Archive for August, 2009

selamat hari merdeka08.31.09

rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari merdeka… semoga diberi keinsafan dan mengenang jasa orang2 yang telah banyak berkorban untuk negara kita ini.. dan semoga Malaysia aman makmur selama-lamanya demi anak2 kita… amin.

sabtu lepas, kami sekeluarga pulang ke pahang. disebabkan tidur lewat malamnya, aku dan papa tak terjaga untuk sahur pagi tu.. aku terjaga tepat2 pukul 5.45 pagi. mana sempat nak makan. sedihnya.. aku dah masak nasi banyak (sebab ada dina dan tiqah) dan dah kunyitkan ayam untuk di goreng pagi tu.. hmm, dulu2 memang aku biasa makan kurma je untuk bersahur. tapi, semenjak dua menjak ni, tak boleh tak makan.. jadinya, sampai petang aku dah lembik… asalnya, kami bercadang untuk celebrate birthday keluarga kami yang jatuh pada bulan 8 ni, seramai 6 orang termasuk aku. tapi, nenek (moyang darwisy) pula jemput kami berbuka di rumah nenek sebab ramai adik beradik ibu yang balik.. jadi, plan bertukar hari ahad.

tapi, tiba2 hari ahad, keluarga ibu pula nak datang berbuka di rumah kami… hahaha.. cancel lagi plan kami.. kesian omar dah beli ayam untuk buat chicken chop… tapi, kami tetap sambut malam selepas terawih.. kebetulan pula malam tu giliran keluarga kami untuk bawa moreh ke surau.. memang banyak makanan nya.. ibu masak nasi ayam, aku masak bubur lambuk, err, banyak lah.. roti jala, tepung talam.. meriah dengan makanan.. kalau kat sini, aku dan papa berbuka ala kadar je… ada nasi, sayur dan lauk, cukup lah.. :P

P7030410

P7030415

*tak banyak gambar.. sebab tengah duk snap, sekali tengok memori card full daaa… aduh, lupa nak delete gambo lama…

err, beberapa hari ni, darwisy ‘cengengeng’ sikit.. sikit2 nangis… agaknya rimas di sentuh orang yang ramai tu… hmm, budak tengah aktif.. langsung tak nak di ganggu.. huhu..

hari ni, dah balik… rasa tak puas duduk di rumah.. mungkin kali ni sekali je balik sana dalam bulan puasa.. aku busy sikit sebelum raya ni.. dengan pertandingan 3K, budak2 tengah trial.. huhu… sedihnyaaa…

****************

terima kasih papa untuk hadiah hari lahir yang diterima seminggu lebih awal.. :P warna purple, warna kegemaranku.. :P

terima kasih yi hong, azrul, salsabilla, syikin n the geng, khusna, wan tze, jessica.. dan semua kawan2…

*sorrylah, kalau pening baca ni… otak aku pun tengah pening sekarang nih… entah kenapa laaa…

Posted in keluargawith 10 Comments →

cerita hari lahir08.28.09

masa aku kecil, seingat aku, tak pernah ibu dan walid mengadakan jamuan atau parti hari lahir. tapi, kami di ajar mengingati tarikh2 istimewa keluarga kami termasuklah anniversary ibu dan walid. walaupun tanpa jamuan bersama kawan2 yang dijemput ke rumah, tapi, cara ibu dan walid meraikannya sangat terkesan dalam hati aku dan cukup menggembirakan…

gambar dari google

gambar dari google

antara sambutan yang kami sentiasa nanti2kan ialah bila tiba hari lahir seseorang dalam keluarga kami, ibu akan masak makanan yang special dan juga beri ucapan istimewa untuk orang yang menyambut hari lahir… dan, kadang2 ibu dan walid bawa makanan ke asrama sekiranya tarikh tu jatuh pada hari sekolah.. makan bersama kawan2.. seronok.. aku ingat lagi, waktu aku di sekolah menengah, tak ingat tingkatan berapa, aku ternanti2 ucapan dari ibu dan walid. tapi, hari tu, tak ada sesiapa pun yang ucap apa2 pada aku.. sedih sungguh rasanya. tapi, esoknya balik dari sekolah, ada kad hari lahir terletak di atas meja… senyum lebar sampai ke telinga… :P rupa2nya mereka terlupa hari… hinggalah aku belajar jauh dari mereka. ibu dan walid tetap tak lupa hantar kad ucapan hari lahir.. pernah juga hantar telegram untuk tujuan itu… :) bila dah ada handphone, sms/panggilan telefon je lah…. :P

gambar dari google

gambar dari google

waktu aku di asrama tingkatan 1 hingga 3 adalah paling seronok… hari lahir umpama hari kita.. pergi ke mana2, ada je terletak hadiah dari kawan2.. atas katil, dalam loker, dalam laci buku, atas meja dalam kelas… bukan hadiah mahal pun, tapi sangat bermakna pada aku… memang kami saling mengingati antara satu sama lain… hari lahir sesiapa pun dalam geng kami, kami buat begitu.. waktu di kolej pula, lain pula caranya… bukan hadiah yang diberikan, tapi ‘pedajal’ dari kawan2… ada yang simbah air 3-4 baldi tepat pukul 12 tengah malam, ada yang buat konon2 macam kena rompak.. habis tunggang terbalik bilik jadinya.. ada yang simbah air sabun, air rumput… bermacam2.. memang rasa nak marah.. tapi, sebenarnya itulah kenangan yang paling aku tak boleh lupa.. berkejaran tengah malam mengejar si pembuat ‘pedajal’.. :P kalau bersama mclin, kami akan duduk berdua2an sambil makan roti dan sekotak air tengah2 malam.. kebetulan hari lahir dia dekat dengan aku.. jadi, sekali kan je lah….

