Archive for the ‘ratuhati’

frust lagi…05.22.10

hari ni, sepatutnya saya menghadiri program anjuran ratuhati.com, iaitu persediaan penyusuan susu ibu di taman tasik perdana. tapi, dek kerana ada program di sekolah, tak dapatlah saya menghadirkan diri. masuk kali ni, dah tak terkira program ratuhati.com yang saya tak dapat hadiri. maaf sangat-sangat kepada ratuhati members tersayang….

bila jadi macam ni.. orang kata, kerja cikgu senang kan? ye, sebab senang ni lah banyak aktiviti luar yang saya tak dapat ikut… terngiang-ngiang di telinga saya ayat pengetua “kerjaya perlu diutamakan..” saya kalah. mengalah dengan kerjaya yang saya cintai ni… ye, memang saya skema.. tak boleh ambik cuti (takkan hari sabtu pun nak ambik cuti?), tak nak ponteng… memanglah. dah nama pun kerja cikgu… adab cikgu tu kena bawa ke mana-mana. kerja adalah tanggungjawab. aktiviti luar tu bolehlah diketepikan.. kan?

hmm… saya bukan merungut dengan kerjaya saya ni.. dan, saya tak ada masalah setiap sabtu kena ke sekolah. sekalipun dalam hati rasa sedih juga bila banyak program yang saya tak dapat hadiri. cuma, kepada yang suka cakap kerja cikgu senang tu… inilah realiti kerjanya…. disebabkan ini jugalah saya tak berani nak booking mana2 hotel untuk bercuti ke apa ke…. bimbang nanti dah book, dah bayar, tak dapat pergi disebabkan perlu ke sekolah.. jadi, kalau rasa nak bercuti tu.. pergi aje terus.. hehe…

ok, harap kawan-kawan memahami bila saya tak dapat pergi… dan, harap bila ada program lagi nanti, saya dapat pergi… hehehe..

Posted in mama, ratuhatiwith 8 Comments →

support group meeting ratuhati.com04.15.10

SGMRH Persediaan Semasa Hamil untuk Menyusukan Bayi

Date:
Sunday, May 2, 2010
Time:
8:30am – 11:30am
Location:
Taman Tasik Perdana
Street:
Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana
City/Town:
Kuala Lumpur, Malaysia

Description

Tajuk Perbincangan: Persediaan Semasa Hamil untuk Menyusukan Bayi
Peserta: Semua dijemput hadir (ibu hamil atau tidak, semua boleh ikut serta)
Makanan: Potluck
Bayaran: PERCUMA!!

Format perjumpaan:
Perjumpaan dan perbincangan dalam kumpulan berkenaan topik “Persediaan Semasa Hamil untuk Menyusukan Bayi”. Perbincangan akan dimoderate oleh moderator yang terlatih dalam penyusuan susu ibu.

Warna Tema : Merah / Hitam / Putih

sesiapa yang berminat, boleh mendaftar di sini atau ikuti perbincangan mengenai event ini di sini

Posted in ratuhatiwith 2 Comments →

bengkel mahligai kasih04.10.10

Melalui bengkel Mahligai Kasih, peserta boleh memahami perbezaan pasangan masing-masing dan memanfaatkan perbezaan ini untuk menyusun strategi agar bertambah intim.

Mahligai Kasih adalah bengkel yang menerokai perbezaan suami isteri dari sudut kehendak, keutamaan, pemikiran, persepsi, “hardware dan software” agar suami rasa dirinya dihormati, diperlukan, dipenuhi kehendaknya dan isteri pula rasa dibelai, dihargai dalam bersama membina membina keluarga bahagia.

Untuk siapa? Sama ada yang telah berkahwin ataupun merancang untuk berkahwin. Mesti datang bersama pasangan untuk kesan maksima.

Objektif Bengkel
Diakhir bengkel, semua peserta boleh:
1. Merenung kembali faktor-faktor yang menyebabkan dirinya itu berbeza dengan pasangannya
2. Mula menghormati perbezaan yang wujud secara semulajadi (berdasarkan kajian otak terkini dan peranannya) dan yang boleh diubah melalui kesefahaman bersama
3. Mengakui kelemahan dan menyanjungi kekuatan pasangan masing-masing
4. Bersetuju memulakan hidup baru dengan menetapkan nilai-nilai hidup dan perbuatan yang dikongsi bersama berdasarkan nilai-nilai tersebut.
5. Membuat MoU dan berikrar mengikutinya demi intimasi yang diidamkan dan meneruskan perjuangan sebenar masing-masing.

tarikh: 9 mei 2010

Kandungan dan Aturcara Bengkel
08.30 – 09.00 Pendaftaran
09.00 – 10.30 (1.5 jam) Memahami Perbezaan asas Lelaki dan Wanita
10.30 – 10.45 (15 minit) Rehat dan makan pagi
10.45 – 11.45 (1 jam) Mengenali Pasangan dan Tips Bekerjasama
11.45 – 13.15 (1.5 jam) Meneguh Nilai Cinta
13.15 – Sesi bergambar dan bersurai

Suasana Bengkel ini adalah:
Relek dan duduk berpasangan memuhasabah diri masing-masing.
Menghiburkan melalui persembahan multimedia, nyanyian dan interaktif berpasangan.
Mengambilkira dan menghormati perbezaan setiap individu
Format pebincangan adalah khusus untuk setiap pasangan
Membantu menerokai penetapan nilai-nilai cinta dan sayang melalui perbincangan rapat.
Bertukar pengalaman di antara pemudahacara dan juga peserta-peserta.
Selang-seli ketawa riang mengimbau kembali kesilapan yang lalu
Nilai-nilai sejabat.

Fasilitator Kita: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

Pelaburan Kita
• RM55 seorang
• Early Bird RM50 (pembayaran sebelum 25 April 2010)

Bayaran boleh dilakukan ke akaun Maybank
No akaun: 162106958791
Asniza Kamarulzaman

Untuk pendaftaran email kepada:
Pentadbir Ratuhati.com: pentadbir@ratuhati.com
Nyatakan:
Nama (suami dan/atau isteri)
Status perkahwinan:
Email:
Nombor telefon:

Untuk pertanyaan, boleh terus menulis di thread ini.
Atau email kepada:
Pentadbir Ratuhati.com: pentadbir@ratuhati.com
Norlaili Salleh: norlailisalleh@gmail.com

*copy paste dari facebook ratuhati…

Related Posts with Thumbnails

Posted in ratuhatiwith 5 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220