Archive for May, 2009

lagu kegemaran05.31.09

tolon! tolon! hehehe…. mentang2 lah mama cuti dan duduk di rumah je… si comel mama ambik kesempatan.. dah lama darwisy tidur sendiri, tepuk2 sikit, terus tertidur.. tapi semenjak cuti ni, dia nak tidur sambil bergantung pula… huhu.. takpe lah sayang.. untuk sayang, apa saja… teringat pulak lagu KRU dulu, “apa saja untuk mu, tak ku hiraukan waktu, katakan saja, kan ku laksana…” (hmm, dulu mama peminat KRU tau, kebanyakan kaset KRU mama ada, tapi, entah ke manalah kaset2 tu sekarang.. nak mainkan pun, dah tak ada pemain kaset.. eh, cerita apa ni? :P )

oh, dulu masa kecik2 aku suka dengar lagu KRU dengan nasyid (sebelum minat pula dengan lagu2 rock kapak..) ye la, sebab aku dah join kelab nasyid. masa tu geng aku (kitorang ada geng tau! :P ) memang gila2 dengan nasyid ni.. seronok join kelab tu. kami di ajar buat lirik dan lagu sendiri.. masa tu, suhaimi (ex-inteam, saje je nak interprem nama dia ye.. hehehe) ketua kelab.. memang suara dia best lah.. guru kelab pula, cikgu khairul. yang best nya, cikgu khairul ni pandai main alat muzik.. sebab tu, kumpulan nasyid sekolah kami selalu dapat johan.. tapi, kumpulan nasyid lelaki je lah, perempuan tak ada…

lepas dah tukar sekolah, jatuh cinta pula dengan lagu rock kapak, macam yang aku pernah cerita dalam satu entry dulu. masuk itm, lagu kegemaran aku bertambah lagi.. erra fazira, tommy page (macam nak gila cari cd dia nih) dengan melly goeslow. masa tu, syada jadi reporter aku, pantang melly ada kaset baru, dia akan bagitau dan aku terus beli.. hehe.. lagu pertama melly yang aku suka, lagu ‘jika’.. “jika teringat tentang dikau, jauh di mata, dekat di hati,”.. kebanyakan lagu melly aku suka, lagu ‘3 cinta’, ‘ada apa dengan cinta’, ‘tentang seseorang’, ‘resah’, dan bermacam2 lagi lah.. oh, aku gila2kan lagu tu dan beli kaset tu setahun sebelum cerita tu keluar di panggung wayang malaysia.. eh, aku pun tak tahu kenapa aku suka dengan lagu melly. yang pasti, lagu dia lain dari yang lain, lirik nya juga lain… satu contoh, lagu ‘3 cinta’:

waktu yang bergulir,
tak terasa telah ku dakap,
tiga percintaan,
kisah di hidup ku,
lelah ku menilai,
sangat menyesak di dada,
bagai dua sisi,
kulihat berbeda di dirimu…
tika detak, jantung ku berhenti,
hilang semua resah hati,
dalam hati biru,
ku bertanya,
jika dapat, aku memilih,
cinta, mana yang ku dakap,
jauh, jika ku gapai hati mu..
usaikan kisahku,
letih ku harungi hidup,
tak dapat ku pilih,
3 cinta ini,
namun ringankanlah,
kaki ku untuk melangkah,
tak ingin sakiti,
lebih baik ku tinggalkan semua..
sendiri lagi…

hmm, banyak lagi lah lagu melly yang aku suka.. lagu yang menjadi nyanyian aku dengan papa waktu kami bercinta dulu, lagu ‘pujaanku’… hinggakan papa buatkan satu video lagu ni untuk birthday aku (masa tu aku buat lagu ni juga untuk dia, tapi guna powerpoint je.. hehehe) nak tahu lagu ni macam mana? google lah sendiri.. hehehehehe

sebenarnya, kenapa aku sibuk tulis tentang lagu kegemaran ni? sebab, tadi, darwisy duk merengek kat aku nak dengar lagu kegemaran dia.. selain dari suka dengar zikir2 dan orang mengaji, darwisy pun ada lagu kegemaran tau.. kalau kanak2 lain suka dengan lagu kartun, darwisy ni pelik sikit… haa, nak tau lagu apa darwisy suka sekarang? nanti aku cerita..

