Archive for the ‘cerita lama’

santau07.20.10

kalian biasa dengar tak santau ni? kalian percaya? tadi, saya terdengar dalam penawar syifa (106) tentang santau. jadi, teringat masa saya praktikum dulu.

dulu, masa saya dan si dia praktikum di kk, saya rasa, sangat mendebarkan. masa tu, kecoh sangat tentang santau ni. saya tahu, sebelum ni memang kk selalu dikaitkan dengan santau. tak taulah kenapa. kenapa risau sangat?

sebab, masa kecoh2 tu, macam2 cerita keluar. sudahlah waktu praktikum, kami tak ada peti ais nak simpan barang basah. nak beli kat pasar pun, balik sekolah dah lambat. pasar dah tutup. nak beli kat pasaraya, kemain mahal. maklumlah, waktu tu kami bukannya ‘beruang’ sangat.. hehehe. jadi, nak tak nak, memang kena beli dekat kedai.

masa tu, untuk mengukuhkan bukti yang tengah santau menyantau dekat kk tu, katanya, hari2 ada kematian disebabkan santau. kebetulan, rumah kami berdekatan dengan kubur, memang lah selalu nampak pengebumian di situ. tambah lagi dengan, banyak kedai2 makan, yang tutup gara2 santau. saya tak pasti sama ada sebab tak ada orang datang langsung, atau memang diorang tutup untuk kerana risaukan santau. tapi, yang susahnya ialah kami yang tiada peti ais inilah.

susahnya hati kami Allah sahaja yang tahu. kami bertanyakan pada ustaz, ustaz kata, amalkan pendinding diri. iaitu, baca 4-kul dan ayat kursi selalu terutama pada waktu pagi dan malam. jadi, kami bertawakal sahajalah.. sambil2 tu, tengok juga petua orang – kalau makanan sejuk, tapi bawah pinggan panas – katanya makanan tu dah disantau.. Wallahualam.. jadinya, disebabkan malam2 semua kedai tutup, terpaksa kami beli lauk (mungkin hanya kami sahaja yang beli di kedai tu.. huhu) untuk tengahari dan terus untuk makan malam… lagipun, hanya kedai tu je pun yang masih dibuka waktu tu…

sampailah beberapa minggu kecoh, satu hari, majlis perbandaran kk bersama pihak hospital membuat majlis bacaan yassin dan jamuan makan beramai2 yang di sponsor kedai2 makan sekitar pekan kk. hanya untuk membuktikan bahawa khabar2 angin mengenai santau itu adalah tidak benar. dan berita kematian disebabkan santau juga tidak benar kerana tiada rekod dari hospital yang menyatakan ada pesakit meninggal dunia akibat santau. ramai orang datang waktu tu (termasuk kami lah..).

Alhamdulillah, semenjak itu, kedai2 makan kembali beroperasi seperti biasa walaupun bilangan pengunjung masih belum ramai. tapi, sekurang2nya, kami ada.. hehe.. jadi, hingga sekarang, tak pastilah berita santau itu betul atau tidak. cumanya, sentiasalah kita berhati2 dalam apa jua keadaan sekalipun. berusaha, dan bertawakal kepada Allah..

p/s: meh kempen masak di rumah… :P

Posted in cerita lamawith 20 Comments →

banci, banci07.10.10

hehe.. rumah kalian dah dijengah pegawai banci penduduk? rumah kami belum lagi. agak2, kalau ada pegawai banci datang rumah kalian, apa layanan kalian pada diorang ye? jemput masuk, atau duduk kat luar je? hidang air atau, ‘lepas kau tanya kau belah aje’?  atau pegawai banci bagi salam, kalian duduk diam2 dalam rumah macam tak ada orang dalam rumah? hehehehe…. saya tahu, kalian semua baik2 kan?

bukan apa, time2 musim banci ni, teringat zaman saya kerja sebagai pembanci juga dolu2… masa muda-remaja-tak-tau-buat-apa dulu.. hehe. tapi, bukan banci penduduk lah, banci pekebun kecil yang dibuat oleh salah sebuah badan berkanun. sebulan je kerja tu. tapi, memang mencabar gila. terasa macam makan tidur dalam kereta je.. nak cari pekebun kecil, bukannya senang. rumah2nya… huhu.. nun jauh dihujung kampung. jenuh nak cari. nasib baik ada nenda ku yang tercinta. nenek lah yang temankan saya ke sana ke mari mencari rumah2 dalam kampung.

dah lah jalan2 nya agak mencabar juga bagi orang baru belajar bawa kereta macam saya ni. bukit menjunam, jalan kecik, celah2 pokok getah… huhu…. tapi, demi tugas, segalanya diharungi.. hehehehe….

