Archive for the ‘blog’

HOUSE dan blog06.27.10

dah berapa hari saya tak menulis kan? tak ada cerita sebenarnya. tak ada pergi berjalan ke mana-mana (melainkan melarikan diri ke rumah mertua gara2 kawasan rumah saya dipenuhi 64 kumpulan yang enjoy dengan perlawanan futsal.. huhu). papa juga ada-tiada. darwisy macam tu juga, main-cakap-makan-tidur-lari-meraung-azan… kerja masih macam tu juga.. segala2nya sama dan masih sama.

khamis baru ni, HOUSE sangat menarik saya rasa. sebabnya? terkena dengan kita, ye, kita… blogger. :) pesakit House yang terbaru adalah seorang blogger yang tegar. hinggakan berada di atas katil hospital pun masih lagi dengan blognya. hinggakan kumpulan doktor bersama House hairan kenapa ada orang yang sanggup menceritakan segenap cerita peribadinya di dalam blog. buat saya pun hairan sama. dan mula berfikir-fikir.

saya pun macam tu ke ye? memang.. apa sahaja cerita yang saya kira menarik, mesti saya akan tak sabar-sabar nak tulis dalam blog. jumpa sahaja benda yang menarik, mesti sibuk2 keluarkan kamera untuk publishkan dalam blog (tapi, sekarang kamera termasuk kamera telefon dah rosak.. huhu). kenapa ek? padahal, orang yang baca tu bukan kenal kita pun. tapi, sibuk2 nak cerita kan? ada orang, sampaikan nak buat apa2 keputusan pun tanya dalam blog (dalam cerita House tu laaa..) itu, ini, semua nya nak cerita dalam blog. hmm, dah namanya blogger kan?

tapi, dalam banyak2 cerita yang saya suka nak tulis dalam blog ni, ada juga banyak cerita yang saya tak sanggup/tak boleh/ cuba elakkan untuk tulis dan publish. antaranya, cerita papa tiada di rumah atau kami meninggalkan rumah – bimbang kalau entah sape2 yang kenal saya baca, dan punya niat jahat, tak ke naya? lagi, cerita sedih/buruk saya dulu2 kala – yang lepas tu lepas lah… kan? lagi, cerita saya menyampah gile dengan orang lain sampai rasa nak kutuk2 orang tu – biarlah hipokrit pun.. asalkan dosa saya tak bertambah2 setiap kali orang baca blog ni.. lagi, cerita gaduh laki bini – tak elok bagitau orang perihal dalam kain kan… lagi, cerita saya membeli barang2 mewah – hehe, sebab memang tak ada beli barang mewah pun… :P

teringat seorang kawan kata, kalau banyak sangat cerita perihal diri sendiri, bimbang nanti makin banyak pulak sifat takbur/bangga diri yang terkeluar… na’uzubillah….

apa2 pun, saya masih lagi nak berblog.. masih lagi nak berkunjung ke blog kawan2… cumanya, kekangan masa semakin bertambah sekarang….. tak apalah… asalkan blog ni wujud lagi sudahlah… kalian, ambil yang baik2 sahaja dari blog ini ye? :)

p/s: hairan saya, jumlah follower dalam widget follower makin bertambah, tapi tengok avatarnya tak bertambah pun… kenapa ye?

Posted in blogwith 18 Comments →

keliru identiti05.19.10

hehehe… saya rasa macam jadi blog yang keliru identiti… :P dari tadi duk menukar2 theme blog.. saya mohon maaf kepada kawan-kawan andai ada yang ‘terserempak’ sewaktu saya menghuru-harakan blog ni dengan theme yang entah apa-apa.. yang sebenarnya, saya masih mencari theme yang paling saya berkenan. sampai sekarang, masih belum jumpa lagi.. ada yang cantik, menarik, tapi, ada function yang tak lengkap.. ada yang lengkap, tapi tak menarik hati. jadi, sampai sekaranglah blog ni jadi huru-hara sangat. saya faham, menyampah tengok blog asyik bertukar-tukar theme kan? tapi, nak buat macam mana, blog saya bukan hebat sangat nak upah orang buatkan.. hihi…

