2009 – 2010 • 12.31.09
entah dah berapa kali saya tulis draft tentang 2010 yang bakal menjelma. tiap kali saya tulis, mesti hilang idea. penyudahnya, saya tulis tentang benda lain. jenguk blog blogger lain, dah ramai yang tulis tentang azam, tentang the best thing in 2009.. tinggal saya yang masih kehilangan idea ni. penyudahnya, tulis cerita tentang cinta balqis pulak. hehehe. ni tentu angkara 2 minggu lebih ber’tapa’ dalam bilik menghadap biru dan merah. penat otak!
dalam pada tu, saya dan papa ada juga bersembang-sembang kosong mengenai peningkatan dan penurunan kehidupan kami dari segi kerjaya, perkahwinan dan sebagai ibu dan bapa. tak ada pengukur yang spesifik untuk mengukur penurunan atau peningkatan, tapi, yang pastinya, saya semakin gembira dengan kehidupan sekarang.
cuma, bila bermuhasabah… ada sesuatu yang saya masih terasa kekurangan. dan, kalau boleh, saya mahu berhijrah. apa dia? nantilah.. tak berani saya nak beritahu di sini. cuma, harapan saya, sangat-sangat berharap agar dapat menjadi muslimah yang lebih baik, menutup aurat dengan lebih sempurna, isteri yang solehah dan ibu yang baik.
dan juga, saya mahu lebih bersistematik dalam kerja. tak mahu duduk menjadi guru biasa yang pergi pagi balik petang, tapi dalamnya kosong. sekurang-kurangnya, biarlah pelajar berpuas hati menimba ilmu dari saya. dan, sekurang-kurangnya, tanggungjawab dan amanah saya lakukan dengan sempurna. semoga tak menjadi persolan berat bila saya ‘di sana’ nanti..
tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis, terutama nya dalam kerjaya. tapi, semua tu menjadikan saya lebih matang, sepadan dengan usia saya yang bakal mencecah 29 tahun pada 2010 nanti. oh, walaupun pemikiran lebih matang, tapi perangai kebudak-budakan saya tetap tak boleh ubah.. huhu…
sekalipun tahun 2009 adalah yang terbaik dalam hidup. semua orang pasti mengharapkan tahun 2010 lebih baik kan? sekali pun terasa kehidupan bahagia di tahun 2009, kita pasti inginkan lebih kebahagiaan di tahun 2010 kan? dan, setiap tahun, kita ingin berubah… mari, kita berubah bersama-sama ke arah yang lebih baik…
moga tahun 2010 menjadikan kita muslim yang sentiasa berada di jalanNya…
selamat menyambut tahun 2010..





