Archive for January, 2010

lagu labah-labah01.31.10

bila saya nyanyi lagu ni,

“satu labah-labah, cuba panjat perigi,
bila hujan turun, labah cepat lari,
terbit matahari, air tiada lagi,
labah boleh panjat, sekali lagi”

dulu-dulu, darwisy suka sangat sambil mengikut gaya tangan yang saya buatkan. tapi, itu dulu. semenjak dua menjak ni, dia merengek bila dengar saya nyanyi lagu tu.. sedihnya.. suara mama dah tak best ke? kenapa darwisy dah taknak dengar mama nyanyi lagi? tapi, saya silap.. suara saya masih best lagi.. darwisy masih suka dengar mama nyanyi lagi.. (perasan yang amat! :P ) tapi, bukan lagu ni.. lagu lain pulak…

“the eensy weensy (itsy bitsy) spider went up the water spout,
down came the rain and washed the spider out,
out came the sun and dried up all the rain,
now the eensy weensy (itsy bitsy) spider went up the spout again.”

hadoi… melodi yang sama, tapi bahasa je lain pun boleh jadi bahan merengek juga si comel nih… mati-mati mama ingat darwisy tak suka sebab suara mama dah tak best. rupa-rupanya darwisy nak lagu dalam bahasa lain… huhu. boleh pulak macam tu?

*abaikan kerusi yang penuh dengan bedak tu.. :P

Posted in darwisywith 26 Comments →

saya malu gile!01.28.10

saya malu gile! tak pernah kena tahan dengan polis, konon-konon pemandu berhemah. tapi, hari ini dalam sejarah, saya kena tahan dengan encik polis… huwaaa! saya malu sangat!

kenapa kena tahan? sebab saya u turn di tempat yang salah. sebab tempat u turn sangat lah jauh. dan, simpang tu agak besar juga untuk di buat u turn. GPS kata kan, “make a u turn when possible”,  saya pun buat lah.. hehehe. wah! dahsyat betul saya ni, duk tulis tentang keselamatan anak-anak dalam kereta, tapi diri sendiri abaikan tentang u turn. memang sungguh memalukan.

bertambah-tambah lagi malunya, saya baru je berangan-angan nak hon ala-ala manja kat papa yang sedang bertugas menjaga pelajar yang membuat latihan rentas desa di tepi jalan raya, tup-tup, betul-betul saya kena tahan berdekatan dengan dia.. dan, kawan-kawan dia sekali.. huwaaa! hilanglah reputasi saya sebagai pemandu berhemah depan mata dia… habislah lepas ni asyik kena kutuk dengan dia je…

saya jaraaanggg sangat membuat u turn di tempat bukan untuk u turn. sebab, saya tahu, bahaya. papa lah paling skema sekali. dia takkan u turn di tempat bukan u turn.. dia rela pusing jauh daripada u turn di tempat yang bukan sepatutnya. tapi, di u turn yang saya selalu buat ni, saya rasa tidaklah membahayakan, sebab simpangnya besar. saya pun tak faham kenapa tak boleh u turn dekat situ. (memandai-mandai je buat alasan sendiri.. kalau tak boleh u turn tu, tentu ada sebabnya, bukan?)

nasib baik encik-encik polis yang hensem lagi baik hati (puji la sebab tak kena saman.. :P ) sekadar memberi peringatan kepada saya. mungkin tak sampai hati lepas tengok muka kesian saya ni.. hehe. tapi, saya sempat berterima kasih kepada encik polis tu atas peringatan dia. dan, Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat, kerana, ini juga adalah peringatan daripada Allah. kalau Dia tak beri peringatan begini, mungkin saya akan terus leka dan terus melakukan kesalahan yang sama. yang mana, tanpa saya sedari, ia sebenarnya mengundang bahaya.

ye, saya dah insaf sekarang. moga cerita saya ini juga membuat kalian insaf.. jangan buat u turn bukan di tempatnya ye! :D . i don’t want banana fruits two times! (pengaruh adnan sempit la pulak… :P )

p/s: sesekali, kita perlu di tegur kerana bukan semua yang kita lakukan itu benar belaka… :)

