“tinggi!” perkataan yang terdetik dalam hati aku kali pertama melihat dia di minggu wawasan siswa UPSI kira2 7 tahun yang lalu. “oh, satu course…” terserempak lagi dengan dia sewaktu pendaftaran kursus.. dan, selepas itu, beberapa kali lagi aku terserempak dengan dia memandangkan ada beberapa kelas aku yang sama dengan dia. kebetulan juga, kami satu platun ko-ku ‘perkasa’.
hmm, masa tu, dia glamer.. sering menjadi bualan rakan2 serumah aku. aku tak ambil port sangat, aku dah ada yang punya masa tu.. cuma, sesekali kami duduk semeja ketika di library bersama kawan2 yang lain. kebetulan juga dia berkawan baik dengan rakan serumah aku.
naik semester dua, dia jadi sebutan lagi. ye lah, budak pandai dalam kursus tu.. waktu tu, kami memang selalu terserempak (atau ada orang buat2 terserempak?
) dan dia rajin menyakat aku… dan, kami sering juga berebut tempat duduk di bahagian hadapan dalam kelas calculus-yang-mulus. sehingga pertengahan semester, kami bertambah baik. mungkin kerana aku selalu menemankan room mate aku berjumpa dengan dia. waktu tu, banyak juga lah rasa menyampah, geram dengan gelagat dia ni.. tapi, geram setakat tu je lah..
dia bagi walkie talkie untuk bersembang dengan rakan sebilik aku. tapi, aku yang guna walkie talkie tu untuk bersembang dengan rakan sebilik dia.. hehehe. dia tak guna, baik aku yang gunakan..
di hujung semester, banyak kejadian yang tak diingini berlaku. bf aku menghilang entah ke mana.. berbulan2.. aku kena fitnah dengan rakan sebilik.. hmm, memang mencabar perasaan sungguh. waktu tu, dia lah peneman aku. perihatin sungguh dia dengan keadaan aku waktu tu. tapi, aku sibuk melayan perasaan mengenang orang yang entah ke mana.. memang banyak sokongan yang dia bagi pada aku. tak jemu2 dia meneman aku. paling buat aku terharu, semasa aku melarikan diri ke rumah mclin di waktu malam, rupa2nya dia mengekor aku dari belakang bas, bimbangkan aku yang berseorangan bersama konduktor bas dan pemandu bas.. wah, nak meleleh air mata tengok keprihatinan dia tu.. hehehe…
sampai satu hari, seseorang berkata kepada aku “buat apa nak tunggu orang yang jauh, yang entah ke mana, sedangkan orang depan mata buat2 tak nampak”.. hmm, ayat tu terkesan sungguh pada aku. satu hari, dia bertanya pada aku, dan aku meminta dia bersabar, dan tunggu… tapi, rupa2nya ayat aku tu tipu je.. dalam diam2, aku tak perasan, entah bila hubungan kami menjadi erat.. tak ada declare2 pun.. paham2 sendiri aje.. dan, bila bf aku datang balik, babai je lah.. dan, kami jadikan tarikh dia bertanya pada aku, 29.09.03 sebagai tarikh kenangan kami yang paling manis…

tak pernah sebelum ni kami meraikan hari bersejarah ni.. tapi tahun ni, bermula dari awal bulan september, kami duk berjiwang mengimbas kembali kenangan dolu2 kala.. hehehe… dan, malam tadi kami meraikan bersama2 di kenny rogers..
(ye la, meraikan sangat lah dengan darwisy meronta2 tu.. huhu..)

cerita mama dan papa, tapi gambar darwisy juga yang masuk..

