Archive for September, 2008

sebelum hari raya…09.30.08

Dah seminggu cuti untuk beraya, seronok betul. Keseronokan beraya bermula dari hari pertama bercuti. 2 hari sebelum raya kami dah mula buat persiapan untuk raya. Buat sarung ketupat dengan mak sehingga lenguh2 badan aku.. hehehe.. nasib baik ada tukang urut peribadi yang sudi picit2kan badan sementara nak habiskan berbakul2 sarung ketupat.. sehari sebelum raya, operasi merebus ketupat dan masak memasak untuk juadah hari raya dan juga ngunjung. Masak memang banyak. Aku dan mak (dan darwisy?) memasak dari pagi. Maklum lah, banyak lagi rumah yang belum dihantar ngunjung. Dah jadi tradisi mak, bulan puasa hantar ngunjung sebanyak dua kali. Bukan orang yang sama, tapi orang yang berlainan. Banyak betul sedara mara… jadi, aku dan mak duduk lah di dapur seharian.. papa pulak rebus ketupat di luar rumah.. darwisy? Sama ada kejar kucing, ataupun sibuk nak tolong memasak. Mula2 aku dukung dia dengan carrier, lepas tu mak kesian tengok darwisy bergayut je, aku letak pula dia dalam car seat.. kesian darwisy, tunggu mama dengan nenek masak sampai tertidur..

Kononnya aku masak awal, nak bertolak awal. Tapi, ketupat pula lambat masak..Alih2 lemang yang aku order dah di beri pada orang lain, terpaksa lah tunggu sehingga lemang yang baru dibakar semula. Hmm, hari yang memenatkan. Jadi, dum dam dum dam, pukul 6 ptg baru bertolak dari rumah mak untuk ke kampung aku.. abang ari dah nak pasang pelita.. hehehe.. tercapai juga hasrat papa nak berbuka tepi jalan. Nasib baik mak dah bekalkan siap2 makanan untuk berbuka.. siap dengan sudu garpu lagi.. hehehe…

Dah janji dengan omar untuk balik sama2.. kami tunggu di stesen minyak selepas tol gombak. Omar bagi walkie talkie supaya senang berhubung. Alah, bukan banyak kereta pun. Semua orang dah balik beraya awal2 lagi. Kami je yang balik malam raya.. sepanjang2 perjalanan ditemani takbir raya. Sayu je hati aku bila dengar takbir raya.. tiap kali dengar takbir raya, aku mesti teringatkan arwah nenek. Walaupun dah 12 tahun nenek tiada, tak pernah aku lupakan dia… hmm, kalau lah nenek masih ada….

Pukul 10.30 malam baru sampai. Darwisy yang paling seronok. Ramai yang melayan dia. entah pukul berapa dia tidur, seronok sangat….

Posted in mamawith No Comments →

berbuka puasa di wisma MBSA09.28.08

tadi, kami berbuka puasa beramai2 dengan kawan2 lama papa semasa di utm. minggu lepas dah buat di restoran kerisik, wangsa maju, tapi tak ramai.. kali ini lebih ramai dari minggu lepas.. mungkin masing2 dah mula cuti dan ada kesempatan untuk datang.. makanan, memuaskan dengan harga yang murah.. RM20 per person… papa dan kawan2 ambil kesempatan untuk bersembang panjang memandangkan dah lama diorang tak jumpa, setahun sekali je.. mama pulak bersembang dengan kawan2 perempuan papa.. darwisy pun bersembang dengan baby  kawan papa.. hehehe.. Alhamdulillah darwisy baik malam ni.. jadi, boleh lah papa sembang lama2 dengan kawan2 dia… ye la baik, orang ketawa, darwisy pun ikut ketawa.. pas tu, ramai pulak yang nak dukung darwisy.. suka la dia tu.. hmm, berbakat jugak kawan2 papa yang belum kawin tu pegang baby… :)

duk pikir, mama ni nak bawak darwisy pegi mana lagi?

duk pikir, mama ni nak bawak darwisy pegi mana lagi?

Posted in kawan-kawan, papawith 2 Comments →

pukul 1 pagi di jalan TAR09.28.08

darwisy dengan ayah omar

darwisy dengan ayah omar

semalam, omar dengan wahida datang.. tiba2 omar kata, jom kita gi kl, jalan2 tgk lampu.. hah? pukul 11 malam? hmm, tak pe lah.. ok gak cadangan tuh.. jadi, kami pun pegi..

pukul 12 sampai, Ya Allah, ni siang ke malam? ramainya orang.. jalan jem macam siang.. semua orang keluar malam ni untuk bershopping baju raya, barang2 raya.. ramai betul.. aku, papa, omar, wahida dan tak ketinggalan si kecik darwisy pun meronda juga.. darwisy pun macam paham2 je, rilek je dia tgk kami, tgk orang, tgk macam2… padahal, dah tgh malam… kami meronda sampai pukul 1.30 pagi.. orang masih ramai, malah bertambah ramai… suasana meriah seolah2 hari siang. cuma bezanya, tak panas.. sebab malam.. sempat lah aku mencapai beberapa helai tudung dan brush tudung untuk ibu dengan mak.. untuk darwisy tak ada apa2, sebab takde pun barangan bayi dijual.. papa pulak, ambik sehelai kain sampin warna warni, berkenan pulak aku tengok.. hehehe….

ramainya orang...

ramainya orang...

songkok sang kelembai pun ada?

songkok sang kelembai pun ada?

selipar sang kelembai pun ada jugak?

selipar sang kelembai pun ada jugak?

ayah omar dah penat, mama pulak.. sian darwisy dah ngantuk..

ayah omar dah penat, mama pulak.. sian darwisy dah ngantuk..

kl tower dari jalan TAR

kl tower dari jalan TAR

hari ni, lepas omar dan wahida balik, kami meronda lagi.. kali ini ke jaya jusco bukit tinggi pulak.. hmm, aku tak tau lah ini kali ke berapa kami ke sana sejak bulan puasa ni.. ada je benda yang nak dibeli… di jj pun ramai juga… ramainya manusia… disebabkan cuti ni, seronok betul aku berjalan ke sana sini. kesian kat darwisy lah.. penat dia.. hmm, kat jj, sempat aku pergi tgk harga stroller yang aku beli dulu.. masa tu kononnya harga 3 ratus lebih.. pas tu, bagi diskaun, dapat lah murah.. padahal tadi, aku tengok harga stroller tu 200 lebih je.. pandai la, strategi berniaga.. naikkan harga dulu, pas tu buat diskaun.. padahal harga asal, tak setinggi itu…

balik dari JJ, macam dah lapar je.. heheh

balik dari JJ, macam dah lapar je.. heheh

darwisy dah kepenatan.. mama ni, asyik shopping je...

darwisy dah kepenatan.. mama ni, asyik shopping je...

Related Posts with Thumbnails

Posted in keluargawith 5 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220