Archive for December, 2008

goodbye 2008, welcome 200912.31.08

huhuhu… masuk 2009, kalau orang tanya umur berapa, mesti lah kena jawab 28, walaupun belum tiba birth day lagi… huhu. tahun berlalu, umur semakin meningkat. bermakna semakin dekat dengan ’sana’.. bermakna semakin banyak amalan yang perlu ditingkatkan, dan semakin banyak benda yang perlu dikurangkan.
dalam masa yang sama, ramai yang bertanya, apa azam tahun baru.. untuk pengetahuan, aku tak pernah ada azam tahun baru.. :P ye la, kalau aku rasa nak berubah, berubah je terus.. kalau rasa nak berbuat sesuatu, buat je terus.. kalau rasa nak tingkatkan apa2, tingkatkan je terus. untuk aku, tak perlu tunggu tahun baru untuk berazam.. sentiasa ada azam, tapi entah bila nak buat.. hehehehehe… ish, teruk betul.. tapi, hidup mesti ada perancangan. barulah kita tak ketinggalan.. walaupun tak ada azam, tapi perancangan tu tetap ada. semoga dipermudahkan Allah.. amin.
tapi, melalui 2008, sangat membahagiakan.. dengan kehadiran buah hati kami.. tahun 2008 terasa amat bermakna.. dengan kehidupan yang sederhana, ceria dengan si kecil, kami semakin matang dalam menjalani kehidupan.. tahun depan, lebih banyak lagi cabaran dan dugaan untuk dilalui. semoga kami sentiasa tabah dan sabar…
Alhamdulillah, semoga Allah merberkati kami sekeluarga di tahun2 akan datang serta memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami supaya menjadi keluarga yang berada di jalanNya.. amin… didoakan untuk keluarga anda juga… :)

wajah ceria darwisy yang menceriakan kami sekeluarga…

img_1616
img_1617
img_1620
img_1643

Posted in mamawith 2 Comments →

setahun yang lalu..12.31.08

dah lama teringin nak berkongsi pengalaman bersalinkan darwisy dulu. rasanya ini waktu sesuai kut…
ok, sebenarnya, aku teringin sangat nak bersalin di kampung. maklumlah hospital tu baru, dan dekat dengan rumah. tapi, tunggu dalam banjir, baby tak keluar2 juga, dah sampai habis cuti sekolah, terpaksalah balik ke sini untuk mesyuarat guru pertama. barang2 baby tinggal di kampung. masa tu, aku dah buat 3 GL.. hehehe. nak bersalin di kampung atau di sini. lepas tu tukar nak bersalin di hospital swasta. lepas tu tukar lagi, nak hospital putrajaya pulak. hari isnin (1hb 1), aku dan papa jalan2 ke putrajaya, tengok2 hospital, alamanda, jalan2 ke bangi..
pukul 12 tgh malam 2hb, aku dah mula sakit perut. tapi ingatkan sakit perut salah makan, sebab papa pun sakit perut.. pukul 3 pagi terjaga sebab terasa sakit perut lagi. hidupkan stop watch, rasa sakit/contraction selang lima minit. sambil2 tu sempat lagi siapkan baju dan barang2 mandi papa. sampai pukul 4, pergi toilet ada banyak darah. aku pun bangunkan papa dan kami gerak ke hospital putrajaya.. papa sempat lagi tanya, nak balik kampung atau bersalin di hospital putrajaya. disebabkan risau, putrajaya je lah..
pukul 5 pagi, nurse check contraction, bukaan baru 1cm. sepatutnya boleh balik semula, tapi doktor kata contraction dah kuat, kena masuk ward. masuklah wad 1, katil 1 (bilik berdua)
pukul 12 tgh hari, ibu dan walid pun sampai. doktor check bukaan, baru 2cm. ramai nurse yang tanya, aku ada minum air selusuh ke, disebabkan contraction dah kuat tapi bukaan lambat. aku langsung tak ambil apa2 air pun… biarlah semulajadi.
pukul 3 ptg, check lagi, baru 3cm. tapi disebabkan contraction makin kuat, doktor terpaksa pecahkan air ketuban. dan pukul 4.30ptg aku di sorong ke bilik bersalin. dalam bilik tu ada beberapa orang pelajar praktikal. seorang perempuan berbangsa india, mungkin lecturer diorang, minta izin untuk pelajar dia rasa contration di perut aku. tapi, mungkin dia kesian aku dalam kesakitan, dia suruh pelajar2 dia cari orang lain.. tinggallah aku dalam tu dengan papa. ibu dengan walid menunggu di luar.. memang sakit sangat. aku di induce dua kali.. denyut jantung baby dah semakin laju. bukaan sangat lambat. hinggakan nurse yang bertugas dah bertukar shift.
akhirnya, doktor kata, dia bagi masa lagi, kalau tak buka juga, dia terpaksa ceasar… Alhamdulillah, lepas bukaan 7cm, terus cepat hingga 10cm. waktu nak meneran, hilang semua sakit contraction. dan aku rasa satu perasaan yang, best sangat masa nak meneran tu. Alhamdulillah pukul 2.15 pagi, sekejap je meneran, baby pun keluar.. tapi, nurse terus bawa keluar, mungkin kerana baby tak menangis. lama juga aku tunggu dalam tu, baru di beri peluang susukan baby. dan tengok papa azankan baby… terharunya..
pukul 4.30 pagi, baru diusung balik ke wad. pagi2 lagi ibu dan walid dah masuk untuk jumpa cucu pertama.. lepas tu, ramai lagi yang datang untuk tengok cucu baru tok ma dan tok walid. Alhamdulillah, waktu mengandung aku mudah, cuma waktu nak bersalin agak lama, hampir sepuluh jam dalam bilik bersalin.. tak apalah, itu lah pengalaman paling berharga untuk aku. :) hampir setahun berlalu…
baby-darwisy
baby-darwisy2

Posted in cerita lama, darwisywith 5 Comments →

award12.31.08

award1
ok, baru hari ni berpeluang nak tepekkan award dari ayu.. thanks so much ayu.. terharunya.. heheheh.. bukan apa, “you’re the best blogging buddy” tu memang menyentuh perasaan.. hehehehe.. sentimental la pulak… :P
ok, syaratnya…
Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language. State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs. Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award. Show these rules…SIMPLE!
ok, penerimanya ada lah:
1. shela
2. ellanie
3. kak ila
4. honeynurhaliza
5. isabelle

Related Posts with Thumbnails

Posted in awardwith 2 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220