Archive for February, 2009

entry tanpa kata02.27.09

entry tanpa kata, nyanyi je lah lirik lagu di bawah ni..

“how do i, get through one night without you,
if i had to live without you,
what kind of light would that be,
oh i, i need you in my arm, need you to hold,
your my world, my heart, my soul…”

“Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa”

“resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti
meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi
tanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku nanti”

“I must be crazy now
Maybe I dream too much
But when I think of you
I long to feel your touch”

as-miss-27

Posted in mama, papawith 9 Comments →

myvi + kucing02.25.09

hmm, dah beberapa hari tak ada entry.. dengan wordpress yang sangat lambat, lembab, memboringkan aku. sekaligus menghilangkan mood nak menulis walaupun rasa macam bermacam2 benda nak dituliskan…

sekarang ni, tak tahu nak mentafsirkan perasaan aku nih.. rasa sayu, sunyi, semua ada… sayu? ye, sayu nak berpisah dengan myvi kesayangan aku tu.. apalah, nak berpisah dengan kereta pun sedih kan? hmm, aku ni memang sentimental sikit… semua barang ada sentimental value.. myvi merah menyala tu lah kereta pertama kami.. yang bawa kami ke sana ke mari waktu aku mengandung.. pegi honeymoon dengan myvi tu juga.. nak bersalinkan darwisy dengan myvi tu.. semua2 lah dengan myvi tu… walaupun belum sampai dua tahun bersama kereta tu, dah banyak jasa kereta pada kami. sungguh, aku sayang dengan kereta tu… tapi, tinggal lagi beberapa jam, bye bye myvi… i’ll be missing u… huhu, sedihnya………………………………

aku sayang ni...

aku sayang ni...

ok, jangan sentimental sangat ye… kalau nak diikutkan, semua barang ada nilai sentimental.. jadi, tiap kali nak buang, mesti fikir, alaa, sayangnya nak buang.. last2 penuh satu rumah dengan barang2 yang sayang nak dibuang… ye lah, semuanya ber’nilai’ la kononnya…

hmm, aku berdua dengan darwisy sekarang.. papa sedang sibuk me’rugby’kan diri.. nasib baik darwisy ok.. jadi, aku gunakan masa ni untuk betul2 tumpukan perhatian sepenuhnya pada darwisy… supaya dia tak rasa sunyi.. (supaya aku pun tak sunyi… :P ) cuma penat berebut tv dengan darwisy je le… aku on tv, dia off.. aku on, dia off… adoi, dia tak bagi aku tengok tv kut… :P ok lah sayang, petang nanti kita pergi jalan2 rumah nenek ye…

ok, kat bawah ni aktiviti darwisy bila pergi rumah nenek…

mana kucing2 ni?

mana kucing2 ni?

hmm, nampak kucing tu, tapi buat dek je dulu..

hmm, nampak kucing tu, tapi buat dek je dulu..

hah! dah dapat mangsa...

hah! dah dapat mangsa...

hmm, sayaaaaang kucing!

hmm, sayaaaaang kucing!

ish, nak tarik bulu kucing pulak...

ish, nak tarik bulu kucing pulak...

kucing dah lari...

kucing dah lari...

walaupun tersepit, nak juga kejar kucing...

walaupun tersepit, nak juga kejar kucing...

Posted in darwisy, mamawith 18 Comments →

award dari ayu…02.20.09

beemyfren1

award ni ayu bagi untuk top 5 luahan rasa (komen) dalam blog ayu… dan, aku adalah tempat yang ke-4. hah? tak sangka betul aku dah sebanyak itu aku bagi komen dalam blog ayu. ‘rajin’ betul aku ni ek? hehehehe… ni mesti entry ayu menarik untuk di komen… :) )

dan, terima kasih banyak2 ayu… ayu ni memang rajin bagi award kat orang… terima kasih sangat2…

dan, atas tanda terima kasih juga kepada kawan2 yang rajin menjengah blog aku ni, terimalah award ni dari aku pulak… semua yang masuk blog aku ni, tolong lah ambil ye… nak senaraikan, ramai sangat lah…. nanti aku akan check blog yang ada kat sebelah ni satu2.. hehehehe… gurau aje.. kalau sudi, sila lah ambil… :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in awardwith 2 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220