Archive for June, 2008

darwisy demam..06.21.08

darwisy tgh nangis

alahai, siannya anak mama.. dah berapa hari batuk, malam tadi demam pulak.. masa tido malam tadi, darwisy merengek2 je. mesti darwisy tak cukup tido kan? sori sayang… mama tanak bawak darwisy pegi klinik lagi.. sebab kalau boleh biar darwisy recover sendiri. takpe, nanti kalau mama dah tuam dgn kain basah, darwisy still tak sembuh2 jugak, mama bawak darwisy pegi klinik, ok?

tapi, pagi ni mama tengok darwisy demam2 pun aktif je.. sampai bengkok bilah kipas tu darwisy kerjakan.. ni pun mama tulis sambil darwisy ‘mengerjakan’ bilah kipas atas pangku mama.. :) hehe, ramai kawan2 mama pelik, mcm mana la mama boleh bukak komputer lepas dah ada darwisy.. pada mama ok je, mama letak darwisy atas pangku mama, boleh la mama buat keje.. nak nyusukan darwisy sekali pun boleh.. :) tapi, kalau darwisy dah start nangis, tak dapek la mama duk depan komputer lagi..

Posted in darwisywith No Comments →

cuppycake06.18.08

Strawberry Shortcake Lyrics

aku suka lagu ni.. darwisy pun suka lagu ni… kalau dia nangis2, aku bagi dia dengar lagu nih, mesti dia diam.. tapi, mula2 je la, dah lama2 dengar, dia nangis jugak.. boring kut.. heheh

tapi, yang aku perasan, dia suka dengar azan.. kalau dia tengah menyusu, dengar azan kat tv, mesti berenti kejap.. sampai la abis doa, baru dia teringatkan susu mama dia ni.. hehehe. agaknya, mungkin dia teringat itu la yang pertama dia dengar selepas dia lahir… kalau papa dia azan, mesti dia lagi suka agaknya… :)

kalau aku berzikir sebelum dia tido pun, bukannya dia nak tido.. lagi dia celik mata dan senyum2 ada lah.. alamak, ntah camne aku nak buat dia terlena nih.. balik2 kena tepuk punggung jugak… selagi aku bersuara, selagi tu la mata dia celik dan nak pegang2 mulut aku… isk, pandai tul anak mama nih..

Posted in darwisywith 3 Comments →

kesiannya…06.17.08

sedihnya hari ni aku baca dalam mag pa n ma. baca tentang kisah mama yang kehilangan babynya selepas beberapa jam dilahirkan.. belum sempat mama tu nak peluk dan bagi susu kepada anak dia, anak dia dah pegi selama2nya.. doktor kata, baby dia meninggal sebab lambat lahir, dan baby dia dah termakan najis sendiri serta lemas.. lepas lahir, baby dia tak menangis dan bengkak di belakang kepala.. memang sedih sangat baca kisah tu…..

aku bersyukur sangat. aku dulu pun lambat bersalin.. darwisy masa baru lahir tak menangis, nurse terus bawak darwisy keluar.. lebih kurang sejam baru dapat tengok darwisy.. memang la kepala darwisy ada bengkak yang lembik tu.. tapi, doktor kata tu sebab lambat keluar.. alhamdulillah, bengkak tu surut dalam beberapa hari.. memang bersyukur sangat darwisy takde apa-apa… walaupun kena stay kat hospital beberapa hari, tapi tu masalah kecik je…

yang penting sekarang, mama dengan papa jaga darwisy sebaik-baiknya, sebab darwisy anugerah yang paling berharga buat mama dan papa… dan aku harap, darwisy akan menjadi anak yang soleh, dan menjadi bekalan buat mama dan papa di ’sana’ nanti… amin..

Related Posts with Thumbnails

Posted in mamawith No Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220