Archive for October, 2009

poligami10.29.09

beberapa hari ni, banyak cerita tentang isteri yang dianiaya singgah di telinga saya. sangat kasihan mendengarnya. yang terbaru, kisah seorang isteri kedua yang sedang berpantang anak kelapan tidak dilawati suaminya yang sekarang duduk bersama isteri pertama. kasihan… bagaimanakah nasib kelapan2 anaknya itu. sudahlah sedang berpantang…. nafkah zahir langsung tak ada… dan, ini mengingatkan saya kisah beberapa tahun dahulu…

waktu saya dengan papa menyewa selepas kami baru berkahwin, kebetulan, jiran di kiri kanan rumah kami baru berpindah juga. sebelah kiri, pasangan bahagia beranak dua. sebelah kanan, pasangan bahagia baru berkahwin. petang2, saya dan papa duduk mencabut rumput depan rumah. selalu kami bersembang dengan pasangan bahagia sebelah kiri dengan anak2 mereka yang sangat comel dan petah.. semenjak dari tu, saya dan jiran di sebelah kiri, iaitu amir dan nurul (bukan nama sebenar) menjadi semakin rapat. amir merupakan pelajar seuniversiti kami. dan, nurul pula menjual kuih. petang2, saya dan nurul akan bersama2 melayan anak2 dia, amira, 3 tahun dan qistina, setahun (bukan nama sebenar) menghilangkan kebosanan sementara papa keluar main rugby.

kami rapat. saya sangat sayangkan kedua2 anak nurul.. amira yang sangat petah, qistina yang sangat comel dan jarang menangis. kadang2, bila nurul dan amir keluar, mereka meninggalkan amira atau qistina bersama saya. bahagia betul keluarga ini. punya anak2 yang comel dan harmoni. cuma ada satu sahaja masalah nurul, dia tidak dapat mencuci belakang rumahnya, kata suaminya kunci pintu belakang rumah mereka hilang…

satu hari, saya terdengar suara nurul menangis dan menjerit dengan kuat. kemudian, seorang perempuan keluar dari rumahnya bersama suami dan anak2nya. gerun saya mendengarnya… beberapa hari nurul begitu. menangis dan menangis. saya tak berani nak bertanya, dan tak nak jadi jiran yang busy body. tapi, masuk hari ketiga, saya sangat kasihankan nurul yang menangis siang dan malam, tanpa anak dan suami. saya pun dengan muka tak malu pergi mengetuk rumah dia. masuk je ke rumah, terus dia memeluk saya dan berkata, selama ni suami dia kata kunci pintu belakang rumah mereka hilang, rupa2nya, di sebalik ‘kunci hilang’ tu, di belakang rumah dia, adalah rumah isteri kedua suami dia yang dia sendiri tak tahu bila suaminya kahwin lagi satu! saya sungguh terkejut, dan tak sangka. amir seorang pelajar, punya isteri secantik nurul, anak2 secomel amira dan qistina rupa2nya mempunyai isteri yang lain..

semenjak dari hari itu, hidup saya seolah2 termasuk dalam kehidupan nurul. kerana amir dah jarang pulang ke rumah, juga tidak pulang ke rumah madunya… lebih menyedihkan, ketika itu juga dapat tahu nurul berbadan dua lagi.. nurul masih lagi menangis dan menangis.. ada masanya nurul terjelepok tidak mempedulikan anak2 dia.. kadang2, terdengar amira memanggil2 saya “auntie sya, auntie sya… ibu sakit” bila ibunya menangis tiba2.. terpaksalah saya memujuk nurul dan menjaga amira dan qistina.. saya tak kisah, lebih2 lagi saya sangat sukakan kanak2, dan simpati dengan nasib nurul. saya bagaikan bahu untuk nurul mengadu dan meminta tolong. ada masanya, dia terpaksa meminjam duit dari kami kerana suaminya selalu hilang entah kemana… kadang2, nurul minta tolong kami mencari suaminya.. terpaksalah papa pergi mencari.. bila ’sakit’ nurul tiba, terpaksa saya ambil amira dan qistina supaya nurul dapat menenangkan diri. saya sangat kasihankan anak2 kecil yang tidak tahu apa2 itu.

kasihankan? nasib nurul berterusan begitu.. tiada penyelesaian bagi masalah nurul. dia juga terlalu sayangkan amir.. hujung semester, kami terpaksa berpindah.. saya sangat berat hati untuk meninggalkan nurul, amira dan qistina.. bagaimana dengan nasib nurul selepas ini? pernah sekali kami menjenguk nurul.. hidup dia masih sengsara seperti dulu… dan, selepas itu.. saya pergi lagi untuk menjenguk nurul, tapi dia dah berpindah.. terus kami terputus hubungan…

sangat kejam lelaki yang berpoligami sedangkan diri sendiri tak dapat tanggung… kenapa nak menganiaya nasib orang? bukan setakat isteri, tapi anak2 sekali teraniaya.. jangan setakat berpoligami sahaja nak ikut sunnah, ikutlah juga sunnah2 yang lain… kepada lelaki di luar sana, berfikir lah sedalam2nya sebelum nak berpoligami. nak berpoligami, boleh.. tapi, jangan nanti, sesuatu yang menyeronokkan menjadi sesuatu yang membebankan………..