masa 2 bulan ke atas, darwisy suka dengar lagu cuppy cake.. jadi, kalau dia nangis masa awal2 aku bawa dia dalam carseat dulu, aku bagi dia dengar lagu cuppycake, dia diamlah… lepas tu, dia suka dengar lagu ‘black cat tango atau kuroneko no tango’.. ala, lagu yang budak kecik nyanyi tu… “kimi wakawaii, wakuro kuroneko..”

semenjak aku balik dari kursus, aku dengan shida kena sampuk dengan lagu ‘demi matahari-snada’.. aku pun bagi darwisy dengar.. alih2 dia pun kena sampuk juga lagu tu.. hehehe.. tak sudah2 nak dengar lagu tu je.. kalau rasa taknak penat menyanyi.. jangan mulakan nyanyi lagu tu, nanti alamatnya penat lah nak menyanyi lagu tu je kerjanya… dia tak bagi berhenti.. huhu.. kalau dah penat nak nyanyi, aku pasang je laptop, atau, aku cakap kat dia, “darwisy nyanyi lah sendiri! mama dah penat” hehehe… boleh? :P

entah kenapa lah dia suka sangat dengan lagu tu… kalau dia merengek2, nyanyi je lah lagu tu, gerenti diam.. eh, bagus juga darwisy ada lagu kegemaran, kalau nangis je, nyanyi.. nangis je, nyanyi… hehehe… tadi, tengah dia syok2 dengar lagu tu, aku tukar lagu dari filem ‘dil hai tumharaa’ – ‘dil laga liya maine’.. hehe. marah betul dia… kena lah tukar balik lagu demi matahari.. oh, darwisy ikut perangai sape lah ni ada lagu kegemaran ni… hehehe.

P4130102

Posted in cerita lama, darwisy, mamawith 7 Comments →

cuti sekolah??05.29.09

Alhamdulillah, exam dah habis, dan cuti sekolah bermula.. ehem, cuti pergi sekolah je ye, bukan cuti jadi cikgu… hehehe.. kenapa aku tulis macam tu? seperti yang semua tahu, bukan setiap kali cuti, guru dapat bercuti… dah tersedia senarai panjang kerja2 yang nak disiapkan sepanjang cuti ni.

pada guru2 yang dah siap kerja tu, baguslah.. kadang2 ada orang kata, eh? banyak kerja ke? kenapa aku tengok adik aku tu cikgu juga, tapi tak banyak kerja macam ko? hmm, sebenarnya. setiap guru ada tugasan nya sendiri. lain guru, lain tugasannya.. memang lah kerja utamanya mengajar, tapi, tanggungjawab2 lain yang diberikan berbeza.. contohnya, guru sains, sibuk dengan PEKA nya, guru P.Moral, Sejarah, Geografi sibuk dengan folionya.. dan juga, guru2 yang mengajar tingkatan 3 dan lima, sibuk dengan peperiksaannya.. ada guru biasiswa (kerja sepanjang zaman… huhu) dan bermacam2 lah… bergantung kepada banyak mana jawatan yang dipegang di sekolah… pokoknya, setiap guru tu memang tak sama tugas2nya… jadi, janganlah anggap kalau seorang cikgu free dan relax, cikgu lain juga begitu….

