Archive for the ‘pelajar’

ini cara peperiksaan ke?05.24.10

“sekarang kan tengah periksa.. kena buat cara periksa. tak boleh berjalan, bercakap…”

saya membebel bila masuk ke 5mpv.. sebab, waktu saya masuk, saya lihat ada beberapa pelajar sedang berjalan-jalan dan bercakap-cakap. sedangkan, waktu itu peperiksaan matematik sedang berlangsung. guru sebelum saya keluar awal, mungkin ada hal penting yang perlu diselesaikan.. kerana itu pelajar mengambil peluang untuk bergerak ke sana sini.

selepas selesai saya bercakap, mereka diam. kemudian, masuk dua orang pelajar yang berlagak otai ke kelas. langsung tak memberi salam, dan terus mengganggu pelajar yang lain.

saya ulang perkara yang sama, “peperiksaan belum tamat, jadi pelajar tidak dibenarkan bercakap dan sila duduk..” dia menjeling dan merengus. saya tambah lagi, “inikan peperiksaan.. kenalah buat cara peperiksaan…” dia merengus lagi… biarkan.. kata hati saya.

seorang pelajar datang untuk bertanya soalan kerana dia tak faham soalan tersebut.. (sedangkan soalan dalam bahasa melayu turut disediakan..) saya menerangkan satu persatu soalan tersebut. pada saya, tidak mengapa selagi saya tidak memberikan jawapan kepadanya…

tiba-tiba, “inikan peperiksaan.. itu cara peperiksaan ke?” terdengar suara dia mengulang ayat saya dan mempertikaikan apa yang saya buat (memberi penerangan soalan).. geram. berkali-kali dia ulang benda yang sama dengan nada memperli.

ikut marah……….??

ikut akal, saya diamkan sahaja. kalau dilayan, makin menjadi…..

Posted in pelajarwith 16 Comments →

saya tak suka cikgu!05.03.10

sebaik memberi salam dan bertanya khabar, saya meminta pelajar kelas 4pd3 membuka buku teks masing-masing. tapi, beberapa orang pelajar buat tak tahu sahaja. saya ulang lagi arahan sambil meminta mereka diam. tapi, masih tak dilayan. seolah-olah saya tak wujud dalam kelas tu. saya diam, dan memandang… masih lagi mereka buat tak tahu. saya biarkan beberapa minit. memang betul-betul mereka buat tak tahu.

oh, nipis nya lah kesabaran saya ni. akhirnya saya bertukar! menjadi harimau… (saya boleh bertukar jadi apa2 sahaja dalam kelas.. hehehe) marah dan membebel dan memberikan pengajaran supaya mereka sedar. dari harimau, tukar jadi singa, tukar jadi gajah, tukar semula jadi cikgu.. hehehe… tak ada lah… saje bagi gambaran konon2nya saya marah gile lah tu… :P . sesekali perlu dimarahi. bukan apa, sebagai pengajaran…

kemudian, saya mengajar semula seolah tak ada apa-apa berlaku. memang begitu. marah jangan disimpan dalam hati. tapi, seorang pelajar ini, buat tak tahu dan tak mengikut pelajaran. saya bertanya pada dia, kenapa dia tak mahu buka buku teks. dia buat tak tahu. saya suruh juga dia buka buku teks. dia kata, “saya tak suka cikgu! saya suka matematik, tapi saya tak suka cikgu! sebab tak suka cikgu, saya tak mahu belajar matematik…!!!” alahai.. gitu pulak… “tak apalah ah hi… awak tak suka cikgu, cikgu nak buat macam mana. tapi, sebab cikgu dibayar gaji untuk mengajar awak, dan awak berada di kelas ni, nak tak nak, terpaksalah awak belajar. melainkan awak cari sekolah lain…” hehehe…

