Archive for March 9th, 2010

kerana HFMD03.09.10

sebelum ini, darwisy kena HFMD yang sedikit, jadi beberapa hari sahaja, dia sudah sembuh dan boleh dihantar ke taska seperti biasa. tapi, kali ini, darwisy kena jangkitan yang agak teruk. bintik-bintik merah melepuh bukan sahaja pada kaki dan tangan, tapi boleh dikatakan hampir ke seluruh kaki, tangan dan di dalam dan di luar mulut. kulitnya menjadi kasar. bintik-bintik merah melepuh habis digaru. mungkin akan meninggalkan kesan parut. tapi, Alhamdulillah dia dah boleh makan. mungkin mulut dia dah lali dengan sakit tu…

jadi, bila banyak bintik-bintik merah melepuh, lambat lah baik. selagi lepuhan berisi air masih ada, atau selagi ada bintik-bintik dalam mulut belum habis, dia tak boleh dihantar ke taska. saya taknak berjangkit pula dengan kanak-kanak yang lain. tapi, masalahnya, kami berdua memang tak dapat ambil cuti lagi. papa sibuk dengan hari sukannya. dan, saya bakal sibuk dengan keputusan SPM yang bakal keluar hari khamis nanti (berdebar-debar gila ni weih…!) jenuh saya fikirkan, ke mana mahu menghantar darwisy..

Alhamdulillah, tok ma dan tok walid darwisy sudi datang dari jauh untuk menjaga satu-satunya cucu yang sedang sakit ni.. walaupun untuk sehari, tapi dah cukup meringankan.. asalnya, tok ma dan tok walid mahu bawa darwisy balik terus ke sana. alang2 tinggal beberapa hari je lagi kami balik ke sana juga. tapi, hmm.. berat hati saya dan papa nak berpisah dengan darwisy.. takut nanti kami tidur sambil meleleh air mata… hehehe… dan, nampaknya, kami terpaksa juga untuk menghantar darwisy ke rumah nenek pada hari khamis dan jumaat nanti. masa inilah peluang untuk nenek jaga darwisy. saya bukanlah menghalang nenek jaga darwisy. cuma, saya kesiankan nenek darwisy untuk jaga beberapa orang cucu sekaligus. bukan masa nenek untuk menjaga cucu lagi. ini masa untuk nenek berehat dan beribadah.. tapi, sesekali jaga, mungkin nenek darwisy akan berasa seronok.. kalau selalu, bimbang menyusahkan.. nak letak beberapa hari ni pun, saya bimbang menyusahkan.. harap2 darwisy tak meragam bila bersama tok ma, tok walid, dan nenek..

kali ni juga, baru saya terbuka hati untuk memberikan supplement untuk darwisy. itu pun atas nasihat seorang kawan. bukan lah bergantung sepenuhnya pada supplement. sekadar makanan tambahan untuk darwisy sahaja.. kalian, supplement apakah yang kalian beri kepada anak2 kalian? mungkin boleh saya jadikan rujukan… :D

Related Posts with Thumbnails

Posted in darwisywith 14 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220