Archive for November, 2008

baby car seat…11.28.08

p4250024

p9260304

macam mana nak train baby supaya duduk dalam car seat? aku pun tak tau.. hahahah…

ok, kali pertama aku kena hantar darwisy, sorang2 ke taska, dia ok je. tak menangis pun. tapi, bila aku ambil dia, letak je dalam tu, terus dia, huwaaaaa.. huwaaaa…. alamak.. memang gubra. aku berhenti tepi jalan, susu kan dia dulu. bila letak balik, dia huwaaaaa lagi. jadi, aku ambil keputusan, pekakkan telinga dan terus kan memandu. memang selak la dia menangis… nasib baik jadi macam tu tak lama.tapi beberapa hari tu, tahan telinga je la.. sambil tu, aku akan menyanyi, berzikir cuba untuk diamkan dia. tak pun, aku bercakap2 dengan dia supaya dia tenang… aku ada letakkan mainan pada handle car seat tu, tapi, dia bolayan je. jadi, aku terpaksa bunyi2kan mainan tu untuk tarik perhatian dia. bila mainan tu berbunyi, dia diam lah. bila berhenti, dia sambung nangis balik… jadi, lenguh lah tangan aku, sebelah nak bunyikan mainan, sebelah lagi pegang stereng. bahaya betul. bila dapat peluang berhenti dia traffic light, aku akan pandang dan bermain dengan dia. pernah sekali, syok sangat main dengan darwisy, tak sedar lampu dah bertukar hijau. malu je bila kereta belakang hon… :P kadang2 pengasuh taska kesian darwisy nangis, jadi dia suruh tinggal dulu, aku balik, datang semula dengan papa. tapi, cara tu aku tak berapa suka. sebab, macam mana aku nak train dia duduk dalam car seat..

beberapa hari dia dah ok, masalah dengan panas pula. kadang2, muka dia terkena pancaran matahari. jadi, mungkin dia berasa panas dan dia akan menangis. bila dah besar sikit, dia menangis pun dah semakin kuat. ‘hatiku tak tahan’ lah… hehehe. jadi, aku akan call papa, mintak dia tunggu tepi jalan (sebab nak u turn jauh sangat… pada hal umah kat seberang tu je..) jadi, separuh jalan duduk dalam car seat, separuh jalan lagi aku pangku.

Alhamdulillah, tak ambil masa yang panjang untuk train darwisy duduk dalam car seat. sekarang, bila aku pangku, pusing sana, pusing sini. bila duduk dalam car seat, ok pulak. cuma, dia dah tak berapa suka duduk dalam infant car seat tu. jalan dekat2 boleh la. lain2, naik kereta papa guna car seat untuk toddler. kalau nak balik kampung, kena la bawak bekal toys.. supaya dia tak boring. kalau aku yang drive sorang2, dia duduk belakang sorang2 boleh la.. cuma sekarang ni, aku bercadang nak biarkan dia duduk belakang sorang2 dan aku duduk depan dengan papa… hahahaha.. boleh ke?

* nak balik kampung ni. kena la siapkan segala bekalan untukdarwisy dalam keta nanti… huhu

Posted in darwisywith 6 Comments →

interview11.27.08

interview

semenjak dua menjak ni, banyak betul aku teringat kenangan lama.. nampak sangat tak banyak keje.. heheheh… banyak sebenarnya, tapi kemalasan melanda… huhuhu…

ok, kali ni aku teringat pulak kenangan waktu di interview.. Alhamdulillah, setakat ni, aku dah pergi beberapa interview, tapi kebanyakannya dipermudahkan Allah dan, kelakar.. hehehe…

antara interview yang aku rasa kelakar, yang pertama waktu aku diinterview untuk jawatan kerani akaun di sebuah kilang baru beroperasi kepunyaan orang britain berdekatan dengan rumah mak. maklum lah, masa tu desperate sangat nak cari kerja, sebab papa kerja, aku boring kat rumah. walaupun abah bising2 kenapa nak kerja cepat sangat, aku nak kerja jugak.. jadi, penginterview aku hari tu, seorang india. dia bertanyakan, aku nak gaji berapa. disebabkan aku hanya nak kerja sementara sahaja, aku minta gaji RM400.. hah? dia terkejut. cukup ke? ok lah, dia bagi aku gaji RM800.. Alhamdulillah.. masa tu aku guna diploma aje, sijil UPSI semuanya aku simpan.. beberapa hari kemudian, office mate aku pecah lubang kat boss, yang aku ada ijazah.. jadi, dia bincang dengan boss besar, dia naikkan pangkat aku kepada eksekutif dan gaji kepada RM1000 ++.. Alhamdulillah. tapi aku kerja kat situ kejap je.. ye la, nak jadi cikgu kan..

