bonda • 07.14.10
suami dia, suami yang sangat penyayang. penyayang kepada dia, penyayang kepada anak2 dia. keluarganya bahagia sekali, namun, kebahagiaannya tak berkekalan bila suaminya kemalangan dan meninggalkan dia anak-beranak. dalam hidup yang kekurangan, sulit sekali difikirannya, mana nak mengangkut jenazah dari hospital, mana nak menguruskan pengkebumian, mana nak melayan perasaan yang duka.
sangkanya, dukanya hanya kehilangan suami, tapi, dia terus diduga bila didapati bersama mayat suaminya, ada satu lagi mayat – seorang perempuan. yang rupa2nya adalah isteri kepada suaminya. peritnya perasaan. duka berganda. bagaimana mahu memberitahu anak2. bagaimana mahu berdepan dengan orang kampung yang sudah tentu akan mengata itu ini. jika suaminya masih hidup, sudah tentu sudah dimarahi, diluahkan perasaan sedih kerana diduakan. tapi, suami sudah tiada. dua perkhabaran pedih dalam satu masa – sukar untuk dihadapi.
selepas pengkebumian, sangkanya semua sudah diselesaikan. namun, bertambah lagi satu beban, bila rakan sekerja suami membawa ‘amanat-amanat’ suami untuk diserahkan kepadanya. begini rupanya setelah ditinggalkan suami. satu demi satu dugaan datang menimpa.
tapi, mungkin dugaan itu ada hikmahnya. saksikan drama ‘bonda’ di astro oasis, jam 5 petang setiap hari ahad…
hehehe… sebenarnya, ni jalan cerita setakat dua/3 episod drama ‘bonda’ yang sedang ditayangkan sekarang. sedih gila lah cerita ni.. tak terbayang dugaan yang melanda ‘bonda’…. na’uzubillah……




