Archive for the ‘santai’

mengidam sotong di bagan lalang08.26.10

entah kenapa, semenjak dua menjak ni, saya asyik teringin nak makan sotong goreng tepung. padahal, baru je lagi saya makan sotong goreng tepung di aroma baru2 ni. tapi, kali ni, saya teringin nak makan di bagan lalang pulak.

jadi, untuk memenuhkan keinginan tekak saya ni, papa pun bawa saya ke bagan lalang. Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga makan sotong goreng tepung. dah, tak nak lagi dah.. nanti nak makan benda lain pulak… hehehe…

restoran yang kami tuju kali ni, restoran seaview. betul2 tepi pantai. waktu kami sampai, masih awal, orang belum ramai. jadi, kami order dulu, dan solat asar. yang bagusnya, suraunya betul2 dekat dengan restoran serta selesa. kemudian, bawa darwisy ke tepi pantai. seronok betul dia jumpa air. mula2, main dari jauh je.. lepas tu, main ombak pulak.. lepas tu, masuk terus dalam air. nasib baik bawak baju lebih.. memang dah tahu dia mesti nak main air punya….

cantik pemandangan tepi pantai waktu matahari jatuh… cantik sungguh… damai je rasa…. darwisy pulak, bila dah seronok main air, mula la taknak keluar…. jenuh pujuk ajak makan… sempat juga mandikan dia dan tukar baju sebelum azan maghrib. buka puasa, sungguh menyelerakan… kerapu masam manis, sotong goreng tepung, tomyam, dan sayur… kerapu dia, memang sedap gilaaa… fresh sangat… sotong goreng tepung, lebih kurang la dengan aroma ikan bakar… harga, murah dan sangat berpatutan.. cumanya, restoran ni sangat jauh dari rumah kami… dekat lagi aroma ikan bakar… huhu. tapi, berbaloi la jauh pun… sape nak pergi nanti, kena book dulu ok.. katanya kalau hujung minggu ramai gila orang kat situ….

ok, bawah ni gambar2 masa kat sana…

berkejaran dengan ombak..

merenung pantai la kononnya… hehehe

nak pujuk balik…

matahari terbenam…

menu kami….

Alhamdulillah… lain kali pergi lagi.. siapa yang nak no phone seaview restaurant, msg je lah ye…. :D

Posted in santaiwith 16 Comments →

gegaran di pusat bowling07.26.10

hehe, hari sabtu lebih kurang pukul 10 pagi, saya bersama rakan2 dan pelajar2 sekolah berada di pusat bowling sempena kejohanan bowling anjuran kelab bowling sekolah kami. sewaktu pelajar2 teruja untuk bermain bowling, saya terasa gegaran. dan signboard pusat bowling itu yang bergoyang2. tapi, tak ada seorang pun yang perasan bila saya bertanya. saya pasti, itu gegaran gempa bumi sebab dah biasa rasa di sini. isk, kalau bukan kerana gempa bumi, tapi bangunan tu sendiri yang bergoyang, takut saya nak main bowling di situ lagi… huhu

seronok tengok gelagat budak2 main. dan gembira bila ada ibu bapa yang sangat supportive, sanggup menunggu anaknya main dan beri sokongan moral. siap tolong ajarkan pelajar2 lain lagi. nanti, bila darwisy dah sekolah, saya mahu jadi ibu bapa seperti mereka. :)

bila game dah mula, terasa gegaran lagi. tapi, kali ni bukan kerana gempa bumi, tapi kerana bola bowling yang dibaling dengan cara yang tidak betul oleh pelajar2.. hehehe.. sesuka hati je diorang baling. berdentum dentam bunyinya. (macam lah saya pandai sangat baling kan… :P ) tak kisahlah… janji diorang enjoy… :)

tengoklah gelagat diorang ni…

sebenarnya, cuak juga masa gegaran tu… ini pulak first time saya rasa gegaran di bangunan tinggi. pernah dulu, kat rumah atau kat sekolah. tapi, tawakal je lah kan… saya ni kan, macam fobia sikit dengan bangunan tinggi2 ni. bukan gayat, tapi risau… sebab pernah tengok rencana tentang bangunan runtuh dekat korea/china dulu.. isk, tu lah, kalau dah suka fikir yang bukan2… huhu… kalau orang yang dah biasa dengan gegaran gempa bumi dekat negara yang memang selalu gempa tu, mesti tak de rasa apa2 setakat gegaran kecik tu kan? ish, apa2 pun, nauzubillah… moga kita diselamatkan dari segala bencana.

Posted in santaiwith 8 Comments →

floria 201007.17.10

hari jumaat, lepas rasa kuciwa dengan sesuatu, papa bawa saya pergi menenangkan diri (ewah, padahal memang dah plan nak pegi pun…) ke pesta floria putrajaya. pukul 4.30 sampai di sana, ramai orang.. excited sangat rasanya nak tengok bunga2. sempat buat2 lalu depan kieran dan ann untuk siaran luar hot.fm… :P benda pertama yang saya nak cari adalah, hasil kerja pelajar kelas saya dengan dibimbing guru mereka. bila dah jumpa, baru ke tempat2 lain untuk – ambil gambar lah.. apa lagi. memang seronok kan snap gambar bunga sana sini. cantik sungguh. sekali, baru separuh perjalanan, bateri habis daaa.. nyesal tak caj penuh2 tadi. nyesal sangat2…

kemudian, pergi ke alamanda, cari makan. tak sangka saya, papa tiba2 beli bateri lain, siap dengan charger luar dan patah balik ke tapak pesta. wah, dari muka moyok mood hilang sebab tak dapat ambik gambar tadi, terus ceria pot pet pot pet semula (i love you! :D ).. hari dah gelap pun. malam pun, malam lah.. janji dapat ambik gambar. jadi, enjoy gambar2 bunga dari ‘buah hati’ baru saya ni (buah hati lama dah rosak kantanya.. nak ganti, kena RM300 tu…)

gambar ni saya ambil sewaktu menunggu papa solat di surau dalam taman.saya dan darwisy saje2 buang masa ambil gambar diri sendiri. sengaja saya snap berkali2. tiba2, ada seorang lelaki bersama keluarga dia datang dan tegur, “meh saya tolong ambikkan gambar” dan tiba2 je dia ambik kamera dari tangan saya. saya dan darwisy tergamam tapi terus je sengih bila lelaki tu menghalakan kamera ke arah kitorang. bila dah ambik, dia cubit2 pipi darwisy, geram kut sebab darwisy duk sengih2 je waktu saya ambik2 gambar tadi. hehehe.. ini lah gambar yang lelaki tu ambil,

sebelum balik, kitorang sempat tengok persembahan tarian ini,

apa2 pun, sangat best ke sana. dan paling best sebab darwisy sangat baik, langsung tak meragam hinggakan tak sedar, 5 jam kami kat sana rupa2nya… hehehehe…. thanks sangat2 papa, sebab melayan isteri mu yang suka tengok bunga tapi tak suka tanam pokok bunga nih… hehehe

Related Posts with Thumbnails

Posted in santaiwith 14 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220