kita sudah hilang sifat peduli • 02.28.10
dimanakah sifat peduli kita bila seorang kanak-kanak didera dengan teruk di depan orang ramai? dimanakah sifat peduli kita bila pasangan bersekedudukan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan?
kita kononnya tidak suka sifat tipikal melayu yang suka menjaga tepi kain orang. malah, kalau boleh kita mahu tinggal di kawasan kondo esklusif yang mana jiran-jirannya tidak mengambil tahu hal orang.. habis, kita suka jika jiran-jiran buat tidak peduli bila anak kita diculik orang kerana tidak mengetahui yang itu adalah anak kita. dan, adakah kita suka jika jiran-jiran tidak langsung mahu ambil tahu bahawa jasad kita sudah hampir mereput dalam rumah kerana tiada orang mahu peduli.
memanglah kita tidak suka jiran yang terlalu ambil tahu. atau pagi petang siang malam duduk bertangga dihadapan rumah. tapi, cukuplah sekadar mereka mengambil peduli akan apa-apa yang berlaku terutamanya perkara-perkara yang memerlukan bantuan dan sokongan. dan, sudah tiba masanya kita hidup dalam masyarakat yang ambil peduli.
bukan lah masyarakat yang menyibuk. mungkin kita tidak tahu, atau sengaja tak ambil tahu, jadi, jiran-jiran sekeliling boleh tolong memberitahu.
saya risau, kekurangan sifat ambil pedulilah yang menyebabkan kes-kes dera, buang anak, bersekedudukan sebelum nikah dan sebagainya berlaku. bertugas sebagai guru menjadikan saya seorang yang terpaksa ambil peduli. dan, mungkin kita juga harus mengembalikan semula sifat ambil peduli dikalangan masyarakat supaya kejadian-kejadian yang tidak di ingini tidak lagi berlaku. dan juga, menjadi ibu bapa yang ambil peduli tentang kelakuan anak-anak.
bak kata pentadbir ratuhati.com dalam artikelnya, Apa yang kita tanam dahulu kini kita sedang menuainya. dengan ibu bapa yang kita lihat sekarang, kita sudah boleh agak apa akan jadi dengan generasi seterusnya. melainkan, kita membuat perubahan dengan menjadi masyarakat yang ambil peduli.
p/s: tidak perlu marah dengan pendapat saya. ini adalah sekadar pendapat dari sudut hati saya yang paling dalam… masing-masing ada pendapat masing-masing. kalau tak suka, diam sahaja.








