Archive for August, 2008

darwisy meragam?08.29.08

tadi, masa ambik darwisy.. cikgu tu bagitau, darwisy meragam.. taknak duduk, nak dukung je.. eh? pelik? tak pernah pulak darwisy buat perangai nak berdukung je.. kenapa darwisy ari ni? tapi balik rumah dia ok je. rindukan mama kut… :)

tapi, pagi tadi aku komplen kat sorang cikgu tu. aku bagitau jangan potong kuku darwisy. sebab, aku memang sengaja potong sikit2 sebab nak baiki balik kuku dia tu. masa lahir, kuku darwisy cantik, macam kuku papa. sehinggalah darwisy masuk nursery, diorang potong kuku darwisy pendek2 sampai kontot. aku geram betul. aku dah potong, diorang nak potong lagi. aku takut darwisy meragam sebab sakit.. aku tengok kuku dia pendek betul. kalau kita yang dewasa ni pun sakit kalau potong dalam sangat, ini kan pulak baby..

aku harap lepas ni diorang tak buat lagi. ini dah kali kedua aku bagitau jangan potong. kalau diorang potong lagi, nampaknya kena la aku bagitau kat management diorang…

Posted in darwisywith No Comments →

PELBAGAI KECERDASAN08.29.08


a. Bahasa

b. Logik-Matematik

c. Ruang (spatial)

d. Muzik

e. Kinestatik

f. Interpersonal

g. Intapersonal.

MANA SATUKAH KECERDASAN ANDA?

1.Bahasa :

yang ini paling aku lemah. Kekurangan aku, adalah dalam bahasa. Sama ada bahasa inggeris atau bahasa melayu. Dulu aku berkawan dengan seorang yang cerdas dalam bahasa. Dia boleh bercakap dengan menggunakan bahasa melayu yang baik. Kami selalu panggil dia bila ada masalah dalam pembinaan ayat. Sekarang, dia kata, bahasa dia pun dah bertambah teruk. Apa lagi aku? Aku harap2 orang faham je apa yang aku tuliskan dalam blog ni.. heheheh

2. logik-matematik

hmm, aku memang seorang yang logic. Apatah lagi aku adalah seorang guru sains. dan mengira juga adalah kegemaran aku. Terutamanya mengira apa yang nak dibuat dengan duit bonus. Hahaha..

3. Ruang (spatial)

Hmm, yang ni aku tak berapa pasti sebab aku seorang yang susah ingat jalan, terutamanya kalau aku yang drive. Tapi, kalau tengok peta, insyaAllah, boleh sampai. Tapi kalau melukis, memang aku tak pandai. Nak lukis orang lidi pun herot petot.. kalau lukis sel haiwan ke, sel tumbuhan ke, aku suka lah.. heheh…

4. Muzik

Haa, ini memang kesukaan aku. Tapi, sekadar mendengar muzik. Nak bermain alat muzik tak berapa pandai sebab tak belajar. Paling aku suka, menyanyi. Kalau boring dalam kereta, melalak je lah sambil dengar lagu.. biarlah suara tak sedap pun, aku sorang je yang dengar. Heheheh.. darwisy kena tahan telinga la… hua hua

5. kinestetik

yang ini, husband aku selalu komplen. “sayang ni takde bodily kinesthetic lah.. asyik melanggar je…” ha ah, aku pun tak tau kenapa. Selalu terlanggar pintu lah, langgar dinding, langgar apa2 je lah.. betul kut aku ni tak de bodily kinesthetic… heheh…

6. interpersonal

perhubungan antara manusia. Alhamdulillah, aku sentiasa menjalin hubungan yang baik antara manusia.. tapi, aku rasa aku kurang jugak dalam kecerdasan ni. Sukar untuk dijelaskan….

7. intrapersonal

haa, ni, blog ni, salah satu intrapersonal lah. Dulu semasa ujian pelbagai kecerdasan, kecerdasan aku adalah intrapersonal. Salah satunya, suka menulis diari. Betul ke? Kadang2.. heheheh.. tak pe lah, sekarang, aku ganti dengan blog.

Sebenarnya ada satu lagi kecerdasan, iaitu kecerdasan semulajadi. Dan satu juga lagi, kecerdasan spiritual.. tapi tiada di sini.

Jadi, mana satukah kecerdasan anda?

Posted in mamawith No Comments →

blog aku08.28.08

ini blog aku. aku minta maaf kalau ada yang tak suka dengan apa yang aku tulis dalam ni. aku tulis sekadar untuk menyimpan cerita aku dalam bentuk blog. ini adalah cerita aku. kalau tak suka, jangan baca. tu je..

(tak ada sesiapa yang komplen pun. tapi, kalau lah ada, aku mintak maaf dulu…)

Related Posts with Thumbnails

Posted in blogwith No Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220