tapi, akhirnya, berjaya juga saya bertemu dengan theme yang menarik hati dan cukup lengkap pakejnya… :P harapnya, kalian juga suka dengan theme ini. jangan risau, kalau saya rasa tak ok lagi, saya tukar lagi… tapi, lambat lagi lah… hehehe.. penat tau duk menukar theme ni. tapi, disebabkan ada rasa tak puas hati, saya godek2 juga lagi… ini pun belum adjust lagi.. dah penat. papa dah mula menjeling sebab duk menghadap blog ni dari siang tadi… hehehe…

oklah.. mata saya pun dah naik juling duk tengok beratus theme dari tadi.. nak pegi buat ‘theme’ lain pulak… :D

Posted in blogwith 12 Comments →

ujian 3 bulan03.20.10

sedar tak sedar, dah 3 bulan saya berpindah ke blog baru ni. saya pernah terbaca satu blog, mengenai ujian 3 bulan. ujian 3 bulan ini dimana penulis blog tersebut (saya tak ingat blog mana.. :P ) memberikan masa kepada blognya untuk melihat sejauh mana pencapaian blog beliau dalam masa 3 bulan. dan, beliau menetapkan, satu hari satu entry. di mana, sangatlah sukar untuk saya jalankan terutama di waktu-waktu sibuk… hehehe… itu adalah untuk beliau mendapatkan pembaca-pembaca tetap dan menarik trafik ke blog nya..

dan, sekarang, walaupun bukanlah 3 bulan dari saya mula ber blog, berpindah ke blog baru ini juga seolah-olah saya baru ber blog. awal-awal bulan pertama, statistik blog ini jatuh merudum berbanding blog lama saya. oh, saya tak kisahkan tentang statistik. asalkan dapat menulis, dan ada satu dua pembaca pun dah ok. mungkin waktu tu, ramai pembaca lama saya tak tahu atau tak biasa ke blog baru saya lagi. dan, bila masuk bulan kedua, barulah statistik menaik sama seperti blog yang lama.

cuma, kelakarnya, sesekali menjenguk blog lama saya, masih ada lagi pembaca yang datang, mungkin daripada google. malah, masih ada pembaca yang memberikan komen dalam entry blog lama saya.. hehehe. tapi, tak apa. saya tetap membalasnya… biarkan aje blog tu macam tu. cadangnya untuk buat back up.

jadi, apa jadi dengan ujian 3 bulan blog saya? biasa aje. asalkan kembali seperti blog lama, sudah memadai buat saya. untuk buat duit melalui blog, belum tercapai dek akal saya. banyak kekurangannya saya ni. kekurangan masa, kekurangan idea, kekurangan komitmen, dan kekurangan kerajinan… hehehehe… ada je alasannya kan… :P eh, nuffnang yang saya baru letak di blog ini juga baru je ada RM 0.50.. hahaha…

asalkan, sedikit tauladan dan perkongsian dapat dituliskan di sini… dan juga berkongsi kisah bersama-sama kawan-kawan online saya… sesekali jeling pada statistik, suka juga tengok pembaca rajin dan sepi saya.. dari uitm, upm, petaling jaya, johor bharu, kota bharu, melaka, putrajaya dan banyaklah. kalau sesekali kalian tinggalkan jejak, boleh juga saya menjejaki kalian… kalau sepi sepi ni, saya tak tahu…. boleh juga kita jadi kawan, kan? :P eh, hah.. kat sidebar blog ni saya dah letakkan shoutbox, (baru nak letak, tapi kalau ada yang tulis bukan2, saya delete kut nanti… :P ) boleh juga kita bersembang disitu… :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in blogwith 14 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220