Archive for the ‘sambutan’

hadiah paling bermakna08.28.10

29 tahun… Alhamdulillah… tahun terakhir berumur 20an… tahun depan dah masuk 30an pulak… tak apa, orang kata, masuk 30an, seorang wanita itu lebih confidence dan matang dan jelita…. hehehe.. maklumlah, dah banyak makan garam… hehehe.

tahun ni, sambutan biasa2 aje. dah dua tahun menyambut di bulan puasa… huhu. nafsu nak celebrate tak memberangsangkan.. hihi.. sebab ada nafsu lain yang lebih melampau, iaitu asyik nak makan sotong goreng tepung… :P jadi kali ni, nak celebrate hari sabtu, tak ada mood sebab mak mertua buat monjong. jadi, kena lah berbuka di sana beramai2… kalau dah penat ber monjong tu, tak ada maknanya nak celebrate sakan… jadinya, sambutan sederhana diadakan sehari sebelum.. cewah! macam beria aje.

inilah yang dimonjongkan.. hehe

tahun ni tak ada surprise2 seperti tahun sudah2.. lantaran si dia merajuk gara2 tahun lepas isteri dia ni tak sabar sangat nak tahu apa benda surprisenya… hehehe.. mana tak nya, benda dah kantoi, dah nampak kotak dulu, tentulah sangat tak sabar nak tahu kan? :P jadinya, biasa2 aje tahun ni, yang penting kena ada sotong goreng tepung… sotong goreng tepung kali ni memang favourite, memang kalah laa sotong aroma ikan bakar atau seaview restaurant.. hehehe.. cuba teka kat mana? tadaaa…

mana lagi.. pelita laa.. hehe

hadiah? alah, biasa aje… bulat, bulat, bulat kecik, sambung, sambung jadi lah tutttt…. dirahsiakan.. saya tak mau jadi ’sombong, bongkak, riak, berlagak’ – pengaruh cerita ‘geng surau astro oasis’ betul laaaa…. hehehe.. tapinya, ada lagi satu hadiah paaaaling bermakna… Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah sangat2…. kebahagiaan berganda rasanya… insafi diri dengan rezeki yang Allah bagi……  Alhamdulillah sangat2. inilah hadiah paling berharga pernah saya dapat… syukur, tak tahu nak kata apa.. cuma, berdoa, moga diberi kesihatan yang berkekalan… apa dia? hmm… dua garisan pink di atas satu kertas… :P

p/s: terima kasih ibu dan walid kerana melahirkan anak yang comel dan baik hati ni… hehehe….

Posted in sambutanwith 20 Comments →

happy birthday sayang01.03.10

selamat ulangtahun sayang… :)

jadi, hari ini genaplah usia 2 tahun buah hati mama dan papa.. hmm.. dah besar dah anak mama. dah jadi budak lelaki. :D

macam biasa, tiada sambutan meriah untuk ulangtahun kelahiran darwisy. seboleh-bolehnya, saya tak mahu mengajar dia membuat sambutan ulangtahun besar-besaran setiap tahun. cukuplah sekadar kami sekeluarga sahaja. :) lagipun, rumah kami terlalu kecil untuk memuatkan tetamu yang ramai.. :D namun, bersempena dengan hari ulangtahun ini, tokma, tok walid, ayah long, mak long, ayah omar, mak ida, mak dina, mak iqa, mak uda dan acu anas (kira semua ahli keluarga saya la tu.. :P ) datang ke sini untuk menyambut bersama-sama.

saya tak ada buat apa pun. sekadar tempah kek, dan sedikit makanan untuk di jamu kepada ahli keluarga. terima kasih sangat-sangat kerana sudi datang dari jauh untuk cucu/anak sedara sorang yang semakin membesar ni. hehehe…

P9260026

P9260021

tengok, hadiah dari tokma dan tokwalid.. BESAR PUNYAAA! hehehehe…

darwisy2

ini lah dia isinya… terima kasih tokma dan tokwalid.. :D nampaknya, darwisy dah tak heran beskal lama dia lagi.. huhu

darwisy dah jadi budak besar..

