Archive for July, 2009

ketenangan07.31.09

hmm, sebenarnya, beberapa hari kebelakangan ni, aku bagaikan dilindung awan gelap.. duka melanda.. semuanya disebabkan masalah kerja.. biasalah bekerja, banyak masalahnya.. tapi kali ni, aku rasa berlainan sikit.. kenapa entah..

walaupun pernah sekali aku menangis disebabkan pelajar (dan pelajar tu pulak menangis sambil minta maaf disebabkan di rotan dek guru disiplin.. :P ) tapi, aku tak pernah rasa pelajar2 tu bawa masalah untuk aku… sebab, diorang lah racun, diorang lah penawar…

tapi kali ni, masalah disebabkan oleh mulut orang… kawan aku kata, kenapa ye melayu begitu? melayu je ke begitu? betul ke melayu begitu? entah lah… aku melayu juga, tapi aku rasa aku tak begitu.. maknanya, melayu bukan begitu lah.. orang je suka kutuk2 orang melayu… :) hmm, dah melalut pulak..

ye lah, bila suka membawa mulut tentang cerita tak elok ni, orang kaitkan dengan orang melayu.. minta maaf ye, bukan orang melayu yang macam tu, individu tu sendiri yang begitu. tak ada kena mengena dengan orang melayu atau mana2 kaum pun..

benda ni buat aku rasa sedih, perit dan ’sakit’.. hinggakan aku mula berfikir, baik aku pindah petang, tak stress, dan tak perlu jumpa orang ini lagi.. mungkin dia pun suka begitu. balik rumah, nak senyum pun aku rasa berat.. kepala aku, hati aku asyik berfikir tentang perkara tu.. besar sangat ke kesalahan aku tu sampai perlu diwar2kan kepada semua orang?

tapi, perkara ni aku serahkan pada Allah, Dia maha mengetahui.. biarlah, hanya Dia yang tahu. satu hari nanti orang tu akan sedar juga.. biar lah dia.. nak marah dia? hmm, bukan jenis aku nak marah2 orang sesuka hati.. setiap manusia tu perlu dihormati, tak kira yang tua, yang muda, yang profesional, yang tak profesional.. tak baik marah2 orang. pada aku, ‘mendiamkan diri lebih baik’.. aku ambil langkah diam, dan baiki kesilapan aku. dan buktikan yang aku boleh… buat apa nak layan orang macam tu? kalau di layan, kita sama2 ‘weng’ macam dia… betul tak? :P

jadi, bila jadi macam ni, baik lah aku berusaha memajukan diri.. abaikan orang2 yang begitu.. kita buat kerja kerana Allah, bukan kerana orang.. biar Allah yang menilai kerja kita.. yang penting, tekun bekerja dan terus bekerja.. :D (sabar itu sebenarnya adalah ketenangan.. :) )

*terima kasih kak hidayah yang memberikan saya perangsang dikala semangat saya melayang entah ke mana……

Posted in luahan hatiwith 13 Comments →

sepetang di putrajaya07.30.09

dah lama aku tak ke putrajaya…
last ke putrajaya, masa kenduri tahun lepas.. dan hampir setahun tujuh bulan yang lepas, bersalin di hospital putrajaya… sehari sebelum masuk wad, ronda2 alamanda di putrajaya.. hehehe… jadi, kedatangan kami kali ni terasa syahdunya.. bila nampak hospital putrajaya, sibuk lah mulut aku bagitahu dan tunjuk kat darwisy, “situlah tempat darwisy lahir dulu…” :D mula lah terkenang waktu 4 hari duduk di wad bersama darwisy… :P

baru terjumpa gambar dari hp dina tadi.. gambar darwisy waktu di tingkap NICU dan first time keluar hospital..

Darwish cute

Comelnya darwish

baru keluar wad...

baru keluar wad...


asalnya hari sabtu baru2 ni, aku dan papa bercadang nak keluar makan2 dan ronda2… tiba2 di persimpangan, aku tersebut, best juga kalau dapat makan di RASA alamanda… (ye, entah kenapa aku suka makan kat situ..) dan, tiba2 juga papa, terus buat u-turn.. hah? biar betul? padahal kitorang dah jauh menghala ke arah klang.. hehehe, demi isteri yang tercinta, patah balik menghala ke putrajaya… :P

ok, pusing2 di alamanda, makan2 (lepas lah mengidam aku… :P ) dan cari baju2 darwisy.. ramai betul orang. dah lama nya tak jalan2 alamanda.. kemudian, kami ke dataran putrajaya… pun ramai. aku tengok ada yang bawak basikal, bawak kereta control, siap ada yang main badminton lagi.. hahaha.. agaknya orang2 yang duduk kat putrajaya suka bawak anak2 ke situ kut… darwisy pun suka… :P tengok lah gelagat dia.. dari pakai kasut, hingga lah tanggal kasut… huhu..

IMG0325A

IMG0333A

IMG0334A

hmm, sebenarnya, aku teringin nak jalan2 taman2 yang ada di sekitar putrajaya tu… taman botani, taman pertanian, taman… apa lagi ye? sape pernah pergi? best tak?

Posted in santaiwith 35 Comments →

darwisy sensitif07.29.09

hmm, memang aku perasan sebelum ni, darwisy agak sensitif orangnya.. kalau kena marah, mula lah dia mencebikkan bibir tanda nak menangis, dan sorokkan muka ke bawah… kesiannya….

tapi, baru2 ni, aku perasan, dia bertambah sensitif… masa tu, papa buat2 tidur.. aku pulak baca majalah pa n ma. darwisy tengah main sorang2 bawah kaki aku… jadi, aku biarkan je lah dia sebab dia tengah sibuk main sorang2… keadaan masa tu memang sunyi sangat… tak ada siapa pun bersuara…

tiba2, dia bangun, dan tunjuk muka mencebik nak menangis… aduhaaaiiii… kenapa pula ni? mula lah dia tersengguk2 nak menangis, dan terus meleleh air mata… alah, sedihnya mama tengok… terus aku peluk dia dan gosok2 belakang dia.. hmm, agaknya dia rasa sunyi, tak ada orang layan dia… tak pernah lagi aku tengok dia mencebik dan terus meleleh2 air mata. ini lah kali pertama, biasanya dia mencebik je tapi tak menangis… kesian sungguh. darwisy dah pandai rasa sunyi… :)

sebelum ni, kalau dia boring, kadang2 aku terlelap ke.. dia akan sedaya upaya suruh aku bangun, sama ada ketuk kepala aku ke, baring atas aku ke… atau bila aku membaca, dia akan cuba tengok sama ke.. tapi kali ni, lain pulak.. betul2 buat hati aku tersentuh dan insaf…

ok sayang, lepas ni kita main sama2 ye… dah mula boring ye? nak kawan ye? ehehehehe… poyo je mama nih… :D

ok mama, apa nak buat kalau tak nak bagi darwisy boring/sunyi?
- ajak darwisy tengok apa yang mama baca
- bersembang2 dengan darwisy walaupun darwisy tengah bermain.
- main dengan darwisy :P

********

Alhamdulillah, darwisy mendapat tempat ketiga cutest baby in carseat yang dianjurkan mom bloggers planet dan di sponsor photobook malaysia dan alicewonders.. :) terima kasih semua! :D

P4250066-crop

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 20 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220