Archive for the ‘darwisy’

ahad di times square09.06.10

ahad, papa ada workshop  tamron di berjaya times square. dalam diam, saya plan nak ikut dia dan bawa darwisy sekali. teringin nak bawa darwisy jalan2 berdua di times square. workshop papa ada dua jam, jadi, saya ada dua jam untuk bersama darwisy, berdua. hehehe….

sampai, terus saya cari tempat makan. kena bagi kenyang dulu, baru boleh jalan… :P bestnya, waktu kami makan, eh, darwisy sorang je makan.. saya tukang suap je… (risau juga kalau tersuap mulut sendiri.. :P ) ada beberapa orang melayu yang duk tengok2 kami. mungkin hairan atau saje nak perhati, saya yang makan atau suap anak makan… hehe. tapi, saya nampak ada tiga pemuda yang saya tengok rupa parasnya melayu, selamba je beli makanan di situ.. ok lah, fikir positif, mungkin beli untuk orang lain, atau tapau untuk berbuka (pada pukul 11 pagi?).

lepas makan, saya pusing2 tak tau nak bawa darwisy ke mana. nak bawa masuk cosmo’s world (indoor theme park), risau pulak nak masuk berdua je dengan dia. jadi, saya pusing cari pusat hiburan kanak2. tak ada pulak yang sesuai… jadi, saya bawa dia masuk ice age. alamak, dia meraung la pulak. seram kut masuk dalam tu gelap gelita dengan bunyi kemain kuat. kitorang keluar balik. tapi, orang tu baik hati, dia buka kan lampu dan tutup bunyi, khas untuk kitorang berdua aje… :P tapi, itu pun darwisy nangis jugak… huhu.

keluar dari ice age, dia terus nampak kidz zone di cosmo’s world. keinginan yang tak dapat ditahan2, meronta2 dia nak masuk dalam tu. bila pergi kat kaunter, staf tu tanya, “akak mengandung ke?” (apakah perut saya sudah mula membuncit????) saya kata lah iye… dia kata, saya cuma boleh temankan darwisy dua permainan je, yang lain2 tak boleh, sebab mengandung. dua pun dua lah… si kecik tu dah tak sabar sangat nak masuk. jadi, saya hanya bayar sebagai guardian sahaja, bukan sebagai adult.

baru main dua, fantasy trail dan buddy go round, papa pun sampai. jadi, darwisy main yang lain2 dengan papa je lah.. tapi, yang paling dia suka, naik berpuluh2 kali, sampai saya pun jadi pening, buddy go round. kejap naik kuda, kejap naik cawan… huhu… ikut kan je laa… hari ni memang hari dia pun. main lah sampai puas.

tak ramai pun orang, ramai cina je.. kitorang je orang puasa yang sibuk nak main… pas tu, penat tak hingat. mana tak nya, lebih 3 jam duduk dalam tu.. fantasy trail – 4-5 kali… botanic drive – 3 kali… crazy bus – nangis, sekali je.. molly-cool’s swing – separuh jalan, berhenti turunkan dia dulu sebab dah melalak dalam tu.. huhu. buddy go round – sepuluh juta kali.. hehehe… dengan main kat kidz playground… tak kisah lah kan. harapnya darwisy sangat gembira dan puas hati…

happy kan?

mula2 takut.. lepas tu,

taknak turun…

fantasy trail..

crazy bus..

botanic drive

Posted in darwisywith 10 Comments →

ragam darwisy08.31.10

semenjak dia tahu bakal diduakan.. perangai dia semakin aneh. tapi, saya rasa, bukan semenjak dia tahu, sebelum kitorang semua tahu, perangai dia dah aneh. meraung, meraung, meraung, merajuk, merajuk, merajuk…. tak lama lepas muncul dua garisan atas satu kertas, pernah majikan taska bertanya, “dah ada isi ke?” saya tanya dia balik, kenapa? “perangai darwisy lain macam semenjak dua menjak ni.. asyik merengek dan merajuk je…” diangguk2kan dek pengasuh2 yang lain. saya pun sengih je lah… :P dia kata, ada 7 orang budak2 taska tu yang tengah menunggu kedatangan adik baru dan semuanya tengah meragam tak hingat… hehehe.

