Archive for the ‘tag’

tag dari wina09.06.09

ok, kali ni dapat tag dari wina… err, sebenarnya, rajin buat tag ni, sebab tak de mood nak bercerita kali ni.. :P jom kita tengok apa tagnya.. :D

*The rules are simple.
Use Google Image to search the answers to the questions below.
Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
After that tag 12 people.

1) THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY

tg wina - q1

nampak tak? kalau tak nampak bagus lah.. :P takde lah banyak sangat nombornya tu.. :D

2) PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST

tg wina - q2

bestkan kalau dapat gi tepi pantai yang indah… romantik je…. boleh berromantika d’amor.. :P

3) MY FAVOURITE FOOD

tg wina - q3

oh, tiramisu… papa ‘hutang’ tiramisu lagi nih.. sebab ari tu kek eskrim.. tak sama dengan tiramisu.. huhu

4) NICKNAME THAT I HAVE

tg wina - q4

satu je, sya je tau.. bukan syasya… :P

5) MY FAV COLOUR?

tg wina - q5

dari dulu hingga sekarang.. purple lah yang nampak cantik di mataku…

6) THE CITY I LIVE NOW

tg wina - q6

err, sebenarnya, tak de pun dalam peta ni… dekat2 lah…

7) THE PLACE I WAS BORN

tg wina - q7

koi anak jati pahang tau… :P
8) MY COLLEGE MAJOR

tg wina - q8

apa tu? biologi cam tu ke? :P

9) MY BAD HABBIT

tg wina - q9

menghadap laptop je kejenya…

10) MY HOBBY

tg wina - q10

hmm, aku pun tak tau nak takrifkan apa… :P

11) MY WISH

tg wina - q11

insyaAllah, satu hari nanti…

wahhh.. gigih sungguh aku meng’google’ gambar2 ni…

err, aku nak tag semua orang yang ada di bawah list ‘ratuhati members’… sila buat ye… :D

Posted in tagwith 4 Comments →

deraan + rilekskan minda08.25.09

cik animnaim telah mendera saya dengan memberikan saya tag ini… hehehe… tapi, saya suka tau! tenkiu anim..

note: ditulis pada pukul 2.30 petang/24hb 8…

1. Bekas kekasih saya adalah:

yang telah saya/dia tinggalkan…

2. Saya sedang mendengar:

darwisy cakap “haa… haaa…” macam orang kehairanan sebab baru bangun dari tidur.. :P

3. Mungkin saya patut:

berhenti menulis tag ini dan pergi melayan dia yang sedang kehairanan sambil kepala pusing2 tengok keliling..

4. Saya suka:

segala2nya yang membuat saya tersenyum… terutamanya si budak botak yang masih lagi kehairanan dan berbaring semula tu…

5. Sahabat-sahabat baik saya:

suami saya yang bersama saya di kala susah dan senang…

6. Saya tak paham:

kenapa tag ni panjang sangat? tapi, saya seronok nak buat sebab baca jawapan yang kelakar dari anim naim dan orang2 yang dah buat tag ni..

7. Saya kehilangan:

remote astro saya… “darwisy… mana remote mama?”

8. Ramai yang kata:

darwisy suka senyum macam mama dia… papa jangan jeles! :P

9. Makna nama saya:

orang yang bersyukur dan suci murni… (dua perkataan belakang tu berdasarkan perkataan kedua nama saya)

10. Cinta itu adalah:

yassir arafat! :D

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:

cuba menggigit2 siku saya yang tajam ni (dia nampak siku mama ni macam sedap kut..)

12. Saya akan cuba:

beri perhatian kepada dia selepas habis menjawab tag ini… hahahaha (sorry ye sayang.. mama tengah jawab soalan exam ni..)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:

hingga mati

14. Telefon bimbit saya:

warna purple! :P (silakan jangan jeles ye huda… hehehe)

15. Bila saya terjaga dari tidur:

budak botak yang comel tu sedang landing atas badan saya… huwaaa…

16. Saya paling meluat bila:

jumpa orang yang berlagak, cakap tak senonoh, cakap tak serupa bikin, perasan bagus.. (ops! saya lupa ini bulan puasa.. tak baik tau…. tarik balik, tarik balik…)

17. Pesta/Parti:

sesuatu yang menyeronokkan sebab ada banyak makanan.. huargh.. pose2 ni ingat makanan pulak!