*nurul, nurul kat mana sekarang….

Posted in entahwith 26 Comments →

banner dalam wordpress?10.28.09

dulu, saya tak tahu macam mana nak buat banner dalam blog saya ni. sebab, tak ada widget untuk letakkan gambar di side bar blog wordpress ni. saya tak tahu blogspot macam mana, tapi, untuk wordpress, yang ada, widget untuk text je. dan juga widget2 yang biasa. jadi, kalau mahukan banner yang tak menyediakan kod html, makanya tak dapat lah…

jadi, bila ada contest yang memerlukan saya meletakkan banner di sidebar, tak dapat lah saya join. gara2 tak tahu nak letak banner di side bar. bila saya cari di bahagian support wordpress, baru saya jumpa kaedah untuk meletakkan banner di side bar. hehehe.. terukkan. malas betul… sebelum ni tak pernah nak cari pun… :P rupa2nya, mudah sahaja… saya terfikir nak buat entry ni setelah ada seseorang bertanyakan pada saya bagaimana mahu meletakkan banner di blog wordpress… dan, kalau kalian ada cara lain yang lebih mudah, boleh lah kongsikan di sini juga… :P

ok, macam mana caranya nak letakkan banner di side bar? mudah aje..

1) buka new post.

tutorial1-crop

2) upload kan gambar yang nak di buat banner

tutorial2-crop

3) masukkan link url yang dikehendaki serta letakkan saiz gambar pada thumbnail, supaya gambar tak besar sangat.. dan save..

tutorial3-crop

4) copy kod html gambar tersebut

tutorial4-crop

5) masukkan kod html tu di dalam widget text, dan letakkan di side bar seperti yang dikehendaki

tutorial5-crop

dah siap…

p/s: sorry.. takde lah bagus sangat pun… saje nak berkongsi… :P

Posted in blogwith 6 Comments →

platonik?10.27.09

BoynGirl1

google

platonik? apa tu? hubungan platonik? pernah dengar? hubungan platonik dikatakan hubungan antara lelaki dan perempuan yang ikhlas tanpa melibatkan perasaan dan seks.

pernah kah kalian mempunyai hubungan sebegini? atau, sedang mempunyai hubungan platonik ini? saya? hmm, tak dapat dipastikan.. sebelum kahwin, pasti.. memang ada.. atau, mungkin ada…

saya sendiri tak dapat memastikan apakah hubungan itu sejenis hubungan platonik atau tidak. sebab, kadang2, mungkin di pihak kita menyatakan hubungan itu adalah ikhlas, tidak melibatkan perasaan.. tapi, di pihak satu lagi?

sebelum kahwin, saya mempunyai beberapa orang kawan rapat lelaki. yang sememangnya saya anggap sekadar hubungan baik di antara lelaki dan perempuan yang sama seperti hubungan baik di antara perempuan dan perempuan. tapi, batas2nya tetap ada. walaupun pada masa saya telah berkawan dengan papa, saya masih lagi berkawan dengan kawan2 lelaki saya… kami masih berhubung, dan papa tahu mengenai mereka. kadang2, jika ada kawan lelaki yang datang menjenguk saya, papa akan bersama sekali.. itulah, platonik kan..

cuma, lepas berkahwin, saya jarang berhubung dengan kawan2 lelaki lagi. kerana, papa lah yang menjadi kawan lelaki dan sahabat yang terbaik dalam hidup saya. yang ada hanyalah kawan sekerja yang hubungan kawannya tidak lebih dari di tempat kerja sahaja… ye, saya mengaku, memang saya punya hubungan baik dengan beberapa orang (atau seorang?) rakan sekerja yang bukan sejenis.. namun, pada saya, walau apa pun hubungan dengan rakan bukan sejenis, terutama bagi yang telah berkahwin, batas2 dalam pergaulan sangat penting. jangan nanti, hubungan itu boleh menimbulkan fitnah bagi orang yang melihat. memanglah kita tahu setakat mana hubungan kita itu, tapi, tidak pada orang lain. mereka hanya fikir apa yang mereka nampak. jadi, perlulah kita yang menjaga supaya apa yang mereka nampak itu adalah bersih dari sebarang fitnah..

anda fikir bagaimana? perlukah hubungan platonik ni?

*saya membebel apa nih? huhu

Related Posts with Thumbnails

Posted in entahwith 14 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220