Archive for March, 2009

klanang + bukit jugra03.30.09

semalam, niat hati nak ke rumah mak, tapi disebabkan mak tak ada, papa pun bawa kami berjalan2.. (dalam tak sihat pun nak berjalan jugak.. huhu)

mula2 kami bawa darwisy ke taman permainan. bawa dia berjalan. alih2 kasut tu macam rosak pulak sebab zap on tu macam dah tak boleh lekat kuat. kesian darwisy nak berjalan, tapi kasut dah rosak.. jadi, papa bawa kami ke pantai klanang. hmm, ramai juga orang di sana. tapi, lupa nak ambil gambar. darwisy memang seronok kalau dapat main. masalahnya, dia main taknak berhenti.. sabar je laa. kalau dah lama sangat, aku angkat je dia. biarlah dia meraung pun. ala, bukan lama pun dia meraung.. lepas tu, papa pergi cecahkan kaki darwisy dalam air laut. hmm, suka betul darwisy sampai ketawa mengekek2.. bila dah lama, dan nak balik. dia meraung lagi. tak puas main air lagi kut. darwisy, kalau jumpa air, memang suka sangat.

lepas tu, papa bawa kami ke bukit jugra. ini lah first time setelah bertahun duduk di sini, kami ke bukit jugra. untung2 boleh tengok orang berlatih paragliding. tapi, waktu kami sampai, dah tak ada orang. mungkin sebab ahad kut. yang ramainya, orang yang berjalan kaki memanjat bukit. rajinnya lah diorang2 ni.. macam malu je sebab kami memanjat bukit juga, tapi naik kereta. hehehe. samapi atas bukit, subhanallah, cantiknya lah pemandangan dari atas. nampak lah selat melaka dan sungai, sungai apa ye? cantik betul.. Alhamdulillah. merasa juga aku tengok pemandangan yang cantik ni..

malam, badan makin sakit, sejuk. tak tahan, (siapa suruh berjalan sakan?) papa bawa aku ke klinik. hmm, bulan ni, tah berapa kali dah aku ke klinik. malu je dengan bekas anak murid aku yang assistant kat klinik tuh.. oh, rupa2nya aku demam. bukan lah panas sangat pun, 38.4oC je.. tapi, sebab sakit badan yang teruk, hmm, mc lah untuk hari ni. kesian anak murid choral speaking, mesti tertunggu2 hari ni. harap cikgu syazana datang awal untuk latihan..

hmm, pagi ni juga dapat berita dari kak ila, dah bersalin baby girl.. tahniah kak ila…

p/s: gambar akan di upload kemudian…

Posted in santaiwith 8 Comments →

malam yang gelap03.29.09

semalam, seawal 8.15 malam kami dah tutup lampu dan segalanya dalam rumah ni. dah merancang untuk keluar makan waktu earth hour. jadi, first time tinggalkan rumah dalam keadaan gelap gelita. biasanya, kalau keluar malam, kami akan on juga satu,dua lampu. bukan nak membazir, tapi atas sebab2 keselamatan.

seperti kata papa, sebenarnya, earth hour ni adalah simbolik supaya kita menutup segala peralatan elektrik yang tak diperlukan. kenapa earth hour di buat pada pukul 8.30 malam? ada pembaca salah satu suratkhabar yang komen, kenapa earth hour di buat pada waktu ‘primetime’, di mana waktu itu kebanyakan orang nak makan, tengok berita dan sebagainya, dia juga kata, kenapa tak dibuat pukul 12 tengah malam di kala orang masuk tidur. pada pendapat aku, sekiranya dibuat pada pukul 12 tengah malam, mesej untuk menjimatkan elektirk dan menyelamatkan bumi tidak akan sampai. masa tu dah tentu memang semua orang pun tutup lampu, dan tak faham kepentingan menutup peralatan elektrik yang tidak diperlukan. kalau buat pukul 8.30 malam, masa tu baru orang faham kepentingan kita menjimatkan elektrik.

jadi, semalam, kami menuju ke bukit tinggi. nampaknya, di beberapa kawasan perumahan, banyak rumah2 yang gelap gelita. kedai2, nampaknya tak menyokong earth hour ini, mungkin tak tahu atau perlu membuka lampu untuk pelanggan datang. tapi, ada sebuah kedai yang menarik perhatian aku, kedai 99 speedmart. waktu kami makan, nampaknya kedai tu suram je. ada pelanggan, tapi signboard dan lampu hadapan tutup. lampu dalam kedai pula hanya dibuka sedikit. lepas 9.30, baru aku perasan, kedai tu dah buka semula lampu2 signboard dan semua lampu kedainya. bagusnya tokei kedai tu kan? aku ’saspek’ betul la.. hehehe

ok, jadi anda, bagaimana cerita malam earth hour anda?

dark-night

Posted in entahwith No Comments →

hangus03.28.09

aku memang dah perasan seterika tu macam dah lain macam. dah beberapa hari, panas macam biasa, tapi macam nak hanguskan baju. sampai malam kelmarin, alas iron board tu pun dah hangus. aku gosok juga lagi. tiba2, huaaaa! habis baju aku… berlubang! tak pe, tak pe.. cuba gosok baju lain lagi. hah? hangus juga! ya Allah, habis rosak dua baju aku.. hmm, baru je dapat 2 pasang baju yang aku dah tempah, hilang pulak dua pasang.. sabar, betul2 kena sabar….

hmm, memang dah riwayat iron tu sampai malam tu je kut. iron tu sebenarnya dah lama. papa beli iron tu dari sebelum dia masuk UPSI lagi. bayangkan, dah berapa tahun umurnya… hmm, hari semalam, papa kesian, dia pun belikan iron baru.. huhuhu… kenapa tak belikan baju baru sekali? :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in mamawith 5 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220