Archive for January, 2009

cuti + genting + balik kampung01.29.09

habis sahaja rentas desa hari sabtu, kami terus berkejar ke genting highland untuk menghadiri hari keluarga bertempat di genting view resort. sepatutnya kami perlu sampai pukul 3, tapi disebabkan jalan yang sangat jem dari gombak ke genting sempah, kami tiba lambat dari waktunya. sampai sahaja, mesyuarat penubuhan koperasi keluarga telah pun dimulakan.

jalan jem...

jalan jem...

datang lambat, kena duduk belakang...

datang lambat, kena duduk belakang...

mesyuarat yang dikendalikan ayah teh berjalan lancar. semua adik beradik walid hadir, melainkan ada beberapa orang anggota keluarga yang tidak dapat hadir sama ada kerana bekerja ataupun berada di luar negara. hmm, dah lama kami tak berkumpul sekeluarga besar begini. ahli mesyuarat yang paling sibuk ialah encik darwisy arafat. sibuk merayap dari meja ke meja dan juga duduk di atas setiap meja. banyak tumpuan pada darwisy je. aku pulak terpaksa lah memerhatikan darwisy memandangkan darwisy masih belum sihat dan selsema. tak sihat pun, aktif ke sana ke mari. habis satu bilik mesyuarat darwisy jelajah… :)
pc240053
pc240069

malamnya, macam biasa, makan2, karaoke, makan2, dan makan2… kenapa banyak sangat makan2 ni? ye la, bermacam2 makanan disediakan pihak hotel, tapi aku hanya sempat makan ayam panggang je. terpaksa melayan kerenah darwisy yang tak berapa sihat. kebetulan sejuk pula suasana genting highland malam tu. malam makan2 tu, selain dari karaoke, turut diserikan dengan beberapa anugerah… :P anugerahnya adalah, bapa paling sporting, ibu pailng ceria, anak lelaki paling bergaya dan anak perempuan paling anggun.. jurinya adalah pekerja2 hotel.. jadi, tak ada lah berat sebelah.. :P cuba teka, aku dapat anugerah apa? hehehehe… aku dapat, anugerah ibu paling ceria… hua hua hua. mesti sebab aku dengan jayanya menangani ragam darwisy yang tak sihat tu siap dengan muntah waktu makan lagi… tukar baju dia yang kotor dan sambung semula makan2.. hehehe… terima kasih.. hadiah sumbangan an’s trading (kedai ibu le tu…).. ok, anugerah yang lain2, bapa paling sporting – ayah cu, anak lelaki paling bergaya – adam, anak perempuan paling anggun – ain…
pc240101
pc240082
pc240094
pc240103
pc240102
pc240126

esoknya, selesai sarapan dan bergambar2, sambung mesyuarat sikit, kami bertolak ke taman tema genting.. huhuhu.. gayatnya naik kereta kabel.. last aku naik kereta kabel, masa pergi gunung macinchang beberapa tahun lepas.. darwisy senyap je, tak tau lah takut atau takde rasa apa2.. sesekali dia korek telinga dia dengan tangan, agaknya dia pana kut.. aku lah yang terasa gayatnya. ayah cik bagi petua, kalau nak naik kereta kabel, duduk bertentangan arah.. maknanya kita duduk menghadap ke belakang lah.. baru tak terasa gayat. betul juga petua tu. sape2 yang gayat naik kereta kabel, cuba lah.
pc250041

kebetulan masa tu hujan. jadi, permainan outdoor tutup. penuh lah orang di kawasan indoor. darwisy menangis tak henti2. mungkin rimas orang terlalu ramai, atau sejuk.. sambil2 melayan darwisy menangis, ada seorang budak lelaki lalu di depan aku sambil menangis2 cari mak dia. aku tanya dia tahu tak nombor telefon mak dia, dia geleng kepala. kesiannya. aku pun suruh dia tunggu di situ sambil abang cari security guard.. kesiannya budak tu. hmm, tempat ramai macam tu, patutnya kena ikat je anak2 supaya tak hilang.. harap2nya, budak tu jumpa lah dengan mak dia.. kesian betul.
disebabkan darwisy dah menangis2, aku dan papa bercadang untuk balik dulu. tapi, bila kami keluar dari kawasan indoor game tu, terus dia diam. jadi, kami pergi makan, dan main game di bahagian atas. seronok pula darwisy. mungkin dia rimas dengan orang yang padat kat bawah tu kut… dapatlah kami hadiah notebook.. hehehe… penat betul main game…