dalam pada tu, sebelum posting, kena interview juga.. aku di interview selepas papa. tiba2 penginterview tu tanya tentang husband aku yang baru masuk tadi. eh, macam mana dia boleh tau? rupa2nya, papa dah bagitau awal2, yang nak masuk lepas ni, isteri saya lah… hehehehe

dah posting, ada lagi interview untuk lantikan. kali ni aku di interview seorang Datuk.. memang semua orang berdebar2 bila nak diinterview. tapi, aku bukan berdebar sebab takut dengan soalan yang nak ditanya. aku berdebar sebab, semalamnya, papa diinterview dengan orang yang sama dan katanya, dia menunggu kehadiran isteri papa (aku le tu) hari ni.. adoi, apa lah yang dia nak tanya. dengar dari orang yang masuk sebelum aku, orang nya agak tegas juga.. bila aku masuk je,

Datok ** : ” hah, sya**** M*****? apa yang yassir bagitau awak semalam?”

Aku: “dia bagitau Datok nak tunggu saya hari ni”

Datok: “dia ada bagitau sebab apa?”

Aku : (aku pun ceritakan semula apa yang papa cerita pada aku)

kami bersembang agak lama mengenai ‘perkara’ yang berlaku semalam…

Datok: “hahahaha… ok sekarang ceritakan mengenai latar belakang awak dan….. bagaimana awak boleh berjumpa dengan yassir”

hah? ada juga interview macam ni… dan, interview itu lebih kepada, macam mana aku jumpa papa, macam mana aku boleh jatuh cinta dengan papa, macam mana papa mengorat aku, dan macam2 lagi tentang papa..  penuh dengan gelak ketawa..  dan juga, kebetulan dia mengenali mak saudara aku, jadi kami pun bersembang mengenai mak saudara aku tu.. last sekali, baru dia tanya mengenai isu semasa, pendidikan dan sebagainya.. adoi.. ada juga interview macam ni. tapi, dia kata, dia dah mengantuk sebab banyak sangat interview orang.. interview tu berlangsung selama 40 minit.. hehehehe. lamanya….

bila aku keluar je, ramai yang bertanya. kenapa lama sangat? dia banyak tanya ke? ada masalah ke? tak dapek la aku nak menjawabnya.. cuma kata, dia ok…. hehehehe….. memang itu lah interview paling kelakar dalam hidup aku….

Posted in cerita lama, kerja mamawith No Comments →

tentang darwisy lagi…11.27.08

pa230361

pa230363

pa230371

pa230376

pa230379

hujung minggu yang baru ni. memang seronok sangat.. kami bercuti dari hari jumaat, duduk melepak di rumah dengan darwisy. darwisy sekarang dah semakin pandai bermain… :) kadang2 kelakar tengok dia main sorang2. dulu, dia ikut aku ke sana sini, sekarang, aku pulak ikut dia ke sana sini. kerja dia, main depan bilik air, masuk bilik tu, masuk bilik ni.. main ampaian dalam bilik baju, golek2 atas tilam… kegemaran dia dari dulu lagi, panjat meja jepun.. yang kelakar, dia suka letakkan kepala dia atas meja, sama ada meja jepun tu atau coffee table. mungkin coffee table cermin, jadi sejuk bila dia letakkan kepala atas tu.. satu lagi, dia dah pandai nak berdiri depan tv dan mengusik2 skrin tv tu. yang tu aku risau sekali. kejap2, kena berkejar ambik dia.. kadang2 suara mama panggil, darwissssyyyyyyyyyy… (suara bagi amaran, kadang2 dia buat tak dengar je.. :) ) kadang2 dengar suara papa pulak panggil, “adik, mari sini!” (papa panggil darwisy, adik.. :) ) riuh rendah rumah jadinya.. dengan suara darwisy yang riuh ‘bercakap’.. kadang2 bunyinya macam menyanyi je… :D

nak tambah lagi… ada satu gelagat darwisy yang kelakar.. kalau dulu, darwisy tengok je bila mama/papa sembahyang, tapi kali ni dia ada buat satu benda yang kelakar.. bila aku bangun dari sujud, dia akan datang ke atas sejadah, dan tepuk2 tangan dia di tempat aku sujud tadi. dia menunduk seolah2 nak tiru apa yang aku buat tadi. bila aku beralih tempat sujud, dia akan ikut dan tepuk2 tempat tu pulak. adoi, dah nak belajar sembahyang ke sayang? nanti mama ajar ye, tapi darwisy kena tengok je mama sembahyang, tak boleh kacau…. :)

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 3 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220