Archive for the ‘entah’

jangan susah hati nak raya…08.24.10

raya dan duit, duit dan raya, duit raya… hehehe… saya tahu, bagi golongan sederhana macam saya ni, tiap2 kali menjelang raya, atau sebulan dua lagi nak raya, mesti sibuk berfikir tentang duit untuk raya. mana duit untuk balik raya (duit minyak, tol dan sebagainya, yang naik flight lagi haru…), nak beli baju raya, kuih raya, belanja di hari raya, duit raya… itu belum lagi yang setiap tahun nak tukar perabot raya, langsir raya, cat raya dan sebagainya.betul tak? mesti ada terfikir kan? lain lah kalau yang memang manjang ada duit, jadi tak ada lah nak kena fikir2 tentang budget raya.

kami pun, tiap2 tahun ada budget untuk raya. tapi, tak de banyak pun. tahun ni macam tak berbudget langsung.. hihi… bukan apa, semua budget disalurkan untuk sesuatu yang lebih penting.. :P

tapi lah kan.. pada saya, jangan difikirkan sangat tentang budget untuk raya tu… ada duit, adalah… kalau tak ada, kita bersederhana saje lah.. bukannya kita tak boleh raya dengan sekadar sepasang je baju baru, kan? raya pertama pakailah baju baru sedondon sekeluarga, raya kedua, pakai aje baju raya tahun lepas.. bukan orang perasan pun…

kuih raya pun, beli aje yang murah2.. tak perlu pun nak beli yang mahal2… balik2, makan masuk perut jugak… alah, bukan orang makan sangat kuih raya tu kan.. setakat ada 5-6 balang yang satu set tu sudahlah.. ini sampai nak penuh satu coffee table tu… berpada2 aje.. banyak sangat kang, habis raya kita jugak ngadap sorang2.. kalau lagi rajin, buat sendiri… hehe..

duit raya? mesti nak kena bagi juga kan.. paling tidak bagi pada mak ayah, adik2 dan anak2 buah terdekat. bagi aje apa yang ada. kalau ada sikit, bagi lah sikit.. kalau ada banyak, Alhamdulillah… itukan sedekah.. bukannya nak menunjuk2 duit-raya-saya-bagi-paling-banyak..

perabot raya? hehe.. tak pernah ada dalam kamus hidup saya. tapi suka jugak time2 nak raya pergi window shopping cuci2 mata tengok promosi perabot dekat cavenzi, lorenzo, kedai ah seng tukang perabot… tapi, tengok je lah kan… hehe. sudah2 lah tu.. bersederhana aje. kalau cat tu masih elok, takde terkopek sana sini, pakai aje cat tu.. kalau langsir tak de lubang2 sana sini, pakai aje langsir tu.. kalau rasa nak kan kelainan berbanding tahun lepas (ye la, takut orang datang tiap2 tahun cakap, sama aje rumah ni… tak ada perubahan pun…) tukar aje susun atur perabot.. dan letakkan hiasan sikit2.. tentu nampak berbeza.

sudah2 lah tu.. jangan difikirkan sangat tentang duit untuk raya. puasa ada lagi separuh nak dihabiskan ni haaa… utamakan yang lebih penting.. contohnya, duit minyak dengan tol ke… yang lain2 tu, tolak tepi dulu.. jangan susah hati ok.. :D lama lagi nak raya ni pun… mana tahu nanti ada rezeki, peniaga kat PKNS turunkan harga baju masa malam raya? (gila mahal baju kat situ.. telan air liur je saya…)

selamat meneruskan berpuasa dengan hati gembira dengan pesanan; tadarus dah habis ke belum? hehehe…. (tuju kat diri sendiri tuh… :P )

budak yang happy dapat pin bowling raya… hehehe…

Posted in entahwith 20 Comments →

saya busybody08.04.10

kalau berjalan2, saya ni kan, busybody sangat…. terutamanya bila ada pasangan ibu dan anak, lebih2 lagi jika anaknya lebih kurang baya darwisy, pasti gelagat mereka akan menarik perhatian saya. kalau waktu tu darwisy tak bersama saya, automatik saya akan jadi rindu sangat dan tak sabar2 nak jumpa dia. tapi, ada diantara gelagat2 yang menarik perhatian saya, turut menarik hati, akal dan mulut saya untuk menegur dengan rasa geram yang amat… (tapi, mulut saya masih boleh di cover lagi.. hehehe)

waktu saya bersama si dia dan darwisy ke pasaraya, saya pernah terserempak dengan seorang kanak2 lebih kurang sebaya darwisy, sedang berjalan dengan riang rianya seorang diri menuju ke arah pintu keluar. hairan saya menengoknya. mana mak nya? saya berjalan dengan perlahan sambil melihat2 ke arah kanak2 tu, sambil tercari2 kelibat ibunya. dan, saya nampak seorang perempuan yang sedang bersembang sambil melihat2 ke arah kanak2 tu. kemudian, kanak2 tu terus keluar dan berjalan ke arah laluan kereta. dan terdengar perempuan yang sedang bersembang memanggil2 nama kanak2 tu. yang hairannya, dia tak pun tergesa2 berlari mengejar kanak2 tu. hanya melirik sambil mulut tidak henti2 bersembang. aduhai… hairan saya, anak dia ke? kalau ye, kenapa dibiarkan aje? saya membusy body lagi, barulah saya nampak perempuan tu berjalan (bukan berlari) ke arah kanak2 tu yang dah pun berada di atas jalan.. aduhai… kalau lah ada kereta lalu, seriau saya…

pernah juga waktu saya ke pasaraya yang sama, ada pasangan ibu dan anak, tanpa suami. anaknya juga lebih kurang baya darwisy. sambil2 menunggu papa membeli ayam, saya memerhatikan gelagat ibu dan anak ini. si ibu sibuk memilih sayur, dan anaknya? ditinggalkan dalam troli sambil dia sibuk ke sana sini memilih itu ini. sampai ke hujung lorong dia biarkan anak dia seorang diri. pun buat saya seriau, bagus anak dia, diam dalam troli, tapi, tak risau ke dengan keselamatan anak dia yang seorang diri tu? isk…….