tak puas hati lagi. rasanya lepas ni kena pergi lagi. bila2 darwisy dah sihat, boleh lah kami pergi main game lagi… siapa nak ikut? jom! :P

balik dari genting, kami terus balik ke kampung.. dah lama rasanya tak balik ke kampung halaman… hari isnin, bawa darwisy ke taman permainan. gembira betul dia.. yang kelakarnya, papan gelongsor tu, darwisy bukan guna untuk menggelongsor dari atas ke bawah, tapi dia panjat dari bawah ke atas.. tak sudah2 dia memanjat. segala macam permainan kami cuba. ye lah, ini kali pertama bawa darwisy ke taman permainan. nanti, bila darwisy dah pandai jalan, tentu lebih seronok.
img0076a
img0078a
img0080a
img0088a
img0085a
img0093a

sepatutnya, balik hari selasa, tapi aku tak puas lagi makan gulai tempoyak ikan patin, jadi papa pun tunda balik hari rabu.. tq papa, lebiu… :P waktu balik, singgah dulu di sogo, cari brick-o-la.. dah dua kali aku datang, asyik habis je. puas aku merayu kat salesgirl tu, susah nak cari MAC kat area aku ni, takkan nak datang KL selalu.. last2, disebabkan kesian kat aku yang duduk kat hulu nih, dia pun jual kat aku brick-o-la untuk tester… hehehe, menjadi juga pujuk rayu aku tu… puas hati aku akhirnya dapat warna lipstik yang diidamkan.. takkan tiap kali datang kena beli warna lain… :)

ok, gelagat baru darwisy…
sekarang ni yang menjadi gelak tawa kami sekeluarga bila darwisy berpura2 bercakap dengan telefon. telefon tok ma lah yang jadi mangsa. bila kita cakap hello je, cepat2 dia letakkan telefon di telinga. yang kelakarnya, macam ye, ye je dia tengah bercakap… kalau telefon tak de, tangan pun boleh. semalam, ada limau depan dia, limau pun dia ambil buat telefon… kelakar…

darwisy juga sangat rajin ‘baca doa’… tak sudah2 dia nak baca doa.. buat apa2 je, mesti nak angkat tangan baca doa dulu. nak tidur ke, nak main ke, nak makan ke, nak minum ke.. apa2 je lah, semua dia nak baca doa. ada sekali tu, waktu darwisy tidur, dia terjaga sebab nak menyusu. sambil mama menyusukan dia, tiba2 dia angkat tangan nak baca doa.. eh, eh, sampai mengigau… :D

Posted in darwisy, percutianwith 12 Comments →

request dari tok walid..01.23.09

sekarang, blog ni dah bertambah peminat setia.. siapa lagi kalau bukan tok ma dan tok walid darwisy… hari ni tok walid dah bagitau, tolong masukkan gambar darwisy banyak2… huhuhu.. semenjak darwisy tak sihat ni, dah kurang gambar darwisy.. ye la, asyik melayan dia je. tak sempat nak ambil gambar…

ooo, dah ada internet kat umah ni, puas hati sikit tok ma dengan tok walid nak tengok gambar darwisy. kalau tak, tengok kat mms yang mama send je la… “oi mak uda, awak buat bookmark le blog kak ngah ni, tak payah le nak google ’syayasssir’ lagi.. ” “pas tuh, hari2 duk tengok, sila le bagi komen tentang anak sedara yang sangat comel tu ye, cik kuk?” hua hua hua….

