Archive for the ‘papa’

hari bapa bila?06.18.10

saya ni kan… asyik ingat hari ibu je… lepas tu, siap ingatkan papa supaya dia jangan lupa hari ibu. tapi, biasanya, dia tiada di rumah pada hari ibu. tiap2 tahun macam tu. tapi, bila tiba hari bapa, saya tak ingat langsung. nasib adik-adik rajin mengingatkan.. hehe.

masa hari ibu baru ni, si dia tak ada bagi apa-apa pun. cuma kek tiramisu yang kebetulan ada diskaun 40%.. hehehe. dan sehelai t-shirt sedondon dengan si dia untuk kami pergi main bowling. ada ke patut… tapi, tak apalah. saya tak perlukan sambutan beria pun. sekadar meraikan gelaran ‘ibu’ dan menghargai ibu sudah memadai. tak perlu sambutan besar-besaran. itu pun saya hairan, ada yang kata haram sambut hari ibu. janganlah semuanya nak dikaitkan dengan agama lain. kita semua pun ada ibu kan.. tak salah pada saya untuk menjadikan satu hari sebagai hari untuk meraikan… :)

ok, berbalik semula pada hari bapa. saya tak ingat pun bila hari bapa. saya tahu, tapi, saya lupa.. err, apa2 je lah.. apa ye hadiah yang sesuai untuk diberi pada si dia? saya suka juga berikan hadiah yang bukan-bukan. tapi, selalunya bagi hadiah yang biasa aje. antaranya, saya bagi dia dumbbell untuk dia menguatkan otot-otot tangan.. hehehe… ada lah juga bagi perfume, set lelaki,  jam tangan, beg, handphone, dan tak ingat… tak ada yang mahal2 pun. yang sedang2 aje… hehe..

sekarang, saya berangan2 nak belikan si dia ’sesuatu’. tapi, yang tu kena tunggu sampai ’sesuatu’ tu jadi.. jadi, nak bagi apa ye untuk hari bapa ni? sekali, angan2 saya nak bagi dia hadiah terpadam bila, si dia call, dan bagitahu, “sayang, abang dah beli hadiah hari bapa dari sayang untuk abang..” hah? apakah? kenapa hadiah dari saya, tapi dia beli sendiri? hahaha… kelakar sungguh. kesian dia… agaknya dia dah berkenan sangat dan tak sabar-sabar nak beli. tak kisah lah kan.. tak payah penat2 saya fikir nak bagi hadiah apa dekat dia. dia dah beli sendiri…. :D

ada lagi dua hari kan, tak kiralah.. nak wish jugak… selamat hari bapa untuk semua bapa-bapa yang ’sah’ di dunia ni… :D

p/s: oh, hari bapa adalah pada 20hb 6… :) (ramai pulak yang masuk sini google cari tarikh hari bapa… :P )

Posted in papawith 12 Comments →

rugby – bola + bowling06.14.10

rugby? apa tu? macam biasa dengar. si dia suka sangat dengan rugby. tapi, apa boleh buat. sekadar menyokong dan menggalakkan apa yang dia suka, bolehlah. nak main rugby sama-sama? abis patah riuk tulang-temulang saya. jadi, bila dia menonton rugby di channel sports, saya ‘menonton’ blog di internet. hehehe… rasa saya, jarang sekali lah saya menonton channel sports tu. dan si dia juga sekadar tengok rugby sahaja.

bola? hah… ini yang best. saya dan si dia… sama-sama tak minat bola. jadi, kami sama-sama tak perlu menonton channel sports untuk tengok bola. haru lah siapa yang gila bola sekarang ni… rela tak tidur malam kan? heran saya apa yang best sangat menyokong pasukan sana sini. tapi, ye lah… dah minat masing-masing kan. jadi, musim gila bola sekarang ni langsung tak mempengaruhi kehidupan kami.

bowling? saya suka gila dengan bowling. tapi, si dia tak suka. tapi, itu dulu… sekarang dia dah gila bowling… hihi.. itulah kan.. dulu si dia kata, main bowling tak keluar peluh, tengok sekarang siapa yang dah gila bowling? asalnya si dia boleh terpengaruh dengan bowling ni adalah kerana saya merajuk2 sebab dia tak mahu temankan saya main bowling. jadi, dia pun temankan jugalah… sekali bila dah main, dia ajak lagi.. dan lagi, dan lagi, penyudahnya, dia lagi parah dari saya pulak. dan, sekarang, skor dia lebih tinggi dari saya.. sabar je lah…

tapi, kami ni masih lagi belajar.. tak konsisten langsung. tapi, Alhamdulillah ada kawan2 yang sentiasa berikan galakan supaya jangan putus asa, dan juga memberikan galakan supaya menghabiskan duit di pusat bowling untuk training,  juga mengempiskan poket  untuk membeli set beginner satu sorang… hehehehe… beria kan? siapa tahu boleh jadi pasangan bowling terbaik? muahahaha… berangan aje…

yang bestnya, sekalipun saya tak minat rugby, kami berdua tak minat bola, akhirnya ada juga sukan yang boleh kami main bersama. jadi, bolehlah selalu meluangkan masa berdua! :D eh, kami juga dah sibuk tengok channel sports sama2 bila ada game bowling berlangsung… hehehehe..