betul ke budak kecik ni tahu/boleh bau2 dia nak dapat adik? entah lah ye. saya rasa, itu adalah perkara normal bila dia meragam2, sebab kadang2 dia ok, kadang2 dia tak ok. ikut mood dia je lah… tapi, masa saya kali pertama bagitahu dia, “darwisy dah tak boleh duduk atas mama lagi, sebab dalam perut mama ada baby (takkan nak cakap embryo pulak kan…)” terus dia tersedu2 sampai ke malam. melekat je.. taknak lepas langsung. sabar je lah kan…

nampaknya sekarang, perhatian sepenuhnya kena bagi kat dia. kalau kita terleka sikit dengan facebook/blog kerja2 lain, mula lah dia start tersedu2… hmm, anak mama kesayangan mama cinta hati mama buah hati pengarang jantung mama…. mama tahu darwisy dah boleh jadi abang.. sebab, darwisy dah pandai tolong mama kemaskan tempat makan, tolong mama sapu sampah, tolong mama pukulkan nyamuk, pandai nak azan + solat… esok2 boleh tolong mama jaga adik pulak kan? :P

kadang2 tak ok

kadang2 ok… hehe

Posted in darwisywith 24 Comments →

dah discharged08.19.10

Alhamdulillah…. setelah beberapa kali appointment di HTAR, akhirnya darwisy dah discharged. tak perlu lagi berulang alik ke sana. sakit apa? tak de sakit pun… semuanya bermula kerana infection di telinga darwisy dulu. tapi, tu lah… lain2 doktor, lain2 ‘cara’nya.

kali ni, mula nya rasa risau juga, sebab malam tadi darwisy demam cecah 40 degrees celsius. tapi, Alhamdulillah pagi tu dia dah ok. pukul 8.45 pagi sampai je kat hospital, macam ternganga2 je. sebab dah berubah sistem. sekarang ni, untuk klinik rawatan harian, semuanya kena bayar berpusat. saya dah mula nak hangin je. orang ramai berlambak2, buat sistem yang lagi menyesakkan. kaunter tak ada lah banyak, kerusi pun muat2 je, dah tu sibuk suruh orang duduk. nak duduk tang mana lagi, atas lantai? dalam kehanginan badan, tunggu lah jugak kan. dalam hati, nak je cakap kat doktor nanti, dah lah, taknak datang temujanji lagi… nasib lah hati ni sejuk balik lepas 45 minit menunggu no. giliran di panggil. kemudian, baru boleh naik ke klinik ENT.

di klinik ENT, dalam 30 minit tunggu, nama dah dipanggil. tapi, menunggu lagi untuk masuk ke bilik ujian pendengaran. tunggu lagi dalam 30 minit. sekali cek, kena sedut telinga lagi. darwisy bila nampak je bilik sedut menyedut tu, dia dah meraung macam kena sawan. belum lagi masuk. betul2 macam kena sawan dah… sabar je lah….. lepas sedut, menunggu lagi dalam 30 minit. baru lah dapat masuk ke bilik ujian pendengaran. nasib baik pelatih yang buat tu sangat cool dan friendly dengan budak2. kelakar + kagum jugak tengok sepanjang ujian pendengaran tu berlangsung. ujian di buat dari level dB yang tinggi hingga 20 dB. dan….. pelatih tu hairan, dia tanya kenapa saya ingat darwisy ada masalah pendengaran. kerana dari dapatan ujian, darwisy tak ada masalah dengan pendengaran pun… saya pun hairan, sebab bukan saya yang request untuk buat ujian pendengaran tu.

teringat temujanji sebelum ni bersama seorang doktor perempuan muda. saya rasa, doktor yang paling tak profesional yang pernah saya jumpa. dia merawat pesakit dalam keadaan yang langsung tak fokus. setiap kali dia bertanyakan soalan, dan bila saya buka mulut, terus dia sibuk menulis. kemudian setiap kali ada orang melintas, dia akan terus menegur orang tu dan bersembang. sedangkan saya ada di depan dia termangu2 kerana jawapan saya langsung dia tak dengar. tup2, dia suruh kami pergi ambil ujian pendengaran. tak apalah… sekurang2nya, saya merasa juga pengalaman masuk ke bilik ujian pendengaran…

berbalik semula pada ujian pendengaran. habis ujian, ada satu lagi ujian. tapi, darwisy dah meraung2 macam kena sawan semula. saya pun dah mula give-up. berhenti semula. dan, sudahnya, terus cancel, dan Alhamdulillah, lepas jumpa doktor (saya suka doktor ni, dia sangat fokus…..), darwisy dah discharged dan tak perlu ke ENT lagi ( tengok jam, hampir pukul 1 tengahari…) cuma ada lagi satu temujanji di hujung tahun nanti. syukur, cuti saya pun dah nak habis. maklumlah, cuti kami hanya ada 7 hari setahun…..

pengalaman yang sedikit memenatkan, tapi beri kami pengalaman dan tauladan. tapi, saya sematkan dalam hati, ini baru ujian kecil yang sangat2 kecil, ada orang yang langsung bertunggu tangga di hospital… bersyukur, kan?

p/s: syabas HTAR atas sistem bayaran berpusat yang sistematik dan memendekkan masa menunggu rawatan….?

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 22 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220