hari ni, sampai je kat rumah tadi… darwisy terus peluk aku… lama.. lepas peluk, peluk lagi… lama… rindu sangat kat mama agaknya… mama pun rindu kat sayang juga… sabar ye sayang.. lagi 4 hari mama kat sana, hari khamis nanti mama tunggu darwisy ye sayang…
tapi tadi, masa aku belek2 darwisy, nampak merah je di hujung jari dia.. ya Allah, rupa2nya kulit jari `di huejung jaaria ediasesz *darwisy menaip sama… ulang- rupa2nya di hujung jari telunjuk dia dah terkopak.. agak besar juga merahnya… tanya papa, dia kata pengasuh di taska tak bagitau apa2 pun… nak call pulak, no. telefon dah hilang sebab handphone lama dah rosak (gara2 di baling darwisy…) nasib baik su ada nombornya…
majikan taska tu tak tahu sebab apa, tapi dia janji akan selidik hal tu… sambil borak2, pecah tembelang (tapi aku tak ada lah cakap kat dia) siapa yang ajar darwisy marah sambil tepuk2 tangan ke lantai tu… dia tanya aku, darwisy memang marah2 macam tu ke.. dia kata sebab bila dia buat2 marah darwisy sambil tepuk tangan ke lantai, darwisy pun buat perkara yang sama… tepuk tangan ke lantai.. huh.. barulah aku tahu.. siapa yang mengajar darwisy buat macam tu… hmm, jenuh lah aku pegang tangan darwisy bila dia marah supaya dia tak berlarutan buat macam tu… bahaya betul kan? bila anak kita dah mula perhati kelakuan orang, dia mungkin akan meniru.. inilah yang akan mencabar kita untuk mengajar anak kita kelakuan mana yang boleh dibuat, dan kelakuan yang mana tak patut dibuat.. bukan di taska sahaja… di kalangan keluarga/jiran pun boleh jadi juga. inilah fungsi kita sebagai ibu bapa, memberi panduan kepada anak, apa yang boleh, dan apa yang tak boleh… moga Allah berikan panduan kepada kita juga… amin.
baru sahaja tadi, majikan taska call balik. dia ceritakan apa yang berlaku. kulit jari darwisy terkopek disebabkan dia main buka tutup pintu laci di taska.. dia kata, dia dah tegur pengasuh2 tu supaya berikan perhatian yang lebih… dan dia minta maaf atas sebab tu… hmm, aku tak marah pun sebenarnya. cuma nak tahu kenapa je.. darwisy pun ok je. tak menangis pun… tapi, apa2 kejadian pun, mesti aku perlu ambil tahu, kan? aku faham, darwisy tengah aktif sangat sekarang.. memang susah nak perhati dia 24 jam… tapi, sekurang2nya beringat selalu… dan, sapu ubat kalau luka…
yang bestnya, seminggu tak jumpa, darwisy dah ada perkembangan baru. kalau dulu, bila di tanya, mana mata? dia tunjuk kat mata.. mana hidung? dia tunjuk kat mata juga.. mana telinga? pun kat mata… sabar je laa… tapi, kali ni dia dah boleh mengenal mana mata, hidung, telinga, gigi dan sebagainya.. kalau tanya, mana jari yang sakit tu? dia pun sibuk tunjukkan jari yang sakit tu… masalahnya, dia sibuk juga nak mengutil2 luka tu.. risau aku kalau berdarah lagi… eh, gigi pun dah bertambah lah…. hehehehe…