hmm, sebenarnya, teringat aku zaman aku muda2 dulu.. awal2 lagi walid dah dedahkan kami dengan internet. tapi, aku ni lah menyalah gunakan internet. sampaikan waktu aku tingkatan 4, walid suruh aku senaraikan 10 alasan kenapa aku guna internet.. hehehe… last2, talian internet di potong.. no more internet.. padan muka aku… :P

jadi, sekarang ni, budak2 kat umah melobi walid supaya masukkan internet semula. boleh lah tengok gambar terbaru darwisy hari2… huhuhu.. jadinya, kerja mama nlah ni.. ambil gambar darwisy hari2, dan uploadkan dalam blog ni hari2… err, huda, apa kata awak bagi add email je, kak ngah email je lah.. boleh? nasib baik esok dah nak berjumpa… boleh lah lepas rindu tok ma dengan tok walid.. dah lama tak jumpa darwisy.. last jumpa masa birthday darwisy hari tu… sori, mama dengan papa darwisy busy sikit awal2 tahun ni.. setiap sabtu kena kerja… jadi, tak dapat lah nak balik.. esok pun kitorang sampai lewat sikit sebab mama ada rentas desa kat sekolah… ala, tak lari genting highland di kejar… hehehehe

oklah, di atas permintaan tok walid, mama upload lagi gambar darwisy.. tapi, ni bukan gambar hari ni punya, sebab sekarang darwisy tengah sememeh sebab selesema, dan darwisy tengah sibuk menggelongsorkan cawan keliling rumah… :P gambar tak berapa cantik, sebab ini gambar dari kamera telefon…

dsc00991

dsc009651

ok, yang kat bawah ni gambar darwisy hari ni.. tengah tekun dengar azan asar.. (apa lah mama ni, darwisy tengah dengar azan, mama ambik gambar pulak… :P )

darwisy masukkan jari dalam lubang bunga tu, hisap jari dia tu...

darwisy masukkan jari dalam lubang bunga tu, hisap jari dia tu...

muka sememeh...

muka sememeh...

dsc01001

Posted in darwisy, keluargawith 3 Comments →

darwisy tak sihat01.22.09

dsc00981

dsc00983

dsc009991
dah seminggu darwisy tak sihat… hmm, camne nak bercuti ni… dan dah seminggu juga kami tak tidur malam.. terasa macam jaga baby baru lahir je. tapi terbalik pulak, masa baby kami tidur lena sampai pagi, dah setahun ni, tak boleh tidur pulak.

darwisy selsema dan batuk. bila malam, demam.. jadi, dalam pukul 1 pagi, dia akan terjaga dan menangis.. tidur, bangun, tidur, bangun je kerjanya.. terpaksa lah aku dan papa berjaga untuk jaga darwisy.. memang kesian sangat bila darwisy batuk2 dan tak boleh bernafas bila hidung tersumbat. semalam doktor rosnah ada bagi ubat penitis untuk legakan hidung. aku tak cuba lagi. macam mana nak cuba, bila terjaga je, darwisy menangis…

tidur siang pun darwisy tak selesa. terpaksa lah tidur sambil aku pangku. nak buat macam mana. kalau dia tak tidur lena, nanti lagi dia meragam. hmm, sambil pangku, boleh lah aku menulis blog.. :)

jadi, sekarang ni pergi sekolah, memang mengantuk. terutamanya bila tak banyak kelas.. nak buat kerja jadi malas. ye lah, malam tak dapat tidur.. hmm, harap2nya darwisy cepat sembuh..

tapi, sebenarnya, darwisy tak sihat ni, jauh lebih baik dari kanak2 lain yang sememangnya ada masalah kesihatan sejak dari lahir. berjalan ke blog ibu2 yang mempunyai anak istimewa cukup menginsafkan aku. betapa aku perlu menghargai kesihatan darwisy. dan lagi, kuatnya aku dan papa menghadapi kerenah darwisy waktu tak sihat, kuat lagi ibu2 dan bapa2 kepada anak2 tersebut. kepada ibu2 yang sedang menghadapi dugaan, semoga tabah dan sabar selalu.

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 9 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220