1_352164451l

waktu di rumah sewa, sekali lagi caranya sama seperti waktu aku duduk di asrama dulu… banyak hadiah yang diberikan tanda saling mengingati antara 14 rakan serumah… yang kelakarnya, setiap kali tiba hari lahir seseorang, pasti akan berkomplot membeli kek dan di sorok di rumah jiran.. beberapa tahun duduk bersama, taktik tu dah diketahui sebab sama je untuk semua orang… :D tapi, walaupun dah tahu, tertunggu2 juga.. :P ops, tambah lagi dengan kekasih hati yang datang tepat pukul 12 tengah malam semata2 mahu menghantar sejambak bunga.. :P bukan dating tengah malam tau.. sekadar ambik dan si dia terus pulang.. ramai kawan2 tau…

750203538l

banyak betul kenangan hari lahir kan… semuanya meninggalkan kenangan manis tersendiri.. bukan beria2 nak sambut.. tapi sekadar meraikan satu sama lain… memang sengaja aku cerita yang manis2 sahaja.. ada juga yang pahit, tapi, buat apa dikenang benda yang menyedihkan, bukan? :)

bila dah berkahwin, kawan2 dah tak bersama.. tapi, sambutannya tetap diteruskan bersama suami tercinta.. manisnya masih terasa walau dalam cara yang lain.. :) “semoga dipanjangkan nafas untuk menghabiskan sisa2 kehidupan bersama yang tersayang serta menuju ke arah keredhaan-Mu ya Allah…. dan moga dibersihkan hati dari segala dendam dan dosa… amin..”

terima kasih ibu dan walid….

Posted in mamawith 30 Comments →

cuti + puasa + bersama darwisy08.27.09

hmm, duduk di rumah seharian tanpa papa dan bersama darwisy.. sungguh mencabar.. :P memasak dengan darwisy, keluar ke pasar mini dengan darwisy… huhu.. barulah terasa, betapa perlunya papa di sisi.. :P kena kejar darwisy ke sana sini.. fuh! terasa macam masuk maraton pulak.. :P mesti pekerja2 pasar mini tu heran tengok aku berlari2 ke sana sini dalam pasar mini tuh.. hehehehe… sampaikan aku jadi terlupa nak beli apa.. huhu.. last2 papa juga yang kena belikan segala benda…

sampai petang je, aku dah tak larat.. kebetulan hari kelmarin gas habis.. Alhamdulillah, boleh lah aku skip memasak.. hehehe… ye la, aku tak larat la nak angkat tong gas tu ke kedai.. nak call kedai pulak, kedai yang berhampiran dengan rumah ni hanyalah speedmart.. ada perkhidmatan hantar tong gas ke? memang banyak kedai kat sini, depan rumah je berderet kedai2.. masalahnya,nampak je depan rumah.. tapi nak sampai ke rumah aku ni, kena buat u-turn sikit punya jauh.. nak ke diorang hantar? hehehehe.. banyak je alasan.. bukan nak pegi tanya kat kedai tu pun… saje je lah malas masak tu… :P kalau kalian, kebetulan gas habis masa husband tak ada, kalian buat macam mana ye? ada sape2 yang angkat tong gas sendiri? (mak mertua aku umur 60 lebih pun rileks je lagi angkat tong gas… aku nih yang muda remaja pun dah tak larat.. huhu)

biasanya, lepas aku masak untuk berbuka, aku akan duduk depan pintu rumah dan biarkan darwisy main kejar2 dengan kucing di luar… seronok sungguh dia.. tengok lah gambar2 kat bawah ni…

page

page2

P6280365-crop

hmm, semenjak puasa, belum pernah berbuka di rumah sendiri lagik.. tiap2 petang lepas papa balik, terus ke rumah mak.. berbuka di sana. ye la, kesian mak dengan abah berbuka berdua.. kurang2 kalau ada darwisy, riuh lah sikit rumah tu dengan suara darwisy (+ suara aku melarang darwisy usik kucing2.. :P ) lepas berbuka je, terus balik ke rumah semula, papa berkejar pulak ke masjid.. huhu, nampak macam aktiviti yang sungguh padat kan? cuti sekolah ni… nanti kalau sekolah dah buka, tak tau lah… agaknya, sambil mengajar, sambil mata terpejam.. hahahaha… mana boleh cam tu.. nasib baik tingkatan 5 tengah trial.. boleh lah berehat sebentar sambil makan kit kat.. ops, pose!

yang bestnya, lima hari puasa, aku belum membeli belah di bazar ramadhan lagik.. :P singgah beli air je.. hehehe.. tiap2 tahun aku berazam tak nak pergi bazar ramadhan.. membazir, dah lah mahal.. huhu… tapi, semalam, papa beli nasi kandar kat pelita tu, tak di kira bazar ramadhan kan? :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisy, entahwith 18 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220