Archive for July, 2008

seperti yang ku jangka…07.19.08

Sekali lagi ku lalui jalan sepi
Yang cukup diri ini kenali
Ku sangka dia yang ku cari
Telah ku jumpa
Namun dia yang menghancurkan jiwa

Cukuplah sudah hatiku dipanah duka
Cukuplah sudah segala sengsara
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
Kerana ia akhirnya membunuhku

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Harapan terakhir ku rupanya sama saja
Dengan yang terdahulu darinya
Biarkan aku hidup tanpa belaian cinta
Biar semua tahu ku kecewa

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Mungkinkah takdir hidup ini menyendiri
Bertemankan sepi
Yang pasti setiap malam
Ku imbas kembali
Kenangan indah menyentuh hati
Yang pasti itulah saja mampu ku miliki
Mungkin sepanjang hayat ku bermimpi

heheh… lagu ni takde kena mengena dengan aku.. cuma teringat cerita seorang kawan aku tadi.. aku betul2 bersimpati dengan dia… tak ada yang boleh aku ceritakan tentang dia.. lagu ni dah cukup menceritakannya… saje je aku post ni khas untuk dia…

sori, aku harap ko tabah mengharungi dugaan dalam hidup ni.. dan aku doa semoga ko sentiasa bersemangat utk berdepan dengan hari2 yg mendatang…

jangan risau, ko sentiasa ada aku.. i’ll always be your shoulder to cry on…

Posted in kawan-kawanwith No Comments →

darwisy – 6 months and half07.17.08

skrg ni darwisy dah ada perkembangan baru.. dulu, mcm lambat sgt nak meniarap.. meniarap dah boleh dari 3 bulan, tapi dia mcm tak suka nak meniarap.. tapi, start 5 bulan lebih, baru dia suka nak bergolek2.. tapi, tak maju ke depan lagi.. mungkin dia tak pandai nak gunakan tangan dia utk bergerak lagi.. jadi, dia hanya bergolek2 je lah kalau nak capai apa2… itu pun dah satu ruang tamu dia jelajah… :)
tapi skrg ni, baru sebulan lebih darwisy golek2, dia mcm dah nak mula merangkak.. tapi, sekejap je la dia topangkan tangan dia tu.. goyang2 punggung sikit, pas tu turun balik… mama baru je nak ambik gambar dia merangkak, dah tak sempat… ingat nak send kat tokma.. tokma mesti excited kalau tgk gambar darwisy merangkak.. mesti cepat je nak terbang dtg ke telok panglima garang ni.. heheh.. tokma tu memang.. apa2 je perkembangan darwisy, dia la org paling excited..
tapi, darwisy mmg lambat sikit.. tapi, takpe lah, asalkan ada perkembangan.. daripada takde langsung.. tadi pun mama baru perasan darwisy dah pandai maju ke depan bila meniarap.. sengaja je mama alihkan mainan yg dia nak ambik sebab papa nak record darwisy meniarap.. alih2 bateri cam papa abis pulak.. tak dpt la record.. sian darwisy penat2 nak ambik mainan.. tak apa la, exercise sikit.. :D
paling mama suka, bila darwisy duk sebut, dadadada.. wawawawa… mamamama.. gagagaga… bahagia je dengar.. tapi tu lah, bila mama nak record je, mesti dia diam.. dia lagi tertarik dgn camera/handphone daripada bercakap.. nanti mama nak rakam senyap2… hehehe
satu lagi, skrg mama dah tak boleh membaca sambil menyusukan darwisy.. nanti dia mesti nak capai buku/majalah yg mama baca tu.. suka betul dia dgn buku/majalah.. terutama yg ada gambar.. takpe lah, harap2 nanti darwisy jadi seorang yg suka membaca.. jgn baca komik naruto mcm papa sudah la ye, sayang! :P

Posted in darwisywith No Comments →

penat…07.17.08

ntah la, beberapa hari ni rasa penat betul.. penat badan, penat otak..
penat nak fikir, mcm mana lah nak naik kan prestasi pelajar.. semalam, semasa meeting, kitorang di tanya, apa pandangan guru2 utk menaikkan prestasi pelajar? semua org berfikir.. miss santhira ckp, lebihkan drilling… en. amir ckp, susah.. sbb student kat sini mmg dah tak boleh nak dibuat apa lagi.. melainkan, diorg sendiri ubah sikap, sbb cikgu2 dah usaha sehabis baik.. dan pn. hd pulak ckp, cikgu pulak kena ubah sikap.. cikgu? ubah sikap?
dari pandangan aku, apa yg aku tgk hari2 dan jumpa hari2, pada aku, cikgu2 semua dah bagus.. tak pernah aku nampak cikgu yg melambat2kan masuk kelas (except ada hal dgn pentadbir), cikgu yg tak mengajar dlm kelas (yg aku jumpa, cikgu mengajar, budak2 yg buat dek kat cikgu).. mcm mana nak buat pelajar masuk kelas? aku dah pernah beberapa kali mengejar pelajar yg ponteng kelas, panjat tingkat tiga panggil diorg masuk makmal.. tapi, ada juga yg tetap tak masuk makmal.. yg kesiannya, pelajar yg tunggu dalam makmal… apa lagi usaha aku, selagi aku mampu, aku buat..
pada pandangan aku lagi, semuanya bermula dari rumah.. maknanya, dari ibu bapa diorang.. bukan aku nak salahkan ibu bapa diorang, tapi, cuba la tgk perangai anak2 kat umah tu… kdg2 ada jugak ibu bapa yg ckp, saya dah tak tau nak buat lagi dgn perangai anak saya ni.. abis, kalau ibubapa tak mampu, apatah lagi guru2? hmm, usaha je la yg terbaik…
kdg2 aku rasa simpati dgn rakan2 seperjuangan aku.. dah la sibuk dgn program yg bermacam2 dan tak pernah abis tu, analisis itu ini, pening dgn kerenah budak lagi, pentadbir lagi, ibu bapa, meeting setiap hari… adoi, baru hari ni aku terasa, penat nya menjadi guru.. tapi, aku bersyukur sgt, walaupun penat, ini adalah cita2 aku.. ini adalah minat aku, jadi penat tu takkan jadi penghalang… dan aku harap, aku dan rakan2 akan sentiasa mengajar dan mendidik seikhlas hati walau sebesar mana pun dugaan yg mendatang… amin…

Related Posts with Thumbnails

Posted in kerja mamawith 1 Comment →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220