ehem, ehem, nak beli apa tu? :P

ewah, gaya seorang beginner.. :P

teka, yang mana satu saya punya, kiri ke, kanan? :P

Posted in mama, papawith 12 Comments →

iron man vs sandra bullock05.12.10

“jom kita pergi tengok iron man!” si dia mengajak…. “tak nak!” saya menggeleng. “kenapa? jom laa” si dia buat muka kesian.. “bukan tak tahu, saya kan tak suka tengok cerita lawan-lawan ni… tak nak tengok!” kesian dia, beria-ia dia mengajak… sebenarnya, saya memang tak suka tengok cerita perang-perang, cerita-cerita science fiction yang saya rasa lagi banyak merepek daripada fiction nya.. cerita yang saya suka hanya lah cerita santai dan romantika d’amor terutamanya lakonan sandra bullock.. hehe.

si dia suka rugby, ala-ala ganas gitu.. ibu membebel-bebel bila tengok si dia menonton rugby. katanya, ganas betul orang main rugby ni… saya pun tak berapa suka.. tanya lah macam mana nak dapat mata perlawanan rugby, langsung saya tak tahu. yang saya nak tahu, macam mana nak jatuhkan pin masa main bowling aje.. hehe. itu pun jarang sekali dapat strike…  tapi, si dia kata, bowling, sukan tak keluar peluh. keluar duit je… hehe. :P

si dia suka lagu rancak-rancak, saya pening kepala mendengarnya. dulu2 masa remaja2, waktu tension study, suka lah.. sekarang, saya lebih suka lagu yang slow, atau lagu-lagu rock kapak. si dia pulak langsung tak dapat nak dengar. mengantuk katanya. melainkan saya yang drive, tak apa lah…

si dia tak suka makanan yang pedas-pedas. lidah jawa katanya… saya pula suka betul yang pedas.. kalau boleh biar sampai berasap telinga.. hehehe. lepas kahwin ni, terpaksalah saya masak yang kurang pedas je. nanti, si dia tak selera makan pula..

dulu, si dia suka makan kek. dia lah tukang habiskan kek saya. tapi, sekarang, saya pulak suka makan kek, tapi, tiramisu je lah… dan, saya pulak tukang habiskan tiramisu dia. dia kata, tak mahu gemuk… hihi…

si dia suka bercuti di atas gunung. saya pula, teringin sangat nak bercuti di pulau. sebab saya suka pantai…

si dia setia pada satu-satu kedai makan. kalau nak makan kat nasi kandar pelita. pergilah sampai ke hujung malaysia pun, mesti nak balik makan nasi kandar pelita.. huhu.. saya pula, suka mencuba berbagai-bagai kedai makan…

begitulah manisnya jodoh kita kan? memangnya Allah temukan kita dengan si dia. anggapkan hubungan kita bagai dua garisan lurus. kalau dua-dua garisan selari, sampai bila-bila pun takkan bertemu. maknanya, perangai, sikap, kesukaan memang sama. tapi, tak ada titik keserasian. tapi, bila kita bertentangan bagai dua garisan yang berserenjang, sekalipun berbeza sikap dan kegemaran, insyaAllah, jika saling bertolak ansur, bersefahaman, dan sering berbincang, titik keserasian itu tetap akan bertembung. wah! memandai-mandai pula saya menyamakan hubungan dengan matematik. ni gara-gara baru habis mengajar topik ’straight line’ la ni… :P

apa-apa pun, jangan jadikan perbezaan antara kita dan si dia sebagai bahan untuk bergaduh. sebenarnya, itulah yang membuatkan kita saling melengkapi. bayangkan, kalau lah saya asyik bermain bowling je (padahal seminggu sekali je.. hehe), sampai bila-bila pun saya tak tahu yang main rugby tu sebenarnya tak lah seganas yang disangka.

eh, saya bukan kaunselor rumah tangga. kahwin pun baru setahun jagung…. saya hanya pasangan baru berkahwin yang masih belajar… :P

p/s: iron man tadi? best juga ceritanya kan? hehehehehe….

Related Posts with Thumbnails

Posted in mama, papawith 9 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220