manusia bukan lagi manusia! • 03.04.10
emo.. saya sangat emo. saya pasti, bukan saya seorang yang emosi bila tengok berita malam ini. pasti semua ibu-ibu dan juga semua manusia yang masih lagi manusia akan rasa geram, marah dan sedih melihat berita mengenai seorang lagi kanak-kanak yang mati di dera.
ya Allah. dia baru 18 bulan… kenapa mesti dera? kenapa mesti menunjukkan kegagahan pada insan yang sememangnya tak akan dapat melawan balik? kenapa mesti menyakitkan? hmm, tak terkata saya. tak dapat bayangkan betapa tersiksa si kecil menanggung kesakitan yang amat sangat di pijak, di pukul, dan sehingga tulang rusuknya patah, dan hatinya pecah.
gila! sungguh gila! manusia itu bukan lagi manusia. juga bukan binatang. sekalipun binatang itu tak ada akal, sekurang-kurangnya binatang masih punya perasaan. manusia itu sudah tidak lagi punya perasaan. kalau ikutkan perasaan geram, mahu saja saya pijak-pijak dia pula. biar dia tahu sakitnya bagaimana.
ibu dia? kenapa mesti hantar? hmm… tak tau lah saya. tak faham…
memang saya dilanda emosi. entry kali ini berbaur marah. saya sudah tidak faham lagi dengan keadaan manusia di zaman sekarang. dan mula memikirkan mengapa manusia jadi begini. apakah desakan hidup di zaman yang materialistik ini menjadikan manusia berhati robot. dan tidak lagi punya perasaan. saya tak faham. sangat tidak faham.
kalian, mari kita sama-sama berdoa. moga semua kanak-kanak di dunia ini dilindungi dari manusia yang kejam dan tidak berhati perut. moga semua manusia di dunia ini kembali ke fitrah manusia…