yang bestnya, untuk membanci orang ni, macam2 ragam. biasa juga bila diberi salam, senyap je tak ada jawapan. sedangkan, saya nampak ada orang menyorok balik langsir rumah tu… hehe. bila saya bagitau saya nak banci pekebun kecil je, cepat2 diorang bukak pintu. sebab, diorang tau, saya datang wakil dari siapa… kenapa diorang cepat2 buka pintu bila saya bagitau saya dari mana? sebab, diorang nak ngendeng2 minta bantuan pekebun kecil… haha. macam lah saya ni pegawai jabatan tu.. bukannya saya boleh tolong apa pun. tolong dengar je lah….

yang bestnya, kebetulan masa tu musim buah. kenyanglah perut saya dihidang dengan buah2an… seronok betul. dan, kebetulan juga dha nak menyambut perayaan tahun baru cina. penuh juga perut dengan limau… :D tak kurang juga yang bekalkan buah2 untuk dibawa balik… :P kadang, nenek saya sampai terpaksa berkongi cawan dengan saya sebab tak larat dah nak minum air yang dihidangkan dari rumah ke rumah… :D

memang banyaklah pengalaman2 pahit manis waktu kerja banci dulu. yang tak best2 tu, tak payah dikenanglah ye… tapi, yang tak best tapi kelakar, ada juga… kena kejar dengan anjing tuan rumah… huhuhu… apa2 pun, memang pengalaman yang tak dapat dilupakan dan banyak bagi pengajaran dan erti hidup pada saya. paling sedih, bila masuk ke rumah yang dah senget macam nak menyembah bumi… kesian sangat rasanya.. yang baik, kita ambil sebagai tauladan, yang tak baik, kita jadikan sempadan.

yang penting, saya tahu, sesiapa pun pembanci yang akan datang ke rumah saya, saya bersedia menerimanya dengan gembira… :) jom, kita bagi kerjasama kepada pembanci2 yang menjalankan tanggungjawab untuk negara ni… :)

Posted in cerita lamawith 12 Comments →

pregnancy test01.02.10

orang yang membuat ujian mengandung sendiri, semuanya akan menunggu kemunculan garisan yang kedua dengan hati yang berdebar-debar. namun, reaksi selepas itu, berbeza-beza. yang pertama, menangis kecewa kerana garisan yang kedua tidak muncul-muncul. yang kedua, menangis kerana teramat gembira melihat kemunculan garisan kedua. yang ketiga, menangis kerana confuse, sebab garisan yang kedua muncul warnanya sangat pudar. yang keempat, menangis kerana takut apabila melihat garisan kedua muncul.

saya masih ingat, bulan mei 2007, berkali-kali saya mencuba sendiri menggunakan pregnancy test. kali pertama, pada hari ke 41. garisan yang muncul hanyalah berwarna pink pudar. terasa gembira. tapi bimbang. adakah saya mengandung? pergi ke klinik swasta, doktor tidak yakin, dan meminta saya datang kembali selepas dua minggu. namun, saya tidak sabar, selang beberapa hari, saya mencuba lagi. kali ini, warna pink pudar sudah menjadi semain gelap. saya sangat gembira. masih saya ingat, menangis di bawah pancuran air kerana terlalu gembira.

kemudian, barulah saya ke klinik lagi. tapi, kali ini saya memilih klinik kerajaan pula. selepas mendaftar nama, saya dipanggil masuk ke bilik rawatan. pembantu perubatan lelaki itu bertanya ’sakit apa’ kepada saya. lalu saya memberitahunya, saya sudah tidak datang period. tiba-tiba, pembantu perubatan itu seolah-olah menengking, “awak sekolah dekat mana?” hairan saya. kenapa dia tanya saya sekolah mana. kebetulan memang saya ber’sekolah’ kan, saya pun bagitaulah nama sekolah saya. dan, dia bertanya lagi sambil mendengus, “hah! dah berapa lama tak datang?” saya jawab, dua bulan. tiba-tiba, saya teringat sesuatu, “saya pergi sekolah mengajar, bukan belajar.” dan dia berkerut memandang saya. “eh, umur berapa ni?” “saya 26 tahun lah encik” hah??? dia terkejut dan kemalu-maluan. “laaa.. saya tengok dekat sini 16 tahun. pendaftar ni salah tulis la ni..” hahaha… kelakar. nak marah pun ada, sebab tak pasal-pasal kena tengking. tapi, dalam masa yang sama, rasa ‘kembang’ pun ada. saya nampak macam budak 16 tahun ke? :P

hehehe. sungguhpun dah beberapa tahun kenangan itu berlalu. namun, saya tak pernah lupa. dan rasanya, baru sekejap. tapi, bayi yang saya kandung waktu itu sudah pun bakal mencecah 2 tahun hari esok…. dan, tiba-tiba saya rasa teringin nak buat pregnancy test lagi… bila lahhhh… huhu…

Related Posts with Thumbnails

Posted in cerita lamawith 18 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220