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah:

baby haiwan.. tak kira lah baby buaya ke, baby gajah ke, baby rimau ke…

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

sekarang… :D

20. Hari ini:

papa tak ada, saya boleh bertenet sesuka hati saya… :D

21. Malam ini saya akan:

menunggu papa pulang dari sembahyang terawih dengan sabarnya… hihihi

22. Esok saya akan:

pergi sekolah sebab nak tunjuk saya rajin.. cuti2 pun datang sekolah.. (huwaaaa.. kenapa kerja tak habis2 ni??)

23. Saya betul-betul inginkan:

tiramisu di hari ulangtahun kelahiran saya nanti.. hehehehe (huda, dah tempah ke belum?)

24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin di hadapan cermin pagi ini:

kenapa orang selalu tanya saya pakai krim apa? (sambil memperasankan diri sendiri… ngeh ngeh ngeh…)

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan:

apa tu? macam pernah dengar… hehehe… dah lama tak pergi semenjak H1N1… hehehe, tipu..

26. Makanan barat atau Jepun:

barat; selalu la makan.. jepun; tak pernah!

27. Bilik yang terang atau gelap:

tak terang dan tak gelap… saya takut gelap. dan tak suka pula tidur dalam terang… camno tuh?

28. Makanan segera adalah:

makanan yang cepat di masak… kata cikgu ros…, kalau teringin nak makan kat kfc/mcd, tapi taknak makanan segera, suruhlah orang tu masak lama2… (hah? boleh ke?)

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:

“darwisy! jangan ambik telefon mama…” tapi mata saya tetap ke arah laptop ini lantaran mahu menghabiskan soalan ini.

30. Siapa yang anda mahu TAG?:

hehehehe… kita lihat siapa yang kena….

1. littlemama
2. kak yong
3. rynn
4. wina
5. nuyue
6. mommylyna
7. suealeen
8. kak ummi

*disebabkan soalan tag ini menggunakan kata ganti nama saya, maka ’saya’ digunakan untuk entry ni.. :P eh, syok lah guna saya rupa2nya… :P

Posted in tagwith 38 Comments →

what i do for a living07.15.09

tag dari littlemama.

seronok juga cerita tentang apa yang aku buat untuk hidup.. walaupun dah selalu aku cerita kat sini tentang kerja aku, tapi disebabkan tag ni, aku nak cerita juga lagi. hehehe…

dulu, sebelum sambung belajar di UPSI, aku tolong mak aku di kedai sulaman berkomputer. hari2 kerja menghadap mesin dan jaga akaun.. hari2 juga kena pergi bank pagi dan petang untuk urusan perbankan.. seronok. sebab boleh jumpa ramai orang dan bermacam2 ragam. yang paling seronok, aku lah bos kecik kat situ. hahaha.. jadi boleh arahkan pekerja2 untuk buat kerja.. bos kecik yang terukkan? :P

tapi, cita2 aku tetap nak jadi cikgu.. ok, bila dah sambung belajar, memang ada hati nak buat dua kerja, satu jaga kedai ibu, satu kerja cikgu. ye la, orang kata kerja cikgu ni balik tengah hari.. jadi kononnya petang2 boleh lah aku uruskan kedai. tapi, angan2 tinggal angan2… sekali kahwin dengan anak bongsu daaa… terpaksa lah mengikut dia posting di kampung dia… huhu.. tinggal lah kedai, tinggallah pujaan… hehehe…

