Archive for March 7th, 2010

HFMD – kali ketiga03.07.10

balik ke rumah hari jumaat baru-baru ni, saya perasan di tangan dan kaki darwisy ada tanda-tanda yang saya pernah nampak sebelum ni. tapi, tak banyak sangat. dan, darwisy juga mula taknak minum dan makan. sebab dalam mulutnya turut terdapat bintik-bintik merah.

sabtu, bintik-bintik merah melepuh semakin banyak. tak seperti sebelum ni. dua kali yang sebelum ni, sikit dan masih boleh di kira. tapi, kali ni, banyak, dan semakin banyak. seolah-olah semakin banyak setiap jam. menjelang petang, bintik-bintik merah melepuh sudah penuh di tapak kaki hingga ke celah peha dan punggung, serta penuh di tapak tangan hingga ke ketiak, dan di lidah, di mulut juga di luar mulut. kesiannya. darwisy dah tak mahu makan dan minum. merengek sepanjang masa. mungkin lapar, tapi tak boleh minum. mulutnya sakit. saya pasti, ini tentu HFMD lagi.  saya telefon pihak taska, bertanyakan samaada ada kanak-kanak di situ yang dijangkiti penyakit ini. katanya, tiada laporan dari ibu bapa, dan tiada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda seperti jangkitan melainkan ruam biasa.

kemudian, kami bawa berjumpa doktor. memang benar. darwisy di jangkiti HFMD.. lagi. banyak yang saya tanyakan kepada doktor kali ini. selain dari jangkitan dari kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini, adakah sebab lain yang memungkinkan darwisy mendapat penyakit ini. kata doktor, TIADA. penyakit ini adalah disebabkan jangkitan dari kanak-kanak yang telah dijangkiti. bukan dari binatang, dari permainan, atau dari ibu atau bapa. dan, penyakit ini juga boleh berulang. bila saya katakan, pihak taska memberitahu tiada jangkitan di sana, kata doktor lagi, bukan tiada, tapi, tidak tahu. sebab, simptomnya berbeza pada setiap kanak-kanak. mungkin kanak-kanak itu ada jangkitan, tapi tidak teruk sangat, jadi ibu bapa tidak perasan simptomnya. jangan salah anggap, saya tak pernah menyalahkan pihak taska sama seperti sebelum-sebelum ini.

cumanya, saya rasa hairan sahaja dengan ibu bapa. tidak prihatinkah mereka dengan perubahan-perubahan pada anak sendiri, sehingga tidak perasan bahawa penyakit itu boleh berjangkit? atau, tidak prihatinkah ibu bapa sehingga tidak tahu yang itu adalah penyakit berjangkit? atau, tidak pedulikah ibu bapa, walaupun sudah tahu penyakit itu berjangkit, tetapi masih menghantar anak ke taska dan menyebabkan penyakit itu berjangkit? entahlah, saya tiada jawapannya. yang pasti, saya cuba menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan tidak menghantar anak ke taska untuk menjaga kesihatan kanak-kanak yang lain di taska itu. sekalipun, kami terpaksa berkorban, bergilir-gilir mengambil cuti yang sememangnya hanya ada beberapa hari setahun itu. (kerana itu CRK yang tujuh hari itu kami hanya peruntukkan untuk kesihatan darwisy)

kali ini, disebabkan terlalu banyak bintik-bintik merah melepuh itu, darwisy demam. dan merengek sepanjang hari. sabar ye sayang.. nampaknya mama kena usahakan sesuatu supaya darwisy kurang berisiko dijangkiti HFMD lagi. ada perkara yang perlu dibincangkan dengan pihak taska…. apa-apa pun, sebenarnya, ini semua adalah ‘hadiah’ dari Allah yang mana sekadar mahu menguji hamba2nya.. kan? jadi, bersabar-sabar sahaja lah…

cerita HFMD kali kedua di sini

*update hari keempat – hari ni bintik2  semakin banyak lah pulak… huhu..

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 26 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220