Archive for July 12th, 2010

piknik dan mandi-manda07.12.10

haha… hujung minggu baru ni, saya balik kampung. biasalah, nak jumpa ibu dengan walid lah kan… tapi kan.. ada satu benda lagi yang buat saya sangat2 excited nak balik kampung kali ni. dari pagi jumaat saya sengih gembira je sebab nak balik kampung. kenapa beria2 sangat tu ye? sebab, sebab, sebab…. ini!

hihi, tunjuk gambar je lah… sebab isinya dah masuk perut… :D sekarang ni tengah musim dekat sana. kira banyak juga lah. tapi, harga tak ada lah murah sangat. tapi, puas hatilah juga dapat makan. :D gembira betul perut saya. hahaha.. Alhamdulillah, sementara masih ada durian2 ni kan… nanti dah tak ada, tak ada lah teringat2 je nak makan… :)

hari jumaat, tak ada aktiviti lain, makan durian. hari sabtu, kami sekeluarga ke kuantan, berpiknik dan bermandi manda. seronok betul rasanya. dah lama gila tak ke kuantan saya rasa. dah bertahun2. maklumlah, dah duduk jauh ni. bila balik je, sibuk duduk rumah je.. siapa yang paling gembira? tentulah darwisy.. duk berendam dalam air sampai hitam legam. :D

happynya dapat masuk air!

haha! kenapa peace satu jari tu? :D

sape pulak pakai cermin mata hitam dalam air tu?

darwisy dengan papa

nak apa pulak nih?

mama tulis apa ni?

ooo, ini… :D

main pasir pulak! :D

syoknya lepak dalam air… :D

main ombak! :D

eh? ada buaya laaa…

tengok dekat sikit, oh, papa rupanya! hehehe

kami! :D

pantai yang bersih dan cantik..

happy bila bersama keluarga kan? kalau dapat selalu macam ni kan bagus.. :)

p/s: entry gila gambar, sebab kamera rosak, dapat ambil gambar guna kamera ibu dah happy gila! :D

Related Posts with Thumbnails

Posted in keluarga, percutianwith 12 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220