Archive for June, 2010

dua hari berturut-turut06.30.10

apa yang dua hari berturut-turut? dah dua hari berturut-turut muka surat depan berita harian menunjukkan gambar bayi yang dibuang. itu yang dilaporkan… yang tak dilaporkan? entah seramai mana lah….

aduh… serabut kepala otak saya tengok gambar-gambar ni. dalam tak sedar, jari jemari saya mengusap-usap gambar muka anak kecil yang tak berdosa tu. terfikir saya, apa perasaan orang yang membuang tu tengok gambar anak yang dia buang tu ye? oh, saya lupa. mereka bukan manusia. manusia kan ada perasaan. tapi, binatang pun ada perasaan jugak. jadi, tak tahulah nak dikategorikan apa diorang ni.

cubalah diorang bayangkan, kalau diorang sendiri adalah anak yang dibuang, tak ada ayah, tak ada ibu, dibuang sana sini, apa perasaan diorang agaknya? kenapa sampai hati nak buat anak sendiri macam tu? sungguh kasihan anak yang dibuang. anak kita ada kita untuk dibelai, dicurah kasih sayang.. mereka? ibu bapa sendiri tak mahukan mereka… apalah nasib mereka bila menginjak dewasa. teringat satu luahan seorang pemanggil telefon yang juga seorang anak yang dibuang, di sebuah radio swasta tahun lepas, “mak, saya jumpa mak di akhirat nanti…” hingga sekarang saya masih terngiang-ngiang suara dia… kasihan.

orang sekarang, bukan sampah sahaja yang dibuang merata-rata. anak pun dibuang merata-rata. dah tak boleh beza antara sampah dan anak.

semakin hari, dunia semakin teruk. apalah cabaran di zaman anak saya membesar esok…. risau.

Posted in mamawith 6 Comments →

kalau dia tak ada, macam mana?06.28.10

sabtu ahad baru ni, papa tiada di rumah. jadi, segalanya saya buat berdua dengan darwisy. masak berdua – dia tukang tengok, saya tukang masak; mandi berdua – saya tukang jirus, dia tukang sabun perut dia je… hehe..; tidur berdua – saya tukang tepuk, dia tukang tidur; solat berdua – saya solat kat depan, dia solat depan saya.. apakah?; berjalan berdua – dia tukang lari, saya tukang kejar.. huwaaaa!

tapi, dah biasa dah kan?

tapi kan.. tiba2 petang ahad tu kereta saya berbunyi pelik. macam bunyi enjin hidup. sedangkan, pintu berkunci, dan dekat tempat start pun menunjukkan ‘lock’. macam mana enjin boleh hidup? risau saya..  takut pun ada.. nak tanya jiran, dalam banyak2 rumah (padahal ada 4 buah rumah aje… hehe) semua kosong. diorang melarikan diri dari rumah macam saya juga kut.. sebab ada event kat sini.. call papa pun, bukan dia boleh balik tengok pun.. nasib baik ada kawan yang tinggal di taman berhampiran datang dengan isteri dia… boleh lah tengok kan. bateri habis gamaknya. sebab masa dia datang, bunyi enjin dah tak ada lagi… tak apa lah, tukar bateri je lah…

syukur sangat. sebab bateri tak habis masa saya dengan darwisy keluar berjalan2. buatnya habis tengah jalan. tak ke menggelabah saya dibuatnya? dah lah hari ahad, mana ada kedai bukak. berdua dengan darwisy pulak tu. mana nak menggendong dia lagi, mana nak cari kedai lagi…. huhu..

dah lama saya terfikirkan benda ni. kalaulah tayar pancit tengah jalan, kereta rosak tengah jalan, apa2 aje lah berlaku dan kebetulan pula si dia out station waktu tu.. macam mana ye? elleh… isteri orang lain rileks aje suami dia duk jauh2 kan… semua pun boleh buat sendiri.. saya ni je dah terlebih manja, mengada2. sebab asyik nak berkepit aje… :P

itulah kan… bila dah kahwin, dah tak pandai berdikari. padan muka saya.. padahal dolu2 sebelum kawin, tau je serba serbi (cewahhh!) saya fikir, saya nak pergi kursus repair tayar, repair kereta, repair paip, repair lampu, repair segala macam benda supaya tak adalah saya menggelabah bila suami tak ada untuk tolong… boleh gitu? (alah, ambik aje no tepon tukang repair keta, no tepon tukang paip, no tepon tukang letrik… kan senang… :P ) hehehehehe….

