Archive for the ‘contest’

the first cry!05.04.10

penantian hampir 24 jam menahan sakit kontraksi, membuatkan saya rasa tak sabar-sabar untuk melahirkan. lebih 10 jam dalam bilik bersalin, dan sebanyak dua kali ‘induce’ diberikan, doktor hampir membuat keputusan untuk saya bersalin melalui pembedahan. tapi, Alhamdulillah, tiba-tiba laluan saya terbuka dengan cepat dan rasa nak meneran tak dapat di tahan-tahan lagi. hilang terus rasa sakit kontraksi selama 24 jam sebelum.

sebaik sahaja bayi saya dilahirkan, saya tertunggu-tunggu bunyi tangisan pertama dia. tapi, dia langsung tidak mengeluarkan bunyi. tanpa menunjukkan bayi kepada saya, terus jururawat bawa dia keluar dari bilik bersalin. sementara jururawat yang lain mengeluarkan uri, suami duduk di luar. dan, saya masih menanti penuh sabar untuk melihat wajah anak pertama saya. setiap kali ada jururawat yang masuk, saya akan bertanya, “mana anak saya?”. jururawat hanya berikan jawapan, “sabar, nanti kami bawa masuk..”. saya dah tak sabar. saya risau akan kehilangan jam pertama untuk menyusukan anak saya, juga bimbang jika ada perkara buruk berlaku terhadap anak saya.

dari dalam bilik, saya dengar bunyi tangisan bayi yang sangat nyaring. anak saya kah itu? kenapa tidak dibawa masuk? hati saya tertanya-tanya. saya tak pasti berapa lama, tapi, pada saya sangat lama, barulah bayi saya dibawa masuk. jururawat tunjukkan kepada saya, bersihkan dan beri kepada suami untuk diazankan. bahagia sungguh perasaan waktu tu. terasa sangat damai dalam hati. kemudian, jururawat tinggalkan kami bersendirian bertiga dalam bilik. kami dibiarkan bersama membuai perasaan bahagia, berbaring bertiga di atas katil. syahdu sungguh perasaan waktu tu.. pandang memandang, bersembang.. rasa tak percaya sudah ada ‘orang ketiga’ diantara kami… :P

hampir saja kami tertidur, barulah jururawat masuk untuk membawa saya ke wad bersalin. masih lagi saya tidak mendengar bayi saya menangis. dia hanya merengek-rengek kecil. pagi esoknya, bila dia menangis, saya biarkan sahaja. gembira dengar suara dia menangis. sampaikan, ada jururawat menegur saya yang sengih-sengih tengok anak saya menangis. dia ingat saya tak pandai pujuk anak. sedangkan waktu tu saya menikmati tangisan anak saya yang tak dapat saya dengar waktu di bilik bersalin tadi.. :) hmm, sampai sekarang, saya tak tahu kenapa anak saya tak menangis sejurus dilahirkan seperti bayi-bayi lain. mungkin ada kaitan dengan air ketuban yang semakin berkurang sewaktu di ‘induce’ dua kali untuk mempercepatkan bukaan..

mungkin kerana tangisan dia tak keluar selepas dilahirkan. suara tangisan dia dinanti2kan seluruh ahli keluarga saya. hinggakan atok dia membuat nada dering dari rakaman suara dia menangis.. :P dan sekarang, entah dah kali ke berapa ratus juta dia menangis, nyaring menusuk telinga kanan hingga ke telinga kiri saya, tangisan dia tetap paling indah di hati saya… :P

ok, kenangan paling manis saya ini adalah khas untuk contest ‘the fisrt cry’ oleh MBP. nak join?

  • Make a new post on your blog, titled THE FIRST CRY and share your first baby birth experience.
    • Must link AliceWonders.com and MomBloggersPlanet’s contest giveaway post
    • Must put the contest banner and link back to this contest page.
    • Leave the URL to your entry in the comment box below.

    dianjurkan oleh;

    ditaja oleh;

    Posted in contest, darwisywith 8 Comments →

    MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest12.08.09

    dah lama tak join contest MBP.. bukan apa, tiap kali ada contest baru.. mesti godek2 album cari gambar, tapi tak ada gambar yang sesuai… frust je.. tapi, kali ni, MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest nak jugak masuk.. :P ok, gambar2nya di bawah;

    Photo 0272

    P6280365-crop

    nama: darwisy arafat

    tarikh lahir: 03 januari 2008

    ramai yang kata, darwisy senyum macam saya.. sebab tu saya paling suka tengok dia tersenyum. kononnya, macam nampak muka saya sendiri tersenyum lah.. :P . dan, ramai juga kata, darwisy sangat suka senyum, juga macam saya.. hehehe… memang dia suka senyum. banyak kejadian menarik yang kami alami disebabkan sifat dia yang suka tersenyum tu.. ada juga yang bertanya saya petua untuk buat anak mudah tersenyum. saya tak ada apa-apa petua. cuma, waktu darwisy masih kecil, setiap kali dia menggeliat untuk bangun dari tidur, saya akan terus mendekatkan muka saya dihadapan muka dia sambil tersenyum. saya mahu, sebaik dia bangun sahaja dari tidur, benda yang pertama dia nampak adalah mama dia yang sedang senyum. mungkin juga sebab itu dia mudah tersenyum. atau, mungkin juga dari genetik… :P

    ok, jom kita join contest ni ramai-ramai.. macam mana nak join? mudah sahaja..

    ini yang saya copy paste dari entry  MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

    Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.

    • Get a photo of your baby SMILING
    • Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest
    • Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
    • Write why you love to see your baby smiling.
    • Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.
    • Leave a comment here with link to your blog post

    Here are the links that must be included in your blog entry.

    MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/2162/cutest-baby-photo-contest-december-09/
    PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
    AliceWonders : http://www.alicewonders.com

    ok, terima kasih kepada mombloggersplanet, photobook , alicewonders .

    Posted in contestwith 4 Comments →

    SENYUMAN CERIA SI COMEL10.25.09

    dah lama saya tak join contest… semenjak busy ni.. tak sempat. tapi kali ni, saya sangat teruja nak join contest yang dianjurkan oleh smileykidz

    ok, ini antara gambar2 darwisy yang menjadi kegemaran saya.. walaupun dah banyak kali tepek dalam blog ni, saya nak tepek juga lagi untuk contest ni… :P

    IMG_1644-crop

    P4250064-crop

    IMG_1643-crop

    nama: darwisy
    umur: setahun sembilan bulan

    ok, macam mana nak join?

    * Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
    * Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
    * Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
    * Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
    * Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
    * Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
    * AMARAN: no link back will be disqualified
    * Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
    * Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

    Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

    * Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari – 4 tahun.
    * Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
    * Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
    * Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
    * Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
    * Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
    * Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
    * SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
    * SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
    * Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

    atau, boleh saje klik sini

    Related Posts with Thumbnails

    Posted in contestwith 10 Comments →

    • You Avatar
    • kawan-kawan

    • nuffnang

    • sembang


      ShoutMix chat widget
    • Meta

    • dari mana

    • BlogMalaysia.com

    • Where Moms Unite
    • Jom sertai ratuhati.com!
    • fotohati150x220