jangan pandang belakang… eh? • 07.16.10
ini bukan kali pertama… mungkin kali kedua, atau kali ketiga saya mengalami situasi merbahaya ini – saya tak nampak kereta yang berada dibahagian belakang kanan melalui cermin sisi di sebelah kanan. dimana, kereta berkenaan berada terlalu hampir sehingga saya tidak dapat melihatnya melalui cermin pandang belakang mahupun cermin sisi kanan.
saya tak pasti, mungkin kerana cermin sisi tidak di adjust dengan betul. atau, mungkin cermin sisi persona terlalu kecil dihujungnya sehingga membuatkan kereta berkenaan tidak kelihatan. sebab, tak pernah pula saya menghadapi masalah ni dengan kereta saga saya tu.
baru2 ni, sekali lagi, saya mahu masuk ke lorong kanan, tapi tak perasan kereta myvi yang berada di lorong itu yang benar2 hampir dengan kereta saya. bukan saya tak pandang melalui cermin belakang. bukan tak pandang melalui cermin sisi. saya dah tengok, berulang kali untuk pastikan tiada kereta. yang saya nampak, hanyalah kereta wira yang saya agak jauh. saya hanya perasan bila kereta myvi tersebut brek mengejut sehingga mengeluarkan bunyi dari tayar. ya Allah, berdebar saya. kasihan sungguh dengan pemandu kereta tu. tentu dia marah dan terkejut. sempat saya menurunkan cermin tingkap dan memohon maaf dari cermin. sehingga waktu dia memotong kereta saya, dia sempat memandang, dan saya menjerit minta maaf sekali lagi. nasib baik dia hanya mengangkat tangan. kalau saya jadi dia agaknya, dah maki hamun kereta tu kut.. huhuhu
risau saya. jadinya, baiklah saya drive saga je… sebab, cermin sisi saga memang besar gila.. senang saya nak tengok dari semua arah. saya ada baca dalam beberapa forum, kalau tak nampak dari cermin sisi persona tu, kena tolak lagi cermin nya supaya terus nampak ke luar (melebarkan jarak pandang). tak kisahlah.. kalau terpaksa je lah bawak persona tu… huhu. serik…




