Archive for March 3rd, 2010

lebih baik tak tahu daripada tahu..03.03.10

baru-baru ni, saya terjengah ke blog salah seorang bekas pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM. waktu tu, saya terfikir, mungkin saya tak perlu baca. mana tahu saya terjumpa sesuatu yang menyakitkan hati saya pula. tapi, sisi hati saya yang satu lagi pula berkata, “bacalah, bacalah!” hehehe… jadi, saya pun baca. tapi, tidaklah saya fahami semuanya kerana dia menulis dalam bahasa ibunda dia.

tapi, disebalik bahasa ibunda dia tu, ada juga satu dua perkataan yang saya fahami. tiba-tiba, saya terjumpa satu entry yang ditulis, merungut mengenai gerak gempur yang sekolah lakukan tahun lepas. nak fahamkan keseluruhnnya, saya translate kan bahasa dia ke dalam bahasa inggeris melalui laman web ini . katanya, membuang masa dia dan pelajar lain. aduh, tersentap rasanya saya. selama 11 tahun bersekolah, dan 7 tahun di beberapa universiti, tak pernah pula saya rasa gerak gempur itu membazir masa. sungguh saya tak sangka. patutlah kedatangan pelajar tingkatan 5 hujung tahun lepas selepas percubaan SPM tak sampai 50%. dan, itu adalah kali pertama pelajar-pelajar tingkatan 5 bersikap sedemikian. tahun-tahun sebelum ini tak begitu. rupa-rupanya, mereka mendapat kefahaman yang lain. gerak gempur itu membazir masa. mungkin mereka rasa belajar di bilik sambil makan dan berbaring lebih berfaedah berbanding membuat gerak gempur dan berbincang dengan guru.

hmm… pelajar, pelajar… kalaulah kamu pandai mengambil peluang… kalaulah kamu tahu erti mencari ilmu…

tapi, apa nak buat. saya mengetahuinya setelah SPM telah lama habis. dah nak keluar keputusan pun tak lama lagi.. tak apalah… walau apa pun, sebagai guru, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka. dan, yang lain-lain itu, hanya Tuhan sahaja yang membalasnya. cuma ingat satu perkara sahaja hai pelajar, ‘what goes around, comes around…’

kemudian, saya terjumpa pula facebook nama sekolah saya. juga ditulis dalam bahasa ibunda mereka. adoi laaa… ini lagi tak boleh di baca. bila saya translate.. sangat-sangat menyakitkan hati! memang menjadi medan mengutuk cikgu. bukan kutuk cikgu je.. malah, kutuk kaum sekali.. bengang saya.. tak patut sungguh diorang… disebabkan itu, saya tak akan accept walau seorang pun dari pelajar atau bekas pelajar saya. saya kena ambil langkah berjaga-jaga… menyesal saya buka akaun facebook tu… huhu…

* lebih baik tidak mengetahuinya daripada mengetahui dan sakit hati… :P

Related Posts with Thumbnails

Posted in pelajarwith 16 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220