saya tinggalkan dia dengan marah dia. dan teruskan mengajar. bila latihan sudah diberikan, dan saya rasa marah saya dan marah dia sudah reda, saya mendekati dia sekali lagi… “ah hi, awak suka matematik ye? patutlah cikgu tengok markah UB1 awak bagus. padahal, awak taknak belajar dalam kelas, tapi boleh dapat bagus. maknanya, awak ni pandailah matematik.. tapi, sayanglah kalau awak taknak belajar sebab tak suka cikgu.. apa kata, esok, awak tukar.. tak kisahlah awak tak suka cikgu, tapi yang penting, awak boleh belajar. lagi satu, cikgu tengok muka awak hensem, kalau perangai awak hensem macam muka awak, kan bagus…” panjang tak bebelan saya? hehehe… ayat gula2 je… tunggu esok macam mana. menjadi tak gula2 saya…

dan, esoknya, dan hari2 seterusnya… ah hi dah bertukar. tak payah disuruh, ah hi buka buku teks. semua latihan ah hi siapkan. ah hi dah tak pernah ketinggalan hantar buku… saya tak tahu lah.. sama ada ah hi masih tak suka saya atau tidak. tapi, yang penting, ah hi dah suka matematik sekalipun pun masih saya lagi guru matematiknya…. hehehehehe….

p/s: tapi, teknik gula2 ni hanya menjadi pada orang2 tertentu sahaja. tak semua boleh… hihihi…

Posted in pelajarwith 14 Comments →

belon panas, darwisy pun panas!03.21.10

hujung minggu baru ni, saya bertemu dengan beberapa orang bekas pelajar yang baru mendapat keputusan SPM baru-baru ni. salah seorang pelajar tersebut, dah bertahun meminta kek coklat dari saya. sebab, saya pernah bagi diorang  kek coklat, dua tahun lepas. dia kata sedap.. dia ingat saya yang buat… padahal, saya order je… hehehe… masa baru lepas dapat result baru-baru ni, dia menunjukkan result dia pada saya, “cikgu, biologi saya dapat A, boleh saya makan kek coklat cikgu?” hahaha… dah beratus kali dia minta. jadi, kali ni, saya pun bagilah.. kempunan pulak nanti.. hehehe.. bukan saya buat pun… :P

jadi, hari sabtu, kami pun makanlah kek bersama-sama sambil bersembang mengenai perjalanan diorang selepas ini nanti… inilah mereka… :)

kemudian, balik dari makan-makan kek, kami tak tahu nak kemana lagi. hari masih awal, tiba-tiba teringatkan pesta belon panas di putrajaya. terus saje lah kami ke sana… tapi, sampai-sampai je, belon dah tinggal satu. sebabnya, belon diturunkan tengahari, hanya dinaikkan pagi dan petang sahaja.. tak apalah, satu pun, satu lah…. :D

satu-satunya belon yang ada waktu tu...

darwisy dan papa tekun tengok belon

kecewa juga rasanya bila hanya dapat tengok satu belon je. tak apalah, tunggu tahun depan pulak. kena ingat nanti, kalau nak pergi, pergi waktu pagi atau petang sahaja… bila nak bergerak dari situ untuk ke gerai-gerai, darwisy mengamuklah pulak. dia meraung-raung nak naik belon tu. huwaaa… sabar je lah. terpaksalah memujuk dia pulak. tunjukkan belon kecik, dia tak mahu. memang bersabar je lah dengar dia meraung-raung. dengan mata-mata orang ramai yang menengok darwisy menangis. tips untuk ibu bapa, bila anak menangis di tengah orang ramai, jangan marah-marahkan si anak. ini akan menampakkan kelemahan anda tidak dapat mengawal situasi. cool sahaja, dan senyum melayan si anak yang meraung.. ok?  last-last kami belikan dia, ini…

bubbles gun... ye kut nama benda tu.... :P

dah lama teringin nak belikan dia benda alah ni… (sebenarnya, saya yang tertarik dengan bubbles ni, sebab teringin nak ambil ambar bubbles banyak2…) ehhehe….

Related Posts with Thumbnails

Posted in pelajar, santaiwith 12 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220