Archive for November, 2009

maging (makan daging)11.27.09

google

oh, adakah saya dah bertukar kepada spesies ‘maging’ hari ini? mentang2lah raya korban……. sebenarnya, saya dah berjanji pada diri saya sendiri (setiap kali raya puasa dan raya korban) bahawasanya saya (baca macam baca ikrar kat sekolah), akan berjanji, tidak akan, makan daging banyak2… hehehe…..

tapi, nampaknya, mulut saya mengingkari janji… huhu….

awal pagi raya, saya gembira kerana kami adik beradik berjaya memenuhkan meja dalam keadaan yang sangat sederhana… dan juga, confused – eh, ibu masak lauk ni macam mana ye? eh, ibu masak lauk tu macam mana ye? hehehe… tu lah.. nampak sangat tak tengok ibu masak dulu… takkan nak telefon ibu di kejauhan pulak… jadinya, bantai aje lah kami adik beradik ni… kira ok lah tu…

dan, lepas sembahyang raya, banyak pulak daging. permintaan ayah teh malam tadi, nak makan sup daging. huhu… bertungkus lumus kami adik beradik menyiapkan makan malam pula… menunya? daging, daging, daging… tu yang terasa jadi ‘maging’ pulak… hehehe… bukan apa, saya risau.. dulu2, kalau makan daging banyak sikit, mula lah sakit perut… harap2 nya perut saya ok kali ni. dan, saya janji takkan makan daging lagi esok.. (ye la, saya tipu) hehehehe…

esok, rancangannya korban di rumah nenek pula. saya harap, saya menepati janji… hehehe…

err, mata saya dah macam pedih2 ni… huhu…

dan, esok, nak balik ke tak? balik ke tak? balik ke tak? tak balik ke balik? tak balik ke tak balik? hehehehe. (memang best duduk tempat tanah tumpah darah ni kan? :P )

*gambar ehsan google

Posted in keluargawith 5 Comments →

salam aidiladha…11.26.09

apakah makna aidiladha bagi anda? hehehe… ni soalan yang selalu kita tengok dalam tv, dari berita, wawancara hinggalah melodi (ada kan wartawan yang tanya kat artis2 tentang erti aidiladha kan? huhu) tapi, tak apa lah.. simpan je lah jawapan untuk diri sendiri… :)

untuk keluarga kami, jujurnya, saya melalui dua sambutan aidiladha yang berbeza… di sebelah papa, aidiladha hanyalah sekadar cuti biasa. dan, hanya kaum lelaki yang terlibat dalam urusan korban.. manakala, di sebelah saya pula, awal2 lagi walid akan bertanya sama ada nak mengambil bahagian atau tidak dalam korban kali ni.. dan, selain daripada kaum lelaki mengambil bahagian dalam urusan korban, kaum perempuan pula akan sibuk memasak… mungkin sebab keluarga kami ramai kut…

ok, kali ni, giliran saya balik ke kampung saya pula. tak ada apa2 perancangan lagi. memandangkan ibu dan walid jauh di mata. tapi, saya tetap balik.. kesiankan adik2.. nanti meleleh pulak diorang ni.. dah lah ibu dan walid jauh… kakak pulak tak balik… kang ada yang meraung di pagi raya aidiladha pulak… :P senyum2 juga saya ni… entah apa nak disiapkan di pagi raya nanti… huhu…

oklah kalian… jika kalian pulang beraya di kampung.. berhati2 lah di jalan raya…
selamat melakukan ibadah korban dan salam aidiladha daripada saya.. :)

Posted in sambutanwith 18 Comments →

teh tarik kurang manis satu!!!11.25.09

google

hari semalam, saya free. jadi, saya berjalan2 sekeliling pekan sambil mencari sedikit barang. dan, saya memasuki satu kedai ni…

tokei kedai: amoi, mau apa amoi?
saya: teh tarik kurang manis…

pekerja2 yang sedang melayan pelanggan lain menoleh2 kehairanan ke arah saya….

tokei kedai: ooo.. teh tarik kurang manis ye… lagi, mau apa?
saya: kopi o tanpa gula ada?
tokei kedai: kopi o tanpa gula? saya tak pasti lah… nanti saya tengok dulu..

pekerja2 kedai, dan pelanggan2 kedai semakin hairan.. mungkin dalam hati diorang berkata, siuman ke tidak diorang ni? dan, mereka semakin mendekati…

tokei kedai: haaaa!!!! ada, ada… kopi o tanpa gula ada… mau?
saya: mau, mau…

pekerja2 dan pelanggan2 kedai semakin-semakin kehairanan… dan, segera tokei kedai menunjukkan kedua2 buah buku yang saya cari… dan mereka terus ketawa terbahak2… “oh, tajuk buku rupanya!” hahaha….

memang, ‘teh tarik kurang manis’ dan ‘kopi o tanpa gula’ adalah buku2 yang ditulis oleh penulis kegemaran saya, abd. jalil ali. hehehe…. bukan minuman teh atau kopi ye… :P mungkin ada yang mengenali abd. jalil ali ni, dan mungkin ada yang tidak… tapi, saya sangat sukakan tulisan beliau.

bermula dari membaca tulisan beliau dalam sebuah majalah terbitan karangkraf, saya terus meminati tulisan beliau dan tidak mahu terlepas membacanya pada setiap keluaran. dan, tak keterlaluan jika, itu adalah muka surat yang pertama saya selak selepas membeli majalah tersebut. bila beliau tulis bahawa tulisan2 beliau telah dibukukan, saya segera mencarinya di kedai. buku yang pertama adalah ‘asam garam, gula dan kopi’. selepas itu, saya menjadi sangat sibuk, dan tidak sempat untuk mencari buku beliau yang kedua iaitu ‘teh tarik kurang manis’. dan, hari ini, kebetulan saya terasa nak shopping buku2, dan terus saya mencari kedua2 buah buku beliau yang terbaru.

tulisan beliau selalu membuatkan saya ketawa. namun begitu, disebalik tulisan beliau, banyak yang tersirat.. cara beliau menulis sedikit pun tidak membuatkan orang berkecil hati. namun, sindiran2 beliau yang tersirat membuatkan kita tersenyum dan termalu sendiri… tulisan beliau adalah realiti. bukan hipokrit. dan yang paling saya suka, apabila beliau menuliskan tentang pengalaman hidup berumahtangga. nampak kelakar, tapi, seperti saya kata tadi, ada maksud disebaliknya… itulah yang selalu menjadi sumber inspirasi tatkala menulis. tapi, masih belum mampu menulis seperti beliau. :P

itulah.. banyak yang membuatkan saya rasa, adoi… bagusnya diorang2 ni.. bukanlah menulis mengenai sesuatu yang ilmiah pun. tapi, tulisan2nya mengenai pengalaman hidup sangat bermakna dan mencuit hati ke sudut yang paling dalam. menyindir, tapi tak perlu dengan cara mengecilkan hati orang. sekadar membuatkan orang tercuit rasa dan malu sendiri…

cubalah kalian baca.. :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in mamawith 16 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220