Archive for March, 2010

hari-hari huru hara03.29.10

*entry ini adalah ditulis beberapa hari yang lepas…

baru je saya berazam macam-macam masa cuti seminggu baru ni. nak aktif semula dalam ratuhati.com,  nak aktif semula blogwalking, nak aktif tinggalkan jejak dalam blog kawan-kawan.. tapi, azam tinggal azam. masa yang sangat terhad, dan badan yang penat membuatkan saya terpaksa menyerah kalah. sibuk sangatlah kononnya. padahalnya, saya yang tak bijak menguruskan masa.

penat nak mendaftarkan pelajar-pelajar spm. borang yang tak lengkap membuatkan saya berjalan ke sana sini. langsung tak sempat nak duduk. bila mengajar apatah lagi. penat-penat pun tak boleh duduk juga. mana boleh mengajar sambil duduk. tak sempurna rasanya… masa selang yang sedikit itulah nak guna untuk ke sana sini. hinggakan rakan sebelah meja saya pun beberapa hari tak nampak muka saya… huhu. itulah kerja nya. hah, saya bukan merungut ye.. nak cerita aje…

balik rumah, memang dah flat rasanya… letak punggung, terus sambung kerja lagi – hingga ke tengah malam. aduh. saya menci sungguh bila terpaksa tidur lebih daripada pukul 12/1 tengah malam. buat saya rasa malas nak bangun tidur keesokkan paginya. alah, orang lain dah biasa pun tidur lewat… heheheh.. tapi, saya lah yang tak biasanya… :D

jadi, untuk menambahkan kepenatan saya minggu ni, saya pun mendaftarkan diri untuk perlawanan bowling/bowlong (kata kawan-kawan saya.. :P ).. hehehe… dah lama betul saya tak main bowling ni. semenjak partner saya mengandung, bersalin dan sampailah anak dia dah berumur 6 bulan sekarang.. haha! lama gile kan? tapi, saya tak kira, walaupun tak pandai main, saya nak main juga. saje suka-suka dan menyokong program yang dibuat rakan sebelah meja saya.. :D

pagi-pagi tu saya memang excited betul. disebabkan papa ada koku, saya pergi bersama kawan saya dan membawa darwisy. hmm, macam biasa. penat mengejar darwisy yang nak masuk ke lane sana sini. huwaaa..  sekali dia jatuh tersembam pulak. sedang elok saya baru nak mula main. darah memancut-mancut dari mulut dia. nasib baik gigi tak patah. spoil lah mood darwisy.. tapi, bagus juga. sekurang-kurangnya dia duduk diam sebab dah sakit. hahaha…

tapi, dia merengek-rengek lah pulak. jadi, terpaksalah saya mendukung dia sementara tunggu giliran, tangan pun dah lenguh, ada sekali tu, macam superwomen lah kononnya baling bola sambil dukung darwisy.. dua pusingan pertama, langsung tak tengok markah… nasib baik masuk pusingan ketiga, darwisy pun dah tidur, dan papa pun dah sampai. lega sikit rasanya… boleh lah saya main dengan bersemangat. dapat strike sekalipun jadilah… cukup lengkap semuanya, strike, spare, tak jatuh langsung pun ada… hahahahaha! sangat tak pandai main bowling saya ni… :D

tapi, apa-apa pun, saya sangat enjoy… terasa senyuman hingga ke petang. sesekali kita bersosial dan bersama kawan-kawan dan keluarga, sangat mengujakan, kan?

*malangnya, baru je saya menulis entry ini, belum sempat publish.. laptop saya terus rosak. dan tidak boleh on lagi. sedang elok je warranty habis.. huwaaa! dan, saya menumpang laptop papa untuk menulis sepatah dua kata sambungan entry ini. kerana adalah sangat tegar untuk meng publish entry… hehehe…. rasa macam patah kaki, tak boleh tulis nota, nak buat pendaftaran spm, nak print itu ini (cewah, padahal tak boleh nak ber blog dan ber fb lagi.. hehehe). nantilah, saya usahakan untuk merepair laptop itu secepat mungkin.. huhu… sebab, saya rasa ala2 cinderella yang terpaksa tinggalkan kasut sebelah sebab masa terhad untuk menari bersama prince charming nya.. inilah masa terhad untuk saya bersama blog ni… huwaaa.. tak best lah guna laptop orang… macam terkejar-kejar..

hmm, apakah kerosakan laptop ini tanda-tanda kepada sesuatu??? oh, tidakkkk!!!!

Posted in entahwith 14 Comments →

perkara yang perlu dielakkan03.27.10

saya mungkin salah seorang pengguna jalan raya yang suka memerhati gelagat pengguna-pengguna jalan raya yang lain. memang itu kegemaran saya semenjak kecil lagi. saya selalu mengomel pada papa, tentang apa-apa sahaja gelagat pengguna jalan raya yang lain. padahal, macamlah saya ni pemandu berhemah sangat. dahlah pernah hampir kena saman baru-baru ni.. hehehe…

tapi, antara perkara yang selalu saya perhatikan, yang saya selalu harap saya takkan lakukan adalah;

1) tidak memberi signal bila mahu memasuki simpang atau bertukar lorong. bimbang jika kereta belakang tidak perasan dan menyebabkan kemalangan. dan juga, bimbang menyusahkan kereta yang mahu keluar simpang tertunggu-tunggu semata-mata kerana tidak tahu saya mahu masuk simpang.. seperti cerita saya di sini..

2) memotong Q, seperti yang saya pernah tulis di sini. saya tak sampai hati memotong kereta-kereta yang telah lama berbaris dengan sabar. jangan kerana kereta saya seorang, mereka telah terlambat beberapa saat. nampak ringan, tapi, jika berpuluh-puluh kereta mengikut di belakang saya, bagaimana? sudah tentu mereka yang berbaris berasa kecewa kerana telah penat berbaris lama…

3) menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu. tak kiralah sama ada ber sms atau bercakap melalui telefon. mata hanya ada satu, tangan ada dua. kedua-duanya sangat diperlukan sewaktu pemanduan. tak kiralah kereta automatik atau manual. lebih-lebih lagi fokus. saya bimbang jika saya kehilangan fokus sewaktu sibuk ber sms akan menyebabkan kemalangan atau memandu terlalu lambat atau memandu ke kiri dan ke kanan yang mana sudah tentu akan menyusahkan pemandu lain.

4) keluar simpang tiba-tiba sedangkan kereta di atas jalan sudah menghampiri. saya tak mahu kereta tersebut terpaksa menekan brek tiba-tiba yang mana boleh menyebabkan kemalangan. siapa tahu, kereta tu dalam keadaan mengejar masa. jika saya keluar dari simpang tiba-tiba, sudah tentu kereta tersebut terpaksa memperlahankan kenderaannya. bukankah saya sudah menyusahkan dia…

5) langgar lampu merah kerana beranggapan, “ala, baru je tukar lampu merah, sebelah sana belum pun tukar lampu hijau lagi..” bukan tak pernah, malah, telah selalu berlaku kemalangan akibat melanggar lampu merah ni. saya bimbang kerana ketidaksabaran saya menunggu beberapa minit akan menyebabkan saya menyesal seumur hidup atau tidak lagi dapat berjumpa yang tersayang selama-lamanya….

pada saya, menggunakan jalan raya seolah-olah berada di medan perang. kerana kita berperang untuk mengelakkan kemalangan. apa salahnya bertolak ansur di jalan raya. tidak ada membawa keburukan pun. malah, membantu mengelakkan kesusahan kepada orang lain. sekalipun pentingkan diri sendiri dan tak mahu fikir tentang orang lain, fikirlah mengenai keselamatan diri sendiri………. insyaAllah, saya harap saya boleh mengelak daripada melakukan 5 perkara di atas… kalian, bagaimana? ada apa-apa nak tambah?

Posted in keselamatan jalanrayawith 8 Comments →

bila saya tengok…03.23.10

BILA saya tengok orang naik kereta mewah, saya tengok kereta saya pula – terasa kecilnya kereta saya ini… kemudian, bila saya tengok orang naik motor berhujan dan berpanas, saya terasa sangat bersyukur, sekalipun kereta saya kecil, tapi saya masih selesa sepanjang perjalanan…

BILA saya tengok rumah banglo besar, saya tengok rumah saya pula – kecilnya rumah saya, rumah sewa pulak tu… kemudian, bila saya tengok pengemis di jalanan yang tidak ada rumah, tidur di sana sini, terasa bersyukurnya ada juga tempat untuk saya berteduh…

BILA saya tengok orang bergaji besar, saya tengok gaji saya pula – kecilnya gaji saya… kemudian, bila tengok orang yang bergaji cukup-cukup makan sara keluarga, terasa bersyukurnya, sekurang-kurangnya ada juga gaji untuk saya…

BILA saya tengok baju mahal orang, cantikkknyaaaa! saya tengok baju saya pula, murah aje.. kemudian, bila tengok orang yang pakai baju tak cukup kain, saya rasa bersyukur, sekurang-kurangnya baju saya cukup kain… :P

kita, memang tak pernah puas.. tapi, jangan terlalu memandang orang yang berada di ‘atas’… selalu-selalu lah pandang orang yang di ‘bawah’.. bukan untuk berasa puas, tapi supaya kita sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

saya suka dengan lirik lagu ini – no shoes dari the roches…

I had no shoes
And I complained until I met a man
Who had no feet
That’s really beat….
I had no feet
And I complained until I met a man
Who had no knees
That was his disease…

sambungannya, boleh lihat di sini

p/s: kata-kata di atas hanya kata-kata di sini sahaja, saya masih bersyukur dengan apa yang saya ada… :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in entahwith 18 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220