Archive for June, 2009

nama darwisy?06.30.09

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

bagaimana darwisy mendapat nama? dan mengapa kami menggunakan panggilan mama dan papa?

tiba2 hari ni teringat waktu2 mengandung dulu, berangan2 dan mencari2 nama apa yang sesuai untuk baby dalam kandungan. dan juga, apa panggilan yang akan digunakan untuk kami berdua.

nak tahu, tok walid darwisy mencadangkan untuk beri nama ‘daud’ kepada baby kami.. hah? daud? ala, macam nama dulu2 je.. hehehe.. ye lah, tu kan nama Nabi Daud a.s… saje je taknak kan? tiba2 terfikir, macam best je nama start dengan huruf ‘D’ ni. kami cari dua nama yang bermula dengan huruf ‘D’, untuk lelaki dan untuk perempuan.. belek2 buku, cari dalam internet.. last2, terpikat lah dengan nama ‘darwisy’ dan satu lagi nama bermula dengan huruf ‘D’ bagi perempuan. masa tu, memang nak nama darwisy je. yang lain2 tu, tak kisah. papa pulak memang teringin sangat nak letak nama dia kat belakang.. mengikut abang dia. letak nama belakang dia di belakang nama anak2 dia. huhu.. untuk apa entah. awalnya aku tak setuju. entah, aku tak berapa minat nak guna nama sama ni. tapi bila papa sampai nak merajuk, aku setuju juga lah. bayangkan, kalau perempuan, nak letak ‘arafat’ jugak ke kat belakang? huhu…

ok, sampai dah nak bersalin. masih lagi kabur2 nak letak darwisy apa… dah papa nak arafat, jadi, letak lah darwisy arafat. yang bermaksud, warak/ahli tasawur yang terkenal. tapi, aku sebenarnya nak kan muhammad darwisy. jadi, sambung yang aku nak dan papa nak, jadilah muhammad darwisy arafat. huh. sungguh panjang. dulu waktu aku menjahit nama sulam untuk nametag budak sekolah. aku merungut2 kenapalah bagi nama anak panjang sangat. sudahnya, nama anak aku pun panjang.. hmm, apa nak buat. insyaAllah, nama anak no. 2 nanti pendek je kut.. ada juga yang sebut darwisi, sebenarnya, sebutannya adalah darwish – hujung syim…

dalam masa yang sama, kami berangan, apa lah anak kami nak panggil kami nanti.. dari ibu, mak, mama, mommy, ummi.. aku nak anak aku panggil mommy. macam manja je kan? tapi, papa kata, macam panggil ‘mamee’ jek.. huhu.. ada ke patut dia kata macam mamee… jadi, panggil je lah mama… dalam keluarga aku sebelah ibu, hanya aku sahaja yang menggunakan gelaran mama.. yang lain, ummi atau ibu.. jadi macam lain sikit lah…

papa pulak, asalnya dia nak suruh darwisy panggil bapak! hah? bapak? adoi, nampak sangat kejawaannya.. hahaha… dah tentu aku tak setuju, biar panggil walid atau papa… dia tak nak jugak. tiba2 bila dah dekat nak bersalin, bila tanya lagi, dia kata, panggil papa lah… wah! akhirnya dia setuju… :D jadi, mama dan papa…

kalian pula bagaimana? macam mana boleh dapat nama anak, dan macam mana boleh dapat idea untuk panggilan ibu, ayah, mommy, daddy, ummi, abah, walid, dan sebagainya… :D

Posted in cerita lamawith 22 Comments →

menu ringkas 106.29.09

ok, kali ni aku nak bagi resepi menu ringkas bersesuaian dengan ibu2 berkerjaya…

seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni, aku jarang memasak, tapi semenjak satu hari datangnya dugaan, aku tekad untuk memasak walaupun ringkas untuk papa dan darwisy. itu lah, kadang2 dugaan tu, bila kita fikir sedalam2nya, ada hikmah/pengajaran disebaliknya. tinggal lagi bagaimana kita nak menilai dari sudut yang positif.. apa dugaannya? biarlah rahsia… :P

aku berfikir2 macam mana nak memasak dengan menggunakan masa yang sangat sekejap.. jadi, aku cuba meminimumkan masa memasak dengan memasak menu yang ringkas, tapi berkhasiat…

ok, resepi hari pertama:

sup ayam + sayur

bahan2:
bawang besar separuh – di hiris (separuh lagi simpan untuk esok)
bawang putih seulas – ketuk/hiris
garam secukup rasa
sup bunjut
ayam dipotong kiub
kentang belah 8
carrot
sayur apa2 sahaja yang ada dalam peti ais.. :P

cara memasak:
1) panaskan periuk dengan api yang sederhana
2) masukkan ayam bersama bawang besar dan bawang putih. (tak perlu masukkan minyak, makanan sihat, kan? :P ) – gaulkan hingga naik bau bawang/ ayam separuh masak
3) masukkan air, sup bunjut, kentang dan carrot
4) setelah mendidih/ kentang lembut, masukkan sayur
5) masukkan garam secukup rasa..

tadaaaa… siap!
ringkas kan?

*err, memang tak ada cili api sebab makan bersama darwisy… kalau nak pedas, masukkan aje lah.. :P
** ini adalah sup ringkas.. kalau nak yang tak ringkas, resepinya lain… :D
*** nanti aku akan bagi lagi menu2 lain yang ringkas tapi sodap… :P

Posted in resepiwith 13 Comments →

darwisy batuk + muntah06.27.09

source : newscoma.com/2009/04/

source : newscoma.com/2009/04/

hmm, macam biasa, bila darwisy dah batuk2.. dia akan muntah sekali.. mula dari hari semalam darwisy muntah2. ingatkan hari dah ok. sampai ke petang ni, dia masih muntah2 lagi. mama pulak sakit kepala.. jadi, nampaknya malam ni cancel lah nak pergi birthday party qarissa.. huhu.. sayangnyaaa…

memang teringin sangat nak pergi. boleh jumpa2 lagi memandangkan esok memang tak pergi ke sarakids. tapi, nak buat camne.. birthday present untuk qarissa pun dah beli.. hmm, apa nak buat. papa kata pos je lah… insyaAllah ye qarissa. auntie ni bab nak ke post office amatlah malas sekali… hehehe…

hmm, berbalik pada darwisy. nampaknya, malam ni kena lah bawa darwisy ke klinik. risau juga dia batuk tak henti2.. asal batuk je muntah.. sampai dah tak ada benda nak dimuntahkan. kesian darwisy. tu haa tengah pusing2 dengan papa tak pakai baju. takut muntah lagi.. :P hmm, tengah tak sihat pun, nak pusing2 juga si comel tuh…hmm, bila mama boleh shopping nih? cepatlah sihat ye sayang…. hehehehehe

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 9 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220