diorang-diorang itu • 07.07.10
saya geram sebenarnya. baru2 ni, seorang kawan, memberitahu, beberapa orang pelajar kelasnya mengadu tentang saya.
dari awal tahun, diorang-diorang yang mengadu tu jarang hantar buku latihan on time. pernah juga diorang hantar tanpa latihan - kosong. geram tak? geram… tapi saya tak pernah pulak koyakkan buku diorang yang kosong tu. turun ke makmal lambat – kadang2 sampai 20 minit lewat. bab masuk makmal lambat memang boleh buat saya naik angin. sebab buang masa menunggu diorang. masa mengajar bukannya lama. lepas tu, sekali sekala, diorang ponteng. kadang2, bila saya naik ke kelas, diorang boleh melepak depan tangga tengok orang naik tangga. termasuk tengok saya sekali la tu..
memang, memang saya marah. setiap kali tu, saya akan nasihat juga menegur. tapi, saya menegur takde lah sampai bertukar jadi harimau. sekadar untuk menasihati dan lepas tu mengajar macam tak ada apa2 lah. dengan harapan, diorang berubah. sampai peperiksaan pertengahan tahun, diorang2 ini gagal. saya tak marah. buat apa saya marah. benda dah lepas. cumanya, saya beri nasihat dan langsung tak meninggikan suara. supaya diorang2 ini berubah sikap jika mahukan keputusan yang lebih baik pada peperiksaan akhir tahun nanti. saya mahu beri mereka peluang. kami berbincang, jawapan untuk kertas peperiksaan diberi. jadi, saya minta semua untuk buat pembetulan. pelajar lain hantar – diorang tetap begitu. tak hantar. saya geram. sudah diberi peluang, sudah diberi jawapan. apa lagi diorang nak? masuk makmal, masih lagi lewat. kenapa? pelajar lain boleh cepat, kenapa diorang tak boleh? dan, hari itu, saya menegur lagi… kenapa diorang masih tak berubah..
tup2, diorang mengadu kepada guru kelas diorang, cikgu sya tak suka diorang, selalu marah2 diorang. apakah??? saya yang tak suka diorang, atau diorang yang tak suka saya? kalau betul saya tak suka diorang, buat apa saya penat2 tegur diorang? lagi baik saya buat tak tau jek… kalau betul saya selalu marah2, kenapa pelajar2 lain ok je.. hanya diorang2 ini sahaja. saya rasa, diorang ni, diberi betis, mahu peha. apa2 je lah. pening saya. malas fikir. noktah.




