanya… hehe…

beberapa hari sebelum puasa ni, kenapa entah… macam hari2 makan sedunia je. hari jumaat, pot luck…. hari sabtu, makan2 di aroma ikan bakar, jeram… hari sabtu, kenduri kahwin, kenduri akikah, makan mekdi dengan family, makan, makan dan makan…. hari isnin, makan, makan, lagi….. isk, gila makankah? kira buat stok terus untuk sebulan la tu…. hehehehe…..

apa2 pun kalian, semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna dan ambil kesempatan untuk muhasabah diri menjadi hamba Allah yang diberkati… SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG INI…

bila la makanan nak sampai nih….

main pasir dulu lah….

“emmmma” darwisy kata….

happynya nasi dah sampai.. “nak nasi, nak nasi…”

Posted in mamawith 10 Comments →

dua hari berturut-turut06.30.10

apa yang dua hari berturut-turut? dah dua hari berturut-turut muka surat depan berita harian menunjukkan gambar bayi yang dibuang. itu yang dilaporkan… yang tak dilaporkan? entah seramai mana lah….

aduh… serabut kepala otak saya tengok gambar-gambar ni. dalam tak sedar, jari jemari saya mengusap-usap gambar muka anak kecil yang tak berdosa tu. terfikir saya, apa perasaan orang yang membuang tu tengok gambar anak yang dia buang tu ye? oh, saya lupa. mereka bukan manusia. manusia kan ada perasaan. tapi, binatang pun ada perasaan jugak. jadi, tak tahulah nak dikategorikan apa diorang ni.

cubalah diorang bayangkan, kalau diorang sendiri adalah anak yang dibuang, tak ada ayah, tak ada ibu, dibuang sana sini, apa perasaan diorang agaknya? kenapa sampai hati nak buat anak sendiri macam tu? sungguh kasihan anak yang dibuang. anak kita ada kita untuk dibelai, dicurah kasih sayang.. mereka? ibu bapa sendiri tak mahukan mereka… apalah nasib mereka bila menginjak dewasa. teringat satu luahan seorang pemanggil telefon yang juga seorang anak yang dibuang, di sebuah radio swasta tahun lepas, “mak, saya jumpa mak di akhirat nanti…” hingga sekarang saya masih terngiang-ngiang suara dia… kasihan.

orang sekarang, bukan sampah sahaja yang dibuang merata-rata. anak pun dibuang merata-rata. dah tak boleh beza antara sampah dan anak.

semakin hari, dunia semakin teruk. apalah cabaran di zaman anak saya membesar esok…. risau.

Posted in mamawith 6 Comments →

separuh sudah berlalu06.22.10

pejam celik, pejam celik… dah nak habis setengah tahun 2010 kan? rasa macam baru je berfikir-fikir apa yang nak dicapai sepanjang tahun ni. tup tup, dah nak habis separuh 2010. rasa macam baru je tulis entry ni kan? untung juga ada blog ni.. boleh semak2 balik apa yang kita pernah fikirkan dulu… :P

kalian bagaimana? macam mana dengan apa yang diazamkan? sudah tercapaikah? atau sedang dalam proses? atau masih diusahakan? atau dah terlupa terus? hehehe…. saya, entahlah ye…. tapi, adalah sikit-sikit yang belum tercapai, tapi adalah ke arah itu. insyaAllah, usaha masih diteruskan.. dan, ada juga yang rasanya macam tak tercapai je tahun ni… tapi, masih ada setengah tahun lagi untuk diusahakan, kan? jangan putus asa… yang penting, teruskan berusaha.. “aja aja fighting!!!” :D

tapinya, ada sesuatu yang saya tak sangka-sangka, tak rancang, rasa macam jauh dari jangkauan, tup tup dah memulakan langkah pertamanya hari ini. saya doa sangat-sangat, agar semua urusan dipermudahkan, dan adalah rezeki untuk kami sekeluarga… InsyaAllah… apa? hehehe… biarlah rahsia.. nanti tunggu dah jadi baru bagitahu. malu… :P

dalam pada tu, masih mengharap, agar tahun ini akan terus menjadi tahun yang terbaik, dan lebih baik… uish, bila lah nak berubah ni… duk bertangguh-tangguh. dah tinggal separuh je ni! :D

Related Posts with Thumbnails

Posted in mamawith 14 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220