Posted in mamawith 29 Comments →

adnan sempit yang sempit!01.27.10

dah lama gile saya tak tengok wayang. kali terakhir, ada lah semasa saya sarat mengandungkan darwisy. bukan tak nak tengok, tapi, saya tak dapat cari masa yang sesuai nak tengok wayang. lagi pulak tak sampai hati nak tinggalkan darwisy sedangkan kami berseronok ke panggung wayang.

cuti sekolah hujung tahun baru ni, papa ada mengajak saya ke panggung wayang, tapi, kebetulan pulak sepanjang cuti tu saya kesibukan yang amat sangat. jadi, teruslah tertangguh hingga sekarang.. banyak cerita yang saya teringin nak tengok, tapi tak dapat tengok.. antaranya, papadom, the proposal, dan filem-tak-ingat.. tapi, semenjak tengok the making of adnan sempit, tiba-tiba saya rasa teringin sangat nak tengok. lalu saya suarakan pada papa.. tapi, saya tahu, paling-paling pun jawapan dia, “nanti kita tunggu DVD adnan sempit keluar ye..” huhu.. semuanya gara-gara tak tahu bila nak tengok.. balik dari sekolah dah pukul berapa. kalau nak tengok, takkan nak ambil darwisy lewat sangat dari taska… huhu..

tapi, tiba-tiba semalam, dia bertanya adakah saya boleh balik awal hari ni.. rupa-rupanya, dia mahu membeli tiket secara online.. hehehe. seronoknya.. beli aje lah.. saya akan usahakan terus balik selepas habis waktu sekolah pukul 1.30.. tapi, kalau ada meeting, pergi aje lah dengan orang lain. nasib baik hari ni tak ada apa-apa, dapat lah saya balik awal juga… :P darwisy, kami biarkan dulu di taska. cerita habis sebelum pukul 4, boleh lah kami berkejar balik ambik darwisy pukul 4 lebih… :P kesian darwisy…

ok, cerita adnan sempit, memang kelakar, dan tak macam cerita rempit yang biasa (saya tak pernah pulak tengok cerita rempit yang lain-lain tu.. :P ) di sebalik cerita yang penuh lawak dan kelakar ni, ada juga pengajarannya  sama ada dari segi tersirat mahupun tersurat.  kisahnya mengenai adnan yang segala-galanya sempit, bekerja sebagai mat despatch yang berangan-berangan untuk menjadi boyfriend bos nya. dan, angan-angannya tercapai bila bos nya menawarkan untuk menyamar sebagai couple. insiden demi insiden terjadi dan membuatkan bos nya memandang rendah dan menganggap adnan sama seperti mat-mat rempit yang lain. namun….. hehehe, tengok sendiri… :P

kira ok lah cerita ni… saya paling tak tahan tengok muka si hero, samzy tu.. muka dia memang sempoi.. dialog-dialog dalam cerita ni pun sempoi.. untuk relax-relax dan bergelak ketawa, ok lah… cuma, ada cerita tak best sewaktu menonton cerita ni. akibat dapat pop corn dan air dengan separuh harga ( kerana beli tiket secara online). tak habis-habis saya makan dan minum. dan, akhirnya, dah separuh cerita, mula lah saya nak terkucil.. huwaaa! sungguh sengsara menahan gelak ketawa ok! saya berjanji, takkan minum air lagi waktu ke panggung… huhu…

sebenarnya, menonton tanpa darwisy adalah sesuatu yang kurang menyeronokkan. sebab, dalam kepala asyik teringat dia je… hmm, saya teringin nak bawa darwisy ke panggung wayang. tapi, cerita upin ipin kat tv pun dia tak layan. begitu juga cerita kartun yang lain… lainlah kalau ada cerita yang berselawat sepanjang 1 jam setengah, mungkin dia akan seronok menonton… huhu… (teringat gelagat darwisy pura-pura ambil donut dalam gambar dan buat-buat masukkan dalam mulut sambil terjilat-jilat bibir.. mama pun belikan darwisy donut sebelum balik… kurang sikit rasa bersalah kat darwisy.. :P )

p/s: abang, bila kita nak tengok wayang lagi? :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in mama, papawith 24 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220