P9210001

dah pandai nak pakai kopiah sambil memandu (apa kaitan? :P )

P9250013

tapi, kenapa imam sembahyang arah lain, makmum sembahyang arah lain? adoi laaaa….

yang best, petang ini saya juga mendapat hadiah berharga.. persahabatan yang tak ternilai harganya.. thanks kak ummi, della dan nuyue… :D

Posted in darwisy, keluarga, sambutanwith 19 Comments →

ada apa dengan orang jawa?12.11.09

dulu, waktu di rumah sewa, saya mempunyai beberapa orang house mate orang jawa (saya selalu sebut orang melayu yang datang dari jawa.. :P ) salah seorang daripadanya, kalau dia menyanyi, bercakap, malahan mengaji pun, suaranya.. fuh! kuat bebenor… lebih2 lagi bila dia tengok lawan bola. menjerit2. hinggakan jiran2 kami bertanya, ada orang histeria ke kat rumah kami tu.. hehehe. saya selalu juga bergaduh dengan dia..  :P manakala,  salah seorang lagi, suka bertelagah mengenai pantang larang orang jawa.. banyak benor pantang larangnya lah… huhu.. sampaikan, saya fikir, nyampah dengan orang jawa.. taknak kahwin dengan orang jawa lah..

sedangkan masa tu, saya sedang bercinta sakan dengan orang jawa.. hehehe. tapi, rupa je lah rupa jawa, cakap jawa pun tak pernah dengar. masa awal2 si dia bawa saya berjumpa emaknya yang tak berapa sihat waktu tu, emak dia ada bagitahu, menantu dia (masa tu 2 orang) semua orang jawa. kiranya, kalau anak bongsu dia kahwin dengan saya, saya lah satu-satunya orang melayu tulen dalam rumah tu.. huhu.

di sebelah keluarga saya pula, hanya ada seorang bapa saudara keturunan jawa johor. dan, kedatangan si dia dalam keluarga kami, menjadi sebutan… ye lah, kononnya orang jawa ni baik, rajin.. waktu si dia datang merisik je pun, dah macam kenduri bertunang.. ramai sedara mara datang nak tengok orang jawa nih.. sabor je le… huhu. bila nak kenduri kahwin, saya pesan dengan si dia awal2. jangan ada sanding2. makan beradap pun lauk yang sama dengan tetamu je. saya taknak nanti keluarga sebelah saya bising2.. Alhamdulillah, keluarga dia faham permintaan saya tu..

waktu kenduri sambut menantu di sebelah si dia, saya menerima banyak pesanan ini dari wak2, “nanti belajar cakap jawa tau.. nanti bila orang mengumpat/mengata, senang nak faham..” ish.. saya sangat hairan. kenapa ramai orang bagi pesanan macam ni? saya tanya pada si dia, “orang jawa ni suka mengumpat ke?” dia hairan.. “habis, semua orang bagi pesanan macam tu..” huhu.. takde lah orang jawa suka mengumpat. saya ni lurus bendul sangat. diorang suruh saya belajar cakap jawa supaya senang nak berkomunikasi..

baru2 ni, saya rewang (tolong kenduri) di rumah salah seorang saudara si dia. tiba2, ada seorang wak meminta tolong dalam bahasa dia.. ternganga2 saya dibuatnya. nasib baik biras saya tolong translatekan.. terdengar wak tu cakap balik “aik? apo orang jowo orak ngomong jowo?” (apa orang jawa tak cakap jawa?) dan, biras saya bagitau lah, saya ni orang melayu.. hehehe. malu betul.. kalau wak2 yang rapat, diorang faham.. dan suka translate kan pada saya tiap kali diorang sembang. walaupun, saya fahamlah juga kalau sikit2 tu.. mak lah yang banyak ajar saya. cuma, sampai sekarang, bila abah cakap laju2 walaupun dalam bahasa melayu, saya masih tak faham. sebab, telo jawanya pekat.. hehehe…

kalau nak ikutkan, takde lah banyak perbezaan pun. adalah sikit. awal2 kahwin, saya terkejut bila mertua saya cakap ‘engko’ dengan saya. macam kasar je.. rupa2nya, memang diorang cakap macam tu… hehehe.  dan, masakan pun lain. tapi, yang syoknya, saya belajar masakan jawa, mak pun belajar masakan melayu. sesekali dia memerhati saya memasak, dan esoknya, dia pula yang cuba.. mak selalu juga tanya saya, orang melayu buat ini, itu macam mana.. entahlah, saya rasa, sama je cara hidup orang melayu dengan orang jawa…

sedar tak sedar, hari ini,dah  genap 4 tahun saya masuk dalam keluarga jawa ni.. tapi, apa2 perbezaan pun, sehingga sekarang, semuanya kami lalui dengan sabar dan bertoleransi. dan, siapa tahu, 10 tahun akan datang, saya pandai cakap jawa? hahahaha….

selamat ulangtahun ke 4, abang.. semoga keluarga kita sentiasa berada di jalanNya.. amin.. :)

P8090375

P9060179

Related Posts with Thumbnails

Posted in mama, papa, sambutanwith 35 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220