hmm, sebenarnya, mula dari belajar lagi aku dah tau, yang kerja cikgu ni, bukanlah seperti yang orang sangka.. kononnya boleh balik tengah hari ye.. hahaha.. memang boleh.. tapi sambung kerja di rumah lah jawabnya… meh aku cerita hari ni jadual hari2 seorang guru.. hehehe.. tapi guru bernama ‘aku’ je la ye.. lain guru, lain tugasannya… :D

pagi2, keluar rumah pukul 6.50 untuk hantar darwisy, dan aku sampai di sekolah pukul 7.10 pagi. kalau tak bertugas mingguan, aku akan terus menanda buku latihan dan buat lesson plan. bunyi loceng jan 7.30 pagi, masuk kelas. tengoklah pada jadual. kadang2, enam waktu sehari. kalau enam waktu, memang pack laa.. tapi akan ada dua hari yang 4 waktu sahaja… free lah sikit. sehari ada 10 waktu. jadi, 4 waktu yang baki tu digunakan untuk menyemak kehadiran pelajar dalam kelas sendiri, menanda buku latihan, sarapan, dan banyak lagi kerja2 lain.

ok, aku tak nak cerita tentang kerja orang lain, cerita tentang kerja sendiri je la ye. buat masa sekarang, selain dari kerja2 harian guru iaitu buat lesson plan, menanda buku latihan, buat nota power point, rekod kehadiran pelajar dan sebagainya, ada juga kerja2 di luar kerja harian. macam aku, sebagai guru biasiswa, kena update keputusan peperiksaan pelajar, kena update senarai pelajar biasiswa, cari pelajar2 yang perlu dibantu, meluluskan permohonan pengeluaran duit biasiswa dan sebagainya. sebagai guru kelas pula, melayan ibu bapa yang datang, surat amaran untuk pelajar yang melanggar disiplin, kutip yuran dan sebagainya. sebagai guru markah koko, kena update markah untuk IPTA, kemaskini rekod persatuan pelajar dan sebagainya. sebagai guru subjek, buat soalan untuk ujian dan peperiksaan, buat nota, ops, sebelum terlupa, aku mengajar 4 subjek. dan setiap 4 subjek tu ada berbeza2 kerjanya.. folio, PEKA, dan sebagainya… petang pula, dalam pukul 4 ke atas, kena datang sekolah lagi untuk kelab dan persatuan. hari sabtu pun sama, bermacam2 aktiviti dan mesyuarat… :P

err, belum habis lagi ni.. tapi kang panjang sangat pulak senarai kerjanya.. hehehe… takde lah banyak pun. sama juga dengan pekerjaan yang lain. cuma, bezanya kalau tak ada mesyuarat atau kelas tambahan, boleh lah balik awal, tapi kalau rasa tak nak bawa balik kerja ke rumah, buat lah di sekolah selepas habis waktu sekolah. kalau nak harapkan 4 masa berbaki tak masuk kelas tu, memang tak cukup. kadang2 tak sempat makan pun… kalau yang hari tak sempat makan tu, puasa je lah.. hehehehe… kadang2, aku rasa macam entah apa yang aku buat, tau2 je dah habis sesi pagi. hmm, biasanya aku bawa balik kerja ke rumah, sambung di rumah sampai petang, baru ambil darwisy. ada masa juga aku lebih suka buat kerja di sekolah, sampai pening, baru balik… :D

jadi, ini lah dia yang aku buat untuk cari rezeki. teringin juga nak buat kerja2 sampingan. tapi, setakat ni, masa untuk buat satu kerja ni pun kadang2 sampai ke malam untuk siapkan, jadi, bila masa aku nak buat kerja yang lain… huhuhu…..

aku dengan rakan sekerja

aku dengan rakan sekerja

pelajar kena paksa nyanyi lagu untuk ibu dalam bahasa ibunda

pelajar kena paksa nyanyi lagu untuk ibu dalam bahasa ibunda

ok, nak tag:
1. nuyue
2. kak hasrisa
3. krsty
4. della
5. annsyifa
6. ainharul

Related Posts with Thumbnails

Posted in tagwith 21 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220