Posted in entahwith 16 Comments →

HOUSE dan blog06.27.10

dah berapa hari saya tak menulis kan? tak ada cerita sebenarnya. tak ada pergi berjalan ke mana-mana (melainkan melarikan diri ke rumah mertua gara2 kawasan rumah saya dipenuhi 64 kumpulan yang enjoy dengan perlawanan futsal.. huhu). papa juga ada-tiada. darwisy macam tu juga, main-cakap-makan-tidur-lari-meraung-azan… kerja masih macam tu juga.. segala2nya sama dan masih sama.

khamis baru ni, HOUSE sangat menarik saya rasa. sebabnya? terkena dengan kita, ye, kita… blogger. :) pesakit House yang terbaru adalah seorang blogger yang tegar. hinggakan berada di atas katil hospital pun masih lagi dengan blognya. hinggakan kumpulan doktor bersama House hairan kenapa ada orang yang sanggup menceritakan segenap cerita peribadinya di dalam blog. buat saya pun hairan sama. dan mula berfikir-fikir.

saya pun macam tu ke ye? memang.. apa sahaja cerita yang saya kira menarik, mesti saya akan tak sabar-sabar nak tulis dalam blog. jumpa sahaja benda yang menarik, mesti sibuk2 keluarkan kamera untuk publishkan dalam blog (tapi, sekarang kamera termasuk kamera telefon dah rosak.. huhu). kenapa ek? padahal, orang yang baca tu bukan kenal kita pun. tapi, sibuk2 nak cerita kan? ada orang, sampaikan nak buat apa2 keputusan pun tanya dalam blog (dalam cerita House tu laaa..) itu, ini, semua nya nak cerita dalam blog. hmm, dah namanya blogger kan?

tapi, dalam banyak2 cerita yang saya suka nak tulis dalam blog ni, ada juga banyak cerita yang saya tak sanggup/tak boleh/ cuba elakkan untuk tulis dan publish. antaranya, cerita papa tiada di rumah atau kami meninggalkan rumah – bimbang kalau entah sape2 yang kenal saya baca, dan punya niat jahat, tak ke naya? lagi, cerita sedih/buruk saya dulu2 kala – yang lepas tu lepas lah… kan? lagi, cerita saya menyampah gile dengan orang lain sampai rasa nak kutuk2 orang tu – biarlah hipokrit pun.. asalkan dosa saya tak bertambah2 setiap kali orang baca blog ni.. lagi, cerita gaduh laki bini – tak elok bagitau orang perihal dalam kain kan… lagi, cerita saya membeli barang2 mewah – hehe, sebab memang tak ada beli barang mewah pun… :P

teringat seorang kawan kata, kalau banyak sangat cerita perihal diri sendiri, bimbang nanti makin banyak pulak sifat takbur/bangga diri yang terkeluar… na’uzubillah….

apa2 pun, saya masih lagi nak berblog.. masih lagi nak berkunjung ke blog kawan2… cumanya, kekangan masa semakin bertambah sekarang….. tak apalah… asalkan blog ni wujud lagi sudahlah… kalian, ambil yang baik2 sahaja dari blog ini ye? :)

p/s: hairan saya, jumlah follower dalam widget follower makin bertambah, tapi tengok avatarnya tak bertambah pun… kenapa ye?

Related Posts with Thumbnails

Posted in blogwith 18 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220