tinggal je lah darwisy.. • 07.04.10
sejak dari darwisy baby, saya jarang sekali tinggalkan dia sewaktu nak pergi ke mana-mana. nak shopping ke, berjalan ke, hatta nak ke sekolah petang-petang, atau ke sekolah di hari minggu pun saya bawa juga. pernah juga saya dan papa tetapkan sehari seminggu untuk lunch sama2, kira macam dating berdua laa kononnya. tapi, sempat beberapa kali je laa. sebab saya tak tahan nak keluar berdua2an sedangkan darwisy tinggal di taska. tak sampai hati. daripada hati duk terkenang2kan dia, baik saya usung dia sekali.
hairannya, sekalipun darwisy semenjak dari dalam pantang saya dah usung ‘ku sana ku mari’, tapi, tabiat dia iaitu meraung di dalam shopping complex masih tak berubah. teringat masa dia baby, tiap kali masuk JJ, saya akan berulang ke ‘baby room’ untuk menyusukan dia. entah kenapa lah.. dia macam ada ‘masalah’ dengan tempat2 tertentu. kalau JJ tu, jangan kan shopping, nak makan di kenny rogers pun seksa. sebab, dia akan meraung. puncanya? dia sibuk nak main lif atau eskalator. tensen jek.. kalau setakat nak jalan2 window shopping tu, boleh lah… sebab tu kalau nak makan, kitorang prefer pelita je laa.. sebab dekat situ je dia boleh makan dengan aman. kat JJ, jangan haraplah…. huhu
cumanya masa baby, dia senang nak di pujuk, sebab masa tu kan guna pouch sling, jadi mudah nak memujuk. tapi sekarang, dia dah pandai nak meronta2 dan meraung macam donia dia yang ponya… adui… kalau dibiarkan pulak, jenuh pulak kitorang main kejar2… huhu… kadang2, mata saya meleret juga pada budak2 yang menurut je mak ayah diorang pergi mana pun. terasa juga macam, kalaulah darwisy macam tu, senang saya nak bershopping. hehehe… tapi, dah dia anak saya kan. dia macam2 mana pun, saya suka juga nak angkut dia.. bila dah geram sangat, bagi ‘pengajaran’ secara sembunyi je le… hihihi….
tapi sekarang, terpaksa. saya dah tak larat nak kejar dia, tak larat nak menahan hati-menahan sabar waktu dia meraung bila kami ke mana2. jadinya, apa2 pun yang kitorang nak buat untuk diri sendiri, yang kira penting jugalah, contohnya nak beli sesuatu yang memerlukan pemerhatian yang lama, kami akan pergi terus selepas habis kerja, dan cepat2 settlekan supaya tak lewat sangat waktu ambil dia. kalau nak training bowling pun, saya dan papa akan training bowling terus balik sekolah. main laju2, terus balik ambil dia. hatta nak tengok wayang pun, terus pergi lepas balik sekolah. beli tiket online siap2. datang terus tengok dan terus balik (tapi, jarang la tengok wayang.. melainkan memang teringin sangat nak tengok). segala2nya mesti cepat. sebab, tak sampai hati juga nak tinggal dia lama2….
tapi, kalau tak ada hal penting sangat, saya rela je dengar dia meraung2 pun… tak apalah… anak mama juga kan….
yang penting, dia sentiasa ada depan mata…
esok2, boleh bawak mama dengan papa jalan2 pulak kan?