eh, dulu ibu pun confuse kenapa anak dia ni busy memanjang sampai tak boleh nak balik kampung. ibu ingat kerja cikgu relax, hari sabtu cuti.. mana ada cuti sabtu dah… huhuhu.. tapi, sebenarnya, syukur sangat2. at least, bila cuti sekolah, walau pun ada kerja, boleh pergi sekolah bila2 masa je.. tak payah bangun awal pagi.. hehehehehe…. (syukur tau! ada juga ‘cuti sekolah’.. kerja lain mana ada ‘cuti pejabat’ atau ‘cuti kilang’! :P )

eh, kenapa aku tulis tentang ni panjang2? bukan tadi nak cerita tentang cuti ke? hehehe… saje je, mungkin ada yang confuse bila tengok cikgu2 ni berbeza… :P

ok, berbalik pada cuti.. Alhamdulillah kali ni aku dapat bercuti tanpa gangguan, maknanya, tak perlu keluar ke mana2 seperti tahun2 yang lepas. cuma, papa je lah awal cuti sibuk dengan aktiviti dia.. jadi, aku ditinggalkan lagi lah awal cuti ni.. hehehe. nasib baik tikah dengan dina ada konvo, takdelah terasa sangat bila papa tak ada. ibu dengan walid pun akan ke sini nanti untuk konvo tikah dengan dina. tentu darwisy orang yang paling gembira dan tidur lambat! huhu…

plan nak bercuti/melancong untuk cuti ni memang tak ada. yang ada hanyalah plan untuk balik kampung. itu pun kena angkut semua kerja2 yang ada sekali… harap2 aku dapat siapkan sesetengah kerja terutamanya urusan biasiswa (dapat surat tengah hari tadi, hampeh!!!) sebelum balik kampung nanti.. kerja2 yang lain tu, tak apa sangat…

apa2 pun, selamat bercuti kepada yang bercuti!!

Posted in kerja mamawith 12 Comments →

darwisy @ JJ05.28.09

*update gelagat darwisy untuk tok ma dan tok walid…

sebelum ni, aku pernah terfikir, macam mana lah ragam darwisy kalau bawa dia ke pasaraya bila dah pandai berjalan nanti.. ye lah, kadang2 tengok anak2 orang, bermacam2 ragamnya…

semalam, kami ke JJ… saje jalan2, (padahal nak beli selipar darwisy je… hehe) ye lah, itu lah yang paling dekat.. keluar je dari kereta, darwisy dah tunjuk pandai.. sibuk2 dia nak pergi menghala ke escalator.. (masa kecik2 kami adik beradik panggil tangga bergerak.. heheheh) dalam JJ, mula lah dia nak mengusik sana, mengusik sini. maklum lah, orang dah pandai berjalan… ada patung kanak2 tu pun dia nak usiknya… bila tak bagi, mula lah dia tarik juga tangan kita nak ke situ. hmm, mama ni keraskan… baiklah mama dukung aje dari biar dia usik sana, usik sini… pantang nampak escalator, mula lah dia nak menuju ke arah escalator.. huhu. sudahnya, kami ambil troli dan masukkan dia ke dalam troli. senang cerita. masalahnya pulak, dia sibuk mengeluarkan barang2 dari dalam troli tu ke lantai.. huhu.. malunya bila orang yang lalu tolong ambilkan barang yang darwisy dah campak tu… tak sudah2 mama duk letak barang, darwisy campak, mama letak, darwisy campak… huhu… lepas tu, ramai pulak yang pandang2 sengih2 tengok gelagat darwisy… malunyaa… :P

darwisy dah pandai nak memilih. pakaikan kasut pertama, tak nak… dia campakkan kasut tu. pakaikan yang kedua, sudah… dia tak bagi cabut pulak.. huhu. takkan nak scan harga dekat kaki kut… nasib baik bila alihkan perhatian dia pada benda lain, dia diam.. kalau tak, maunya dia meraung macam hari tu.. nak jugak pakai kasut baru terus.. tapi, pada aku, jangan ikutkan kehendak dia.. takut dari kecik dah di ajar macam tu, sampai dah besar nanti, tak sempat bayar, dah sibuk nak bukak… hmm, tengok je lah darwisy nanti macam mana… :P

gambar? kali ni tak ada gambar.. lupa nak bawak.. lagipun semalam nak cepat sebab dah lapar……. hehehe. nantilah letak gambar darwisy.. mesti ada yang dah rindu… :P tak pe, selasa depankan nak jumpa..? :)

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 17 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220