google pics? • 03.02.10
bila menulis blog, dan tak ada gambar sendiri untuk dijadikan hiasan entry (cewah!), saya suka juga cari gambar dari google dan tepekkan di blog saya ni. lepas tu, bila baca-baca blog kawan-kawan, saya tengok ramai blogger yang tulis *pics from google dan saya alih bahasa kan ke bahasa melayu, *gambar dari google di bawah gambar tersebut.
sampai lah satu hari, seorang kawan menegur saya, katanya, seeloknya gambar yang diambil dari google, letaklah kredit yang betul dari mana tempat gambar tu di ambil. bukan tulis gambar dari google sahaja. ye, memang lah kita tak tahu, gambar tu entah memang original dari situ atau pun tidak. tapi, kita ambil dari situ kan.. kredit saje lah ke tempat yang kita ambil tu. pada saya, ini adalah salah satu cara tanda kita berterima kasih kerana dari situ mendapat gambar untuk menghiasi entry kita. sekurang-kurangnya, kita berterima kasih dengan cara memberikan trafik kepada laman web tersebut.
memanglah kita boleh kata, “ala, kalau dah gambar tu ada tersenarai di google, ambik je lah. lagipun, kalau taknak gambar diambil, jangan letak dalam internet, tak pun letak watermark..” amboi, bahasa…. cuba bayangkan kalau gambar kita pula orang buat macam tu? suka tak? suka?
ala, bukan susah pun nak letak kredit kan… copy aje url nya dan paste kan dalam entry… tentu orang tu menghargai apa yang kita buat.. tak pun, kalau rasa susah-susah sangat.. tak payah letak gambar macam dalam kebanyakan entry-entry saya semenjak ditegur hari tu… hehehe…