pernah juga waktu saya berjalan2 dengan papa juga di pasaraya yang sama, seorang ibu memberhentikan kereta di tepi jalan, dan dua kanak2 kecil, juga lebih kurang darwisy tinggal di dalam kereta yang enjin nya masih dihidupkan. si ibu keluar ke gerai di tepi jalan, sambil bersembang2 dengan pekerja gerai dan sambil menjerit2 dari luar melarang anaknya bermain kunci di pintu kereta (sedangkan tingkap bertutup). sehingga saya meninggalkan kereta tersebut, si ibu masih lagi bersembang2, siap membelakangkan keretanya lagi… sambil lalu juga, saya ambil gambar, jadi bahan bukti…. hehehe.. isk, bahaya betul. teringat kes2 pencuri kereta bawa lari kereta bersama anak2 yang tinggal dalam kereta…

sangat busy body kan saya ni?

ada lagi, pernah terserempak dengan sebuah motor yang ditunggang seorang lelaki, yang tiba2 terhuyung hayang kerana tangan si penunggang memukul2 ke belakang. kemudian, motor tu berhenti, dan si penunggang berpusing. rupa2nya dia sedang memukul dan memegang serta memulas tangan kanak2 yang membonceng motor tersebut… aduh, terasa sakitnya… bahaya kan.. kalau motor tu hilang kawalan, macam mana? isk, geram je nak hon…

dan, saya pernah nampak.. seorang ibu, mengusung anaknya dalam troli. lepas pilih sayur, diserahkan sayur kepada anaknya untuk dimasukkan dalam troli. macam orang gaji pulak anak dia tu… lepas tu, siap bagi anak pegang2 sayur/buah untuk dipilih sendiri.. lepas tu, siap tolak2 troli laju2 macam nak racing dalam pasaraya…. gelak2 dengan anak dia kuat2 pulak tu… suka2 hati je kan? eh, itu saya dengan darwisy lah.. silap cerita… hehehe….

betul2 busy body kan? tapi, jangan risau… saya tak busy body hal orang.. cuma, saya tengok, saya perhatikan dan saya cerita di sini sebagai iktibar.. moga jadi peringatan kepada saya, dan kita supaya lebih berhati2. bimbang kecuaian yang sedikit menimbulkan kesal yang berpanjangan… harap, saya jadi ibu yang sentiasa berwaspada.. mohon dilindungi dari segala kejahatan dan kecelakaan…. fikir-fikirkan…

Posted in entahwith 14 Comments →

akaun facebook yang secret?08.02.10

siapa ada dua akaun facebook? jaga2 bila pasangan anda ada dua akaun facebook… hehehe…. saya terbaca dekat mana tah baru2 ni, ada individu yang mempunyai dua akaun facebook, gara2 satu lagi akaun mahu ditulis status, single.. hehehe.. boleh pulak macam tu.. tak sesuai sungguh! itu semua kerana mahu sembunyi dari pasangan. satu akaun, pasangan tahu password, satu lagi, secret… hehehe… pandai kan diorang ni.

ramai juga kawan2 yang ada dua akaun facebook, mungkin lebih kut. masing2 ada tujuan tersendiri. termasuk saya. ha ah, saya mengaku, saya ada dua akaun facebook. satu akaun, saya add si dia dalam friendlist, satu lagi, saya tak add. saya tak pasti dia tahu atau tak yang saya ada akaun facebook satu lagi. saya sanggup buka satu lagi email semata2 nak tambah satu lagi akaun facebook ni tau… hehehehe….

tapi, bukanlah bertujuan seperti di perenggan pertama tu. saya tambah akaun ni, gara2 terlalu ramai pelajar sekolah saya yang add saya dalam facebook. saya fikir, akaun facebook saya tu hanya untuk kawan2 kehidupan peribadi saya. macam tak sesuai pulak nak add pelajar dalam facebook. tapi, semakin hari, semakin ramai… tambah lagi bila ada kawan2 sekerja yang suka menegur status saya bila di sekolah, buat saya rasa tak senang hati (walaupun saya tak ada lah selalu update status sangat…). rasa macam, kehidupan kat rumah, tak nak campur dengan kerja…

jadi, penyudahnya, saya ambil keputusan, buka satu lagi akaun, dan, seramai mana pun student nak add, saya accept aje. lagipun, saya jarang masuk pun akaun tu. sekadar, tak adalah nanti student saya kata cikgu ni sombong… semua kawan2 sekerja pun, saya dah keluarkan, dan masukkan di situ. kira macam akaun facebook yang formal lah… gambar2 yang ada pun, semuanya gambar2 aktiviti sekolah. tak ada lah bercampur aduk…. lagipun, macam tak best kan kalau student tahu kehidupan peribadi kita… itu, pada sayalah kan…mungkin orang lain tak kisah… :)

jadi, kalian macam mana? ada akaun facebook yang secret tak? :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in entahwith 16 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220