sambung risau… • 10.31.08
risau lagi?
Alhamdulillah, selepas bersembang panjang dengan papa semalam, dan sambung pula sembang pendek dengan cikgu rafeah (senior biology teacher) dan cikgu amir, semuanya jadi ok…
cikgu rafeah kata, “it’s ok.. the percentage is still good and don’t worry..” dan aku sebenarnya rasa bersalah bila peratus lulus tak meningkat. cikgu amir kata, “tak perlu rasa bersalah, yang bermasalah adalah pelajar, bukan guru..” jadi, aku rasa ok!
mungkin ini perasaan semulajadi setiap guru baru terutamanya yang mengajar subjek kritikal. semuanya nak mengejar peratus lulus yang baik supaya tidak merisaukan pentadbir. aku harap, aku tidak akan menjadi guru yang menurunkan peratusan sekolah.. heheheh…
analisis dari soal selidik yang aku sengaja buat dengan sesuka hati tu pun memberangsangkan. cuma, ada beberapa pelajar yang nampak kurang berminat dengan subjek biologi. tak apa, masih ada masa lagi. nanti aku akan cuba memupuk minat mereka tu… dan beberapa pelajar yang komen hampeh, “teacher is so cute laa!”, sori, kalau nak bodek, markah dah key in pun…. tak sempat nak tambah